|
SHANGHAI 20 April – Pihak pe­ngurusan sebuah pasar raya di Pudong, dekat sini menyediakan pengalaman mendebarkan apabila membina gelongsor gergasi setinggi lima tingkat sebagai alternatif kepada pelanggan untuk turun ke tingkat bawah dengan cara paling cepat.
Mula beroperasi bulan lalu, gelongsor pelbagai warna itu di­letakkan di bahagian tengah Pasar Raya Pujian dan dibuka kepada orang ramai untuk mencubanya.
Portal Mirror Online melaporkan, tiub gelongsor sepanjang 60.96 meter itu dibina pihak pe­ngurusan pasar raya berkenaan dan mampu membawa pelanggan ke tingkat bawah dalam tempoh 16 saat.
Pasar raya terbabit tampil de­ngan idea itu bagi membantu para pelanggannya, sekali gus menjimatkan masa.
Bagaimanapun para pelanggan yang ingin mencuba gelongsor yang digelar ‘Dragon Slide’ itu perlu menyilangkan tangan mereka sebagai langkah keselamatan semasa turun ke tingkat bawah.
Selain itu, mereka juga akan dibungkus di dalam beg khas bagi mengelak sebarang kesan calar dan lebam.
Ketika ini, gelongsor istimewa itu hanya dibuka kepada tetamu khas.
Seorang pelanggan berkata, dia berasa takut ketika menggunakan gelongsor tersebut.
“Saya berasa sangat takut ke­rana semasa berada di selekoh, ta­ngan saya berasa kebas. Saya mula memikirkan bagaimana pula de­ngan kanak-kanak?” soalnya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|