CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1377|Reply: 1

Samsung S7 Berada Dalam Pasaran Hari Ini

[Copy link]
Post time 29-4-2016 09:05 AM | Show all posts |Read mode








Telefon pintar yang dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, akan berada dalam pasaran hari ini bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar mengikuti trend terkini telefon mudah alih.


Telefon itu yang boleh didapati di kedai-kedai Samsung Experience dan kedai Maxis terpilih, berharga RM2,699 dan tampil dengan warna hitam onyx, emas platinum dan perak titanium, kata Samsung Malaysia Electronics dalam satu kenyataan hari ini.


Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT, Lee Jui Siang, berkata syarikat itu menerima banyak pertanyaan mengenai Galaxy S7 susulan pelancaran Galaxy S7 Edge pada bulan lalu.


"Ada yang berhajat untuk membelinya, justeru, kami memutuskan sudah sampai masanya untuk melancarkan Galaxy S7," katanya.


Selain paparan Quad HD Super AMOLED 5.1 inci, Galaxy S7 sarat dengan ciri-ciri menarik sama seperti Galaxy S7 Edge, dengan paparan 5.5 inci.


Ia juga berkongsi ciri-ciri kaca 3D sepenuhnya dan bingkai logam sama seperti Galaxy S7 Edge.- CARI Infonet




sumber berita : www.bernama.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 06:14 PM | Show all posts
mahai sgt.... x mampu pokcik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.191860 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list