CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5756|Reply: 46

AK & S KENAPA JADI BEGINI

[Copy link]
Post time 16-4-2016 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Pakcik_Kilas at 29-4-2016 12:42 AM

a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas. Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.

Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.

Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.

Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.

Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.

Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.

Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.

Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2016 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Memula ingtkan ak tu nama orang as in ahmad kamil ke apa ke rerupanya it stands for aku eh? Tt tlg tulis elok2. Penat baca ak ak ak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
susahnya lahai nak taip huruf u ye..
haha..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Da macam burung gagak da ak ak ak
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahle geli aku nak baca org bahasakan aku dengan "ak atau aq..

Susah sgt ke nak sambung "u je belakang tu. Aku saspek tt ni budak baru abis sekolah kot.

Masalah tt biasa je rasanya. Silap tt juga sebab nak bercinta tapi tarik tali. Walau mak ko tak suka tapi ko still boleh perbaiki keadaan. Cakap bebaik ngan s ko tu suruh la amik hati mak ko ke apa ke untuk mak ko boleh terima.
Kalau aku jadi s pon aku tingal je jantan yang nak tak nak ni. Pengabeh boreh je:zz
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 01:56 PM | Show all posts
tak boleh ke taip betul-betul? ak ak ak amende la

so apa persoalan tt ni
macam dah redha & pasrah je
apa nak jadi jadilah, gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak.akk.ak..tak boleh ke kau type aku.aku.aku.mcm bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 02:01 PM | Show all posts
2. Forumer yang ingin membuka thread mestilah menulis dengan jelas emosi mereka di post pertama thread.  Moderator mungkin mengambil tindakan menutup mana-mana thread yang tidak bertepatan dengan bod Cinta & Emosi atau thread yang menggunakan bahasa sms atau ejaan yang sukar difahami.


ni peraturan ye. sila patuhi.

aku pun rasa TT ni bbnu. sori TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang ja masalah kau nak dia, kau kena la telan semua, termasukla kekurangan dia n her past. Kalau xnak, cakap je kat dia xnak. Jangan main tarik tali "serahkan pada masa". Please lah, so cliche benda tu. Bila dia pi kat orang lain, kau jugak yang sedih nanti. So kalau nak, katakan nak n just go through with everything. Kalau tanak, cakap je tanak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan takder tulur jah main jawapan samar samar ie;

kalau ader jodoh ader ler
biar masa menentu segala

terus terang jeler nak ker taknak macam post forumer di atas, itu baru ler style lelaki matang macho berkeyakinan berpotensi menjadi ketua keluarga yang bagus dan yang paling penting ader tulur yang masakk!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak TT tak bkenan.so, S ada berusaha ke nk ambik ati mak TT..

dahulu kan ibu dlu br org lain ye TT..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread ni mengundang hencapan porumer. Baiklah katup. Smpai perenggan tengah dah mati selera aku nak baca.. ak ak.. ak.. pashtu xde perenggan.. aku x tau yg mana isi penting.  K bye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening aku baceXhadam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 04:22 PM | Show all posts
Momod, tgk ni...ada org bukak tred utk luah perasaan saje
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
aku x phm.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 04:28 PM | Show all posts
oitttt ..... tulis tu berperenggan lah oiiii ... xsekolah ke hape !!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2016 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun berbahasa gagak..gigih jugak aku habiskan..tapi..boring La kes ni..next...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 06:08 PM | Show all posts
nick buh pakcik kt depan aku sangka org dh matang fikiran lah...bahasa bbnu sgt pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 06:49 PM | Show all posts
penangan husin lempoyang. entah mengapa ai baca ak sebagai akuk pula.
walaubagaimanapun ai berjaya jua membacanya hingga ke noktah terakhir.

biar masa menentukan apa? tt berharap S diambil orang atau S sendiri bagi kata putus dan mengundirkan diri? begitu?

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 07:12 PM | Show all posts
cpixie replied at 16-4-2016 06:49 PM
penangan husin lempoyang. entah mengapa ai baca ak sebagai akuk pula.
walaubagaimanapun ai berja ...

akuk..akuk..
ahak..ahak..

tt mnecurah perasaan je..

@prettyuglybabe

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 1.337586 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list