CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4670|Reply: 12

Penyelam Jumpa Hutan Usia 10,000 Tahun Di Dasar Laut

[Copy link]
Post time 22-4-2016 03:48 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO











Seorang penyelam berjaya menemui sebuah hutan prasejarah yang berusia kira-kira 10,000 tahun di Laut Utara ketika menyelam di pesisir pantai Norfolk baru-baru ini.


Penyelam tersebut, Dawn Watson, 45, berkata, dia tidak menyangka keputusannya untuk menyelam lebih jauh di pesisir pantai itu berjaya membongkar kewujudan sebuah hutan zaman prasejarah yang belum pernah ditemui.


“Air di pesisir pantai pada waktu itu agak bergelombang, jadi saya memutuskan untuk berenang 300 meter ke tengah laut sebelum menjumpai batang pokok oak purba.









“Pengalaman ini sangat menakjubkan kerana saya telah melakukan aktiviti menyelam selama 16 tahun dan bukan setiap hari anda akan membuat penemuan bersejarah seperti ini,” katanya lagi sambil memberitahu bahawa apa yang dilihatnya itu seakan adegan dalam filem Hobbit atau Lord of the Rings.


Menurut pakar perhutanan, hutan yang ditemui itu dianggarkan wujud sejak Zaman Ais tetapi telah tenggelam apabila paras air laut meningkat setinggi 120 meter apabila ketulan ais cair.


Kini, pokok-pokok itu membentuk terumbu karang semula jadi dan menjadi sebahagian daripada hidupan marin bersama ikan serta tumbuhan laut lain. – CARI Infonet








sumber info: http://www.dailymail.co.uk/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 04:16 PM | Show all posts
camne dorang tau usia hutan dasar laut tu 10,000 tahun yek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 22-4-2016 04:16 PM
camne dorang tau usia hutan dasar laut tu 10,000 tahun yek?

Aku baru nk tanya soalan sama.xkan terjumpa je terus tau kot.rasanya artikel ni missing byk info.
Kalau nk tau usia kena buat test carbon dating khen...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 04:26 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 22-4-2016 04:20 PM
Aku baru nk tanya soalan sama.xkan terjumpa je terus tau kot.rasanya artikel ni missing byk info.
...

betul tu.... mana la tau kapal balak bawak phon kayu.. pi buang dalam laut... senang jer claim 10,000 tahun... sebab tngok dasar lautnya cam biasa ja... ingat kan macam bentuk hutan lipur tu dalam air...

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 04:52 PM | Show all posts
kurga replied at 22-4-2016 04:16 PM
camne dorang tau usia hutan dasar laut tu 10,000 tahun yek?

berdasarkan kedalaman laut kot.... kan dlm setahun air akan naik bbrp cm.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 05:19 PM | Show all posts
berapa banyak oak like coral structures kat north sea?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2016 05:28 PM | Show all posts
mse zmn ais lgi, wow... nk kencing kte ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 05:37 PM | Show all posts
Sebatang je ke pokok oak yang dijumpai? Bukan hutan la tu, sebatang pokok purba je la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 05:47 PM | Show all posts
Mungkin juga ia hanyut dari kawasan lain akhirnya tengelam ke dasar laut tu sebab yang jumpa pun sebatang je kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:00 PM | Show all posts
dondangdendang replied at 22-4-2016 04:52 PM
berdasarkan kedalaman laut kot.... kan dlm setahun air akan naik bbrp cm.

ade lojik nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:51 PM | Show all posts
Batang pokok memang boleh tahan berpuluh ribu tahun ye dalam laut masin?tak reput pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
org yg jumpa bnd2 purba neh dpt apa2 x?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 09:25 PM | Show all posts
Ok faham2..sebelum ni batang kayu/hutan tu dok dalam ais..kemudian bila ais mencair selepas zaman ais berakhir dia dok dlm air sebab paras laut meningkat.Tapi kira lama juga tu tak reput2 dalam air.Maknanya sekitar laut utara tu tak ada lah hutan pokok oak sekarang ni agaknya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.154638 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list