CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10218|Reply: 108

[Dunia] Jack Ma Tak Bagi Staff Rehat Lebih Dari 15 Minit.Hamboiii

[Copy link]
Post time 24-4-2016 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
CEO Alibaba, Jack Ma pernah 'lokek' halang pekerja tinggal lebih dari 15 minit perjalanan
Agensi |  Diterbitkan pada April 23, 2016 21:33 MYT

CEO Alibaba, Jack Ma pernah 'lokek' halang pekerja tinggal lebih dari 15 minit perjalanan
Alibaba yang diasaskan oleh Jack Ma (gambar) kini dianggarkan bernilai AS$200 bilion (RM800 bilion).
SEBUAH buku baharu mendedahkan pengasas syarikat Alibaba, Jack Ma, pernah 'lokek' dengan bertegas untuk hanya membenarkan kakitangan syarikat itu berehat hanya beberapa minit dari menjalankan tugas.

Syarikat e-dagang tersohor China itu kini dianggarkan bernilai AS$200 bilion (RM800 bilion) dan diasaskan pada 1999 sebagai sebuah syarikat start-up atau syarikat pemula di pangsapurinya di Hangzhou, China.

Menerusi buku bertajuk Alibaba: The House that Jack Ma Built, penulis Duncan Clark mengimbas kembali asal usul dan tuntutan budaya kerja ketat syarikat yang membawa kepada kejayaannya hari ini.

“Pekerja paling awal digajikan dengan gaji AS$50 (RM200) sebulan,” tulis Clark.

“Mereka dikehendaki bekerja tujuh hari seminggu, kebanyakannya melebihi 16 jam sehari. Jack (Ma) juga mengkehendaki kakitangannya mencari tempat tinggal tidak lebih dari 10 minit perjalanan ke pejabat, agar tidak membazirkan masa berulang-alik.”

Ada kalanya syarikat ini akan menyediakan makanan dan perkhidmatan yang diperlukan di lokasi pekerjaan agar mereka tidak ‘hilang’ untuk satu masa yang lama.

Sementara itu dalam reaksinya terhadap tulisan itu, seorang jurucakap syarikat Alibaba mengesahkan mereka pada awal penubuhan syarikat pernah mengenakan syarat kepada pekerja untuk tinggal dalam lingkungan 10 hingga 15 minit dari tempat kerja.
Pendedahan itu memberikan peringatan bahawa bagi menubuhkan sebuah syarikat start-up ia memerlukan budaya syarikat yang tegas dan pengorbanan kakitangannya.


http://www.astroawani.com/berita-dunia/ceo-alibaba-jack-ma-pernah-lokek-halang-pekerja-tinggal-lebih-dari-15-minit-perjalanan-103527

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2016 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sembelit susah la helloooo
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 12:45 AM | Show all posts
x bestnye keje kompeni camnih
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 12:52 AM | Show all posts
Work, work, work, work, work, work
He said me haffi
Work, work, work, work, work, work!
He see me do me
Dirt, dirt, dirt, dirt, dirt, dirt!
So me put in
Work, work, work, work, work, work...

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 01:03 AM | Show all posts
Kat china boleh la buat kuku besi camtu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2016 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bamgost pernah jah keje 7 days a week 16 hours a day tapi time rehat mcm biasa pastu food semua provided masa dlm ong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2016 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi bab rehat kalau nak kacau jugak parahhhh lahhhhh dekkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2016 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 23-4-2016 04:45 PM
x bestnye keje kompeni camnih

tenaga buruh dia 1.6 billion.so x kisah la
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hidup dan kerja sebegitu memang jadi zombie ler, no fun at all! Stressful dan mendatangkan penyakit jah! Tapi kalau ader manusia yang suker work environment gituh mungkin beliau spisis robott
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 05:42 AM | Show all posts
stended komunis
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 05:52 AM | Show all posts

makhluk tuhan paling hodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sni bagi 1jam rehat
Otomatik jadi 1.5jam
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Typical apek mainland


...btw tu dia ke alien..awat rupa mcm alien je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Robot...xbestnye...klu ade anak mmg tak bolehla kerje dengan jack ma ni..keke
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Giler apa... tak kuasa aku nak bekerja utk makhluk mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2016 09:14 AM | Show all posts
edee_91 replied at 24-4-2016 05:52 AM
makhluk tuhan paling hodoh.

bukan hodoh sangat,
tapi muka ketat, stress sepanjang hayat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:18 AM | Show all posts
mak_wa95 replied at 24-4-2016 09:14 AM
bukan hodoh sangat,
tapi muka ketat, stress sepanjang hayat..

still hodoh to me.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
aku skang x beli kt ebay, beli kt aliexpress.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
My previois company pernah jugak tk bagi keluar makan psal nk cepat siapkan keje..tp bagi makan kefsi pizza kaw2..ujung2 kemalasan sbab kenyang semedang.

Namun bgi aku pekerja yg komited.snggup aku tk blik umah straight keje masa smua yg lain cuti raya..2 hari tk tido..hari ke 3 sperti bejalan atas awang2an je rasa..yg penting tkde msalah dan semua under control.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.074941 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list