|
|
Oleh Adib Za
Seks oral merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dalam perhubungan intim mereka, ya kan?
Meskipun ia membawakan sensasi yang menyenangkan, namun dia seks oral ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kesihatan malah lebih teruknya, kanser.
Memetik laman Metro TV, pada tahun 2011 seramai 5,000 orang di England yang didiagnosis mengidap kanser mulut, termasuk kanser bibir dan lidah hinggalah kanser yang menyerang esofagus, pita suara dan kelenjar tiroid.

Faktor utama kanser ini ialah 25 hinga 35 peratus disebabkan berkembangnya virus HPV dalam mulut. Seks oral ini dianggap sebagai 'laluan utama' virus itu untuk menjangkiti dalam mulut.
Dari segi potensi pula lelaki lebih tinggi risikonya mengalami kanser mulut akibat seks oral ini. Oleh itu, bagaimana? Mungkin bersederhana adalah jawapannya. - CARI Infonet

(Sumber foto: Carian google) |
|