CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3679|Reply: 16

[Tempatan] {14} Catitan `'Lain-Lain Kaum' dalam dokumen, borang rasmi kerajaan dimansuhkan!

[Copy link]
Post time 16-4-2016 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Saturday, 16 April 2016

KUCHING - Penggunaan istilah 'lain-lain kaum' bagi merujuk kaum Bumiputera Sarawak dalam semua dokumen dan borang rasmi kerajaan dimansuhkan, berkuat kuasa serta merta, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu diluluskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini.

Beliau berkata arahan turut dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri untuk melaksanakan perkara itu.

"Ini adalah sesuatu yang diminta oleh rakyat Sarawak melalui kerajaan negeri dan yang turut diperjuangkan oleh menteri-menteri Sarawak dalam kabinet kerajaan Persekutuan," katanya semasa merasmikan program Sejiwa Senada kesembilan di Dewan Suarah di sini, hari ini.

Pemansuhan istilah 'lain-lain kaum' bagi mewakili etnik di Sarawak dalam dokumen dan borang rasmi kerajaan adalah antara 53 prinsip dan tindakan yang dilaksanakan Adenan sejak memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak pada Februari 2014.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata beliau melihat prinsip dan tindakan itu bukan sekadar janji kosong Adenan tetapi sebuah akujanji dan manifesto yang telah dilaksanakan sebelum pilihan raya negeri lagi.

"Sokongan dan dukungan harus terus diberikan kepada beliau (Adenan)," katanya.

Beliau percaya hubungan baik kerajaan negeri dan anggota Parlimen Barisan Nasional daripada Sarawak dengan kerajaan Persekutuan akan dapat membantu membawa lebih banyak pembangunan di Bumi Kenyalang ini.

"Sarawak cukup dekat di hati kita (kerajaan Persekutuan). Ini juga adalah satu sejarah, menteri-menteri (persekutuan) paling ramai dari Sarawak di bawah kepimpinan Perdana Menteri ketika ini.

"Saya ingin ucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin Sarawak yang telah berjaya membawa masalah dan isu rakyat Sarawak kepada kepimpinan negara," katanya. - Bernama


P/S termasuk mykad la kan? tak tahu selama ini tulis `lain-lain kaum'...mgkn terlalu byk kaum etnik...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yayyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya la lama baru skrg mansuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2016 09:33 PM | Show all posts
Senarai kumpulan etnik di Sarawak

1. Iban
2. Cina
3. Melayu
4. Bidayuh
5. Melanau
6. Kayan
7. Kenyah
8. Lun Bawang
9. Penan
10. Kelabit
11. Kedayan
12. Bisaya
13. Berawan
14. Lahanan
15. Sekapan
16. Kejaman
17. Punan
18. Baketan
19. Ukit
20. Sihan
21. Tagal
22. Tabun
23. Saban
24. Lisum
25. Longkiput
26. Kadazandusun
27. Murut

(Dayak bukan sebuah kaum, tapi adalah sebuah bangsa yang terdiri dari kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu)

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputra_di_Sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptut hapuskan terus je semua.. x perlu nk tanya bangsa n agama org.. dlm ic pun ptut buang status tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2016 09:41 PM | Show all posts


iban



cina



melayu



Bidayuh



Melanau

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2016 09:45 PM | Show all posts
dalam IC ada tulis bangsa ke?

agama pon kalau islam baru tulis kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi je la..election kan,ambik hati semua selagi boleh wahai komedi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2016 10:45 PM | Show all posts
should be malaysian. senang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa  tu perlu .tuk buat statistik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 11:29 PM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 16-4-2016 09:33 PM
Senarai kumpulan etnik di Sarawak

1. Iban
yeaayyyy!!~

no3 + no4

FC yang bold tu
Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:

    Selakau/Lara (Daerah Lundu)
    Jagoi/Singai ( Daerah Bau)
    Biatah (Daerah Kecil Padawan)
    Bukar/Sadong (Daerah Serian)


gadis bidayuh


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu ke nk mengaku asal usul esok lusa lenyap la budaya kaum sendiri pastu salahkan kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 16-4-2016 11:34 PM
Malu ke nk mengaku asal usul esok lusa lenyap la budaya kaum sendiri pastu salahkan kerajaan

Asal usul apanya dapat detect kalau kena tick ruangan 'lain-lain'? Apa benda kaum 'lain2' tuh?

Lain la tick 'Bumiputera Sarawak' - tau juga asal usul dari mana.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 01:09 AM | Show all posts
harap orang2 sarawak kurangkan sikit perangai sentap dan paranoid itu ya.

org semenanjung skrg dh xde yg cakap org sarawak duduk atas pokok.
org sarawak jah yang dok ulang2 cerita zaman misha omar sampai hari ni seolah2 mengiyakan gitu.

tapi tak salah pun duduk atas pokok kan? hipster treehouse gituh!!



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 01:10 AM | Show all posts
chazey replied at 16-4-2016 11:59 PM
Asal usul apanya dapat detect kalau kena tick ruangan 'lain-lain'? Apa benda kaum 'lain2' tuh?

...

khensstt?? at least specify lah bumiputera negeri mana and so on

takde lah nak expect segala mak nenek pecahan bangsa dalam form tu i.e. lunbawang, lahanan, kadazan penampang, kadazan beaufort pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 17-4-2016 01:10 AM
khensstt?? at least specify lah bumiputera negeri mana and so on

takde lah nak expect segala ma ...

Memang dah ada pun kan sis pilihan Bumiputera  Sabah / Bumiputera Sarawak itu. Dah lama. Rasanya elok la digunapakai dua terma ini berbanding 'lain2'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2016 09:41 AM | Show all posts
Nak share gak ... utk pengetahuan uols suma ...



Long Busang (Mosang)

Kampung Long Busang adalah kampung yang terpencil di Hulu Sungai Rejang. Kampung ini sangat cantik dan orang-orangnya sangat peramah dan mesra.

Kampung ini dihuni oleh etnik kaum Kenyah Badeng (Madang) terdiri daripada kira2 lebih 200 keluarga.

Satu keunikan yang paling istimewa disini, setengah daripada penduduk anuti agama Kristian dan setengah lagi Islam.

Dalam sestengah keluarga mereka tinggal dan hidup sebilik namun tiada pernah berlaku salah faham, kekeliruan pasal anutan malah sangat hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Sekiranya anda berpeluang..lawat lah kampung Long Busang, Syurga Ikan Air tawar termahal di Dunia.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 6748 Replies : 3
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41959 Replies : 326
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 137478 Replies : 3897
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 43684 Replies : 661
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
intan_smsbSAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Views : 26528 Replies : 13
Ruhainies diminta jadi Orix
Glass_shoesRuhainies diminta jadi Orix
Views : 61414 Replies : 49
Turkish delight vs singkong, acik gagah tersenyum bangga
ModngengadeTurkish delight vs singkong, acik gagah
Views : 828 Replies : 1
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21492 Replies : 505
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26713 Replies : 118
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 103148 Replies : 1632

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.064370 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list