CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4792|Reply: 6

Main 'Kutu' Cara Menabung Paling Efektif, Tapi Apa Hukumnya?

[Copy link]
Post time 28-4-2016 04:51 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za



Salah satu cara menyimpan wang atau menabung yang diamalkan sejak dulu lagi ialah main 'kutu'.


Antara rakan sepejabat, kawasan kejiranan atau sekampung, selalunya yang menyertainya kaum wanita. Inilah cara ibu-ibu dahulu menyimpan duit, betul tak?


Namun, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah pandangan Islam tentang main kutu ini.





(Sumber foto: Malaymailonline)





Pendapat Ustaz Zaharudin, seperti yang dipetik di laman Ustazahhazimah.amirhakimi.com:


Tepat sekali, permainan ‘kutu’ akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas ‘undian’ atau disebut dalam bahasa ‘Arab sebagai Qur’ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.




Sumber: Ustazah Hazimah






(sumber foto: Carian google)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 02:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 02:19 AM | Show all posts
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Sistem kutu merupakan suatu bentuk "pinjaman modal" yang paling efektif bagi sesiapa yang terlibat di dalam sektor perniagaan kecil-kecilan. Bagi peniaga ia merupakan suatu pilihan (options) yang terbaik bagi memastikan perniagaan mereka sentiasa "disuntik" dengan modal baru dalam suatu kitaran waktu.
Ia bersifat pinjaman tanpa "bunga" dan ia memerlukan anda menunggu giliran sahaja.

2. Bagi sesiapa yang menggunakan sistem ini bagi tujuan penyimpanan. Ia adalah bersifat risiko, tanpa keuntungan (dividen), dan terdedah kepada kerugian. Ia seumpama skim yang memberikan orang lain keizinan untuk mengakses wang anda dengan maksud (anda tidak percaya diri sendiri untuk menyimpannya).

3. Skim pelaburan / simpanan berisiko rendah seperti tabung haji menerima penyimpanan dalam jumlah yang kecil, tidak terdedah dengan risiko kerugian, dan pulangan purata 10 tahun yang menguntungkan.

4. Sebaliknya sistem kutu, "memaksa" anda untuk berurusan dengan manusia yang anda sendiri tahu bagaimana sifat dan spesis-spesis makhluk yang bernama manusia nie. meskipun ada pemegang amanah yang akan melaksanakan amanah, tetapi ia tetap terdedah kepada risiko kerugian.

Kesimpulannya, skim "kutu" jika dilaksanakan di dalam kelompok yang kecil seperti peniaga di pasar malam cik kiah (10 orang), ataupun golongan suri rumah di kawasan perumahan taman tambun ( yang mana tujuan simpanan mereka tidak meletakkan sasaran masa hadapan, melainkan digunakan untuk perbelanjaan rumah dan keluarga) adalah disarankan & digalakkan menggunakan sistem ini. Tetapi bagi individu yang berhasrat (matlamat simpanan masa hadapan) , jadikan sistem kutu sebagai alternatif sahaja. SEKIAN. Terima Kasih.

khasha,
kampungserver.com administrator. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo.kutu.babi haram.lah kottt
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 06:20 PM | Show all posts
Suka main kutu ni dari zaman skola lg.time tu rs kaya sgt bila turn dpt duit kutu.budak2 sgt time tu.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 11:35 AM | Show all posts
sekarang ni macam2 ada
kutu duit
kutu emas
kutu pinggan mangkuk
kutu hp
kutu baju
kutu handbag GAAA
kutu periuk
kutu Tupperware
kutu barang electric
kutu perkakas dapur
seaneka kutu ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2016 11:50 AM | Show all posts
main kutu ni takde masalah. memang ia mengajar tatatertib menabung. cuma risiko dia kat Malaysia ni, takde undang2 yang termaktub untuk duit kutu. so contoh kalau korang main ramai2, 1 kepala dalam RM100/RM200. tiba2 time turn korang, dorang sume atau salah sorang pakat undur diri ke, memang takde tindakan undang2 yang boleh diambil.

tu jugak antara sebab nape kalau main kutu, elok kalau main dengan kawan2 atau jiran2 yang betul korang rapat. even mak aku main kutu ngan jiran2, dorang takkan amik orang yang hanya sewa rumah. yang memang betul2 penduduk asal atau duduk kat kawasan rumah je boleh join.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.107020 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list