CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3778|Reply: 19

[Tempatan] “TINGGALKANLAH jawatan itu.”

[Copy link]
Post time 22-4-2016 10:18 AM | Show all posts |Read mode

“TINGGALKANLAH jawatan itu.” Demikian nasihat Bapa Bola Sepak Johor, Datuk Suleiman Mohd. Noor kepada seluruh barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disifatkannya semakin ‘tenat’ dan terus hanyut dalam memacu arah tuju arena sukan bola sepak negara.

Menjadi antara ‘orang lama’ yang banyak menyaksikan episod jatuh bangun serta zaman kegemilangan pasukan kebangsaan, Suleiman tanpa berselin-dung menuding jari pada ke-pincangan yang berlaku dalam pengurusan badan induk ber-kenaan, sekali gus meletakkan Harimau Malaysia tidak habis-habis dirundung episod malang.

“Sekiranya mereka tidak boleh memimpin, jangan jadi pemimpin. Bola sepak ini bukan senang (untuk dipimpin). Ini bukan sesuatu yang mudah, jadi kena serius.

“Kena juga ada semangat. Jika tiada semangat, maaf anda tidak boleh sampai ke tahap kejayaan yang tertinggi,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Pusat Latihan Tertutup Datuk Suleiman Mohd. Noor di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam.

Pernah memegang antara jawatan penting dalam FAM suatu ketika dahulu, Suleiman berkata, jika mereka (pengurusan FAM) tidak lagi sanggup melaksanakan tanggungjawab digalas adalah lebih baik mengambil langkah meletakkan jawatan dan menyerahkan tugas tersebut kepada individu yang betul-betul menginginkannya.

“Semua yang ada, daripada segala yang di atas ke bawah berhenti dan beri peluang kepada orang lain. Puncanya adalah pengurusan yang mana jika pengurusan tidak betul, semuanya juga menjadi tidak betul.

“Jika anda lihat, jawatan yang wujud dalam persatuan-persa-tuan sukan adalah jawatan sukarela. Namun, apabila sudah menerima jawatan berkenaan, ia bukanlah sukarela lagi tetapi menjadi satu tanggungjawab. Jika tidak mahu, tinggalkan dan cari orang lain,” ujarnya.

Selaku bekas Timbalan Presi-den Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suleiman turut meluahkan kekecewaannya berhubung prestasi suram skuad bola sepak negara dengan merujuk kepada kekalahan memalukan 0-10 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 tahun lalu.

“Saya kesian tengok FAM sekarang dan budaknya (pemain) bukan calang-calang orang. Safiq (Rahim) tu tak bagus ke? Kenapa Malaysia boleh ‘terjun’?
“Kalau jadi presiden saya malulah. Ini bukan kalah, ini namanya belasah,” tegasnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz46W9vspAr
Hakcipta terpelihara


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Presiden fam tg abdullah mcm takde function pun. Jarang gila tgk dia buat statement
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu presiden FAM dah hantar surat letak jawatan tapi ajk FAM semua rejek. Katanya khidmat tengku itu masih diperlukan. Kiss ass sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 01:04 PM | Show all posts
skinsandstars replied at 22-4-2016 10:52 AM
Hari tu presiden FAM dah hantar surat letak jawatan tapi ajk FAM semua rejek. Katanya khidmat tengku ...

aik presiden mintk kejer dgn ajk nyer kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
AMDTurion replied at 22-4-2016 01:04 PM
aik presiden mintk kejer dgn ajk nyer kah?

Cuba baca betul2 apa ai tulis and hadamkan betul2 before komen.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab semuanya gila jawatan dan $$$ ..kalu berenti miss soru...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2016 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubarkan aje FAM n pemain. Build je new team yg terdiri dari pelapis muda dr sekolah rendah. Tkpe la bangun dari bawah balik dari sentiasa dpt malu dibelasah je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 01:28 PM | Show all posts
juliez replied at 22-4-2016 10:24 AM
Presiden fam tg abdullah mcm takde function pun. Jarang gila tgk dia buat statement

Presiden ni banyak ikut AJK, ingat lagi presiden cakap pasal jurulatih Malaysia Dollah Salleh, dia tak nak Dollah tapi pegawai2 teknikal yang nak amik ... so kuasa tu tak ada pada dia ... ada juga macam tu kan ... baik step down jelah ... ... pegawai2 yang lain tu pun macam lahanat je, agaknya duit gaji banyak dapat kot itu yang sayang sangat nak lepaskan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 02:18 PM | Show all posts
"tinggalkan jawatan" tidak wujud dalam kamus pemerintahan kerajaan/badan kerajaan di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 02:38 PM | Show all posts
Wooiittt ingat senang ker nak jatuhkan pemimpin dari pahang. Diorang ni hati kering.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 03:19 PM | Show all posts
pegawai2 sume dah confort zone...tu laa xnk ltak jawatan...duit mgaburi mata...malaysia kalah pon tetap bertenggek jgk xnk lpskn jwtan...puihh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 03:22 PM | Show all posts
skinsandstars replied at 22-4-2016 01:12 PM
Cuba baca betul2 apa ai tulis and hadamkan betul2 before komen.

dah dia nak resign pun ajk x bagi...apatah lagi masa dia nak melobi masa nak jd presiden.

itu maksud i.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 03:22 PM | Show all posts
skinsandstars replied at 22-4-2016 01:12 PM
Cuba baca betul2 apa ai tulis and hadamkan betul2 before komen.

maaf2..terpost dua kali plak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 05:26 PM | Show all posts
dulu ada sekor mod kata nak brenti jadi mod...kecoh buat poll d 2 3 kali...

sampai sekarang mod tu tak letak jawatan...

munafik punyer samdol...cakap tarak serupa bikin...

tarak integriti jadi manusia betul la...tarak prinsip punyer samdol.



Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
FAM tempat cari makan. Kerja sampai pencen atau mati. Prestasi tolak ke tepi

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 05:43 PM | Show all posts
dalam kamus bahasa FAM.. 'tinggalkan jawatan' bermakna 'pegang kuat2 jawatan tu sampai mati..'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
AMDTurion replied at 22-4-2016 03:22 PM
dah dia nak resign pun ajk x bagi...apatah lagi masa dia nak melobi masa nak jd presiden.

itu m ...

Tu lah. Pelik la sistem FAM ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya TMJ jd presiden klo nk tengok M'sia boleh menang Piala Dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik pencen skrg limit 60..klu dak mau ada yg keja sampai mati kat kerusi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 23-4-2016 01:12 AM
Patutnya TMJ jd presiden klo nk tengok M'sia boleh menang Piala Dunia....

tu sebenarnya  jawa johor tu nak cakap

dulu masa dia dlm fam tak berdecit pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.230177 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list