CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3823|Reply: 15

'Flying Without Wing' 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia Tahun 2016

[Copy link]
Post time 18-4-2016 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau lebih dikenali Kuala Lumpur International Airport (KLIA) merupakan lapangan terbang Malaysia dan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura.

KLIA pernah menduduki tempat yang ke-13 di dunia. Tetapi kali ini, KLIA tidak tersenarai dalam 10 lapangan terbang terbaik dunia.

Senarai 10 lapangan terbang atau airport terbaik di dunia ini berdasarkan undian dan maklum balas daripada penumpang di serata dunia melalui satu kaji selidik yang dijalanan dalam tempoh yang tetapkan.


Jom, ambil tahu 10 lapangan terbang terbaik dunia bagi tahun 2016 ini. - CARI Infonet


1. Lapangan Terbang Changi, Singapura

Lapangan Terbang Changi Singapura menghubungkan lebih dari 200 destinasi di seluruh dunia, dengan 5000 ketibaan dan perlepasn dalam tempoh seminggu oleh 80 syarikat penerbangan antarabangsa.


Foto : airlinequality.com


2. Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah lapangan terbang terbesar di Korea Selatan dan ianya salah satu lapangan terbang paling sibuk di dunia.


Foto
: waytogo.cebupacificir.com


3. Lapangan Terbang Munich, Jerman

Munich Airport adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Jerman.



Foto : munich-airport.de


4. Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, Jepun

Mempunyai terminal domestik dan antarabangsa.



Foto : star-telegram.com


5. Lapangan Terbang, Hong Kong, China

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong memberi perkhidmatan kepada lebih 100 buah syarikat penerbangan yang beroperasi di sini dan kira-kira 180 lokasi di seluruh dunia, termasuk 44 destinasi utama di China.



Foto : flickr.com


6. Central Intrenational Airport Jepun

Lapangan Terbang Antarabangsa Central Japan Nagoya ini lebih dikenali sebagai Centrair. Lapangan terbang ini mempunyai peratusan trafik domestik terbesar di dunia.



Foto : viramon


7. Lapangan Terbang Zurich


Lapangan terbang Zurich, Switzerland.



Foto : offtoeurope.com


8. Lapangan Terbang Heathrow, London


London Heathrow Airport adalah lapangan terbang yang paling sibuk di UK dan lapangan terbang paling sibuk di Eropah.



Foto : cnn.com


9. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai ini dibuka pada bulan September 1994, lapangan terbang antarabangsa ini terletak di sebuah pulau buatan di tengah-tengah Osaka Bay. Lapangan terbang ini menawarkan penerbangan penerbangan tambang murah antarabangsa yang pertama di Jepun.



Foto : traveldigest.com


10. Lapangan Terbang Hamad, Doha, Qatar

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad merupakan lapangan terbang antarabangsa Doha, ibu negara Qatar. Terminal ini boleh menampung sehingga 30 juta penumpang setiap tahun, lapangan terbang ini digelar sebagai lapangan terbang termewah di dunia.



Foto : flickr.com

Kredit :  Sky Trax World Airport Awards
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 11:14 AM | Show all posts
saya nak tanya, KLIA dgn KLIA2 diasingkan status atau disekalikan? maksud saya kalau nak kira statistik bilangan penumpang, statistik penerbangan segala bagai... adakah diasingkan atau di kira sekali, since kedua2nya KLIA, cuma terminal sahaja berbeza...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 11:19 AM | Show all posts
heathrow terbaik????? please lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 12:09 PM | Show all posts
KLIA dah mcm pasar la.. banyak sgt kiosk.. semak pastu run down sgt especially toilet kat parking tu..

Heathrow sekurang2nya.. ada hmv & pret a manger.. hiks
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
lapangan terbang doha...fuh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 01:28 PM | Show all posts
bila la nk jejak korea...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2016 01:45 PM | Show all posts
cantiknyeeee

bangkem cuma mampu ulang alik pudu, terminal putra dengan TBS je
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 03:56 PM | Show all posts
epis replied at 18-4-2016 11:14 AM
saya nak tanya, KLIA dgn KLIA2 diasingkan status atau disekalikan? maksud saya kalau nak kira statis ...

untuk KLIA statistik penumpang dikira dengan menambah KLIA dan klia2..KLIA 2 sepatutnya dinamakan terminal je..sebab cuma terminal yang berbeza..
masih menggunakan menara kawalan udara dan runway yg sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 18-4-2016 11:19 AM
heathrow terbaik????? please lah

Hehe ada max score from one of the five terminals hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 04:00 PM | Show all posts
comel91 replied at 18-4-2016 01:28 PM
bila la nk jejak korea...

kakak sepanajng riwayat hidup tak pernah naik ke belah2 negara2 oriental... paling oriental akak pernah sampai pun siam jah...
namun sekarang kawan akak ada temporarily kerja di seoul...mungkin nak try singgah la kejap??
tapi kalau negara oriental akak hanya minat nak terjah jepun jah.... negara2 lain mcm tak perlu jah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 04:03 PM | Show all posts
ffawwaz replied at 18-4-2016 03:56 PM
untuk KLIA statistik penumpang dikira dengan menambah KLIA dan klia2..KLIA 2 sepatutnya dinamakan  ...

tula saya rasapon sepatutnya begitu, keseluruhannya adalah KLIA, cuma terminal berbeza... so kalau kira sekali dgn kapasiti kedua-duanya, patutnya tinggi la kan, sebab KLIA2 tu sesak je memanjang...

tapi awak ckp gune menara kawalan yg sama, bukan setiap terminal tu ada menara kawalan masing2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 04:07 PM | Show all posts
epis replied at 18-4-2016 04:03 PM
tula saya rasapon sepatutnya begitu, keseluruhannya adalah KLIA, cuma terminal berbeza... so kalau ...

dua2 dah tuka menara kawalan yg ada tulis rekod bina terpantas whatnot tu..menara kawalan lama jadi opis DCA la kot..tu yg saya baca dekat forum aviation..

jumlah penumpang yg guna KLIA n klia2 tahun lepas 48.9juta .


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 04:12 PM | Show all posts
ffawwaz replied at 18-4-2016 04:07 PM
dua2 dah tuka menara kawalan yg ada tulis rekod bina terpantas whatnot tu..menara kawalan lama jad ...

ooo... saya panggil menara 1malaysia sebab besar2 tulisan 1 malaysia kat situ, hahah... menara kat klia tu dah tak kawal la maknenye... saya lagi suke design menara lama, menara baru tu nampak pprt designnye...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 04:20 PM | Show all posts
epis replied at 18-4-2016 04:12 PM
ooo... saya panggil menara 1malaysia sebab besar2 tulisan 1 malaysia kat situ, hahah... menara kat ...

kenzz..hahhaa..menara lama tu ikonik..

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 04:58 PM | Show all posts
Changa replied at 18-4-2016 04:00 PM
kakak sepanajng riwayat hidup tak pernah naik ke belah2 negara2 oriental... paling oriental akak p ...

hehe tu la.. igt nk pegi akhir tahun ni tapi atas sebab-sebab tak boleh elak.. kne tunda.. bila la rezeki lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 05:09 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 18-4-2016 03:59 PM
Hehe ada max score from one of the five terminals hahaha

the worst T5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.073084 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list