|
oleh Adib ZA
Bagi anda yang gemar memicit jerawat, ia sangat tidak baik kerana boleh menyebabkan bekas dan parut jerawat yang hodoh.
Lebih buruk, adanya survey yang mendapati parut jerawat ini boleh menyebabkan ramai yang tertekan sehingga berfikir ingin membunuh diri.
Ya, jangan terkejut ya. Survey yang dilakukan oleh British Skin Foundation itu mendapati 20 peratus mereka yang ada parut jerawat pernah berniat membunuh diri kerana tidak tahan dengan kehodohan itu.
Masalah jerawat dan parut ini juga memberi pengaruh yang sangat besar kepada remaja. Mereka enggan untuk bersosial, keluar rumah dan tak mahu ke sekolah atau pejabat.
Ini juga didorong faktor jiwa meronta para remaja dan juga hormon yang masih belum stabil.
Oleh itu mereka yang berparut jerawat sebaiknya melakukan rawatan dari segi kesihatan dan juga psikologi kerana jika tidak dipulihkan, ia memberi kesan buruk kepada diri mereka kelak. - CARI Infonet
Sumber: CNN
(Sumber foto: Carian google) |
|