CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4249|Reply: 11

Menu 'Simple' Tortang Talong Dari Filipina Ini Buat Nak Makan Berkali-kali

[Copy link]
Post time 29-4-2016 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Resepi yang nak dikongsikan ini datangnya nun dari Filipina. Jika anda biasa makan, pastilah anda sudah mengetahui sedapnya menu terung bersama telur ini.





Jika di Filipina, masyarakat mereka mengenalinya dengan Tortang Talong. Susah pula nak sebutnya.

Ia lebih kurang seakan terung omelet. Mudah sahaja tapi sedap. Jom, cuba buat! Resepi ini juga telah dikongsikan dengan ribuan perkongsian oleh netizen. - CARI Infonet



Bahan-bahan :

1) 4 batang terung
2) 4 biji telur
3) Garam dan sedikit perasa


Cara-cara persediaan :


Langkah 1
Cucuk-cucuk dahulu terung supaya tidak meletup apabila dibakar nanti.




Langkah 2
Bakar terung di atas dapur. Boleh juga gunakan pemanggang elektrik, pemanggang ajaib atau ketuhar yang mempunyai fungsi grill.




Langkah 3
Inilah rupa terung yang sudah dibakar.




Langkah 4
Pastikan terung dimasak betul-betul supaya kulitnya senang keluar.



Basuh tangan, dan sapu terung menggunakan tangan basah. Kulit terung akan terkikis sendiri.


Langkah 5
Penyekkan terung menggunakan garfu.




Langkah 6
Penyekkan terung sehingga lebar dan nipis sebegini. Pastikan tangkainya masih ada.




Langkah 7

Pecahkan dan kacau telur. Boleh tambah garam dan perasa jika mahu.




Langkah 8
Celurkan terung ke dalam telur.




Langkah 9
Goreng terung. Jangan guna terlalu banyak minyak, pastikan terung tidak tenggelam di dalam minyak.




Langkah 10
Inilah rupa Tortang Talong atau terung omelet yang sudah dimasak.




Langkah 11
Hidangkan. Selamat menjamu selera!





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Terliur plak nengok nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cicah air asam atau sambal belacan sedap ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 02:57 PM | Show all posts
Wah... senang sangat... mkn ngan nasi panas... sedappppp
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 04:18 PM | Show all posts
kalau belah 2 terung tu boleh jgk kan?
takut dalam nnt ada penunggu  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 11:46 AM | Show all posts
selalu buat ni. sedap lepastu mesti tak cukup. gamaknya setiap orang mesti 1 terung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2016 07:58 PM | Show all posts
Nampak senang and sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 05:58 PM | Show all posts
kalau buat kicap cili ni .... yuhhuuuuuu sangat .......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2017 09:06 PM | Show all posts
Sedapnya makan macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:46 PM | Show all posts
mcm sedap jek. nak carik terung, buat ni utk berbuka karang
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 12:58 AM | Show all posts
dr kecik2 dh mkn my mom suka siapkan utk kami...x sangka lak dr pilipin wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mudahnya nk buat.. mesti sedap ni mkn mgn nasik panas2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.226952 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list