View: 6004|Reply: 33
|
[Dunia]
'Undilah Gadis Berhijab' Pelajar Bertudung Pertama Dinobat Ratu Majlis Tari
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Jika di luar negara, beberapa kawasan beranggapan gadis berhijab dilabel sebagai pengganas dan penjahat.
Di Fontana, walaupun masyarakat masih trauma dengan kes tembakan berdekatan San Bernardino yang menyebabkan berbelas-belas maut namun tidak mematahkan semangat seorang pelajar bertudung yang telah berjaya dinobatkan sebagai ratu majlis tari, atau “prom queen” di Sekolah Tinggi Summit, California.
Zarifeh Salabi, 17, pada mulanya ragu-ragu ketika dicalonkan, namun beliau mendapat galakan rakan-rakan bukan Islam sehingga berjaya memakai tiara itu dalam satu majlis tarian 26 April lalu.
Anggun berbaju putih labuh dan bertudung manik, Zarifeh menganggap kemenangannya “membuktikan tidak semua umat Islam itu membimbangkan.”
“Mereka tidak melihat saya sebagai ancaman, sebaliknya cuma sebagai sahabat,” katanya seperti dilapor akhbar New York Times.
Berpegang kuat pada ajaran agama menguji dirinya sebagai remaja apabila tidak dibenarkan oleh keluarga untuk pergi jauh dari kawasan perumahan dan jarang bergaul dengan lelaki.
Zarifeh juga terpaksa menolak jemputan berparti dan tidur di rumah rakan, malah tidak pernah dibenarkan menghadiri majlis tarian sekolah.
Namun rakan-rakan sebayanya menyatakan sokongan tidak berbelah untuk beliau memenangi anugerah itu, yang biasanya dimenangi pelajar paling popular di sekolah.
Mereka turut memakai hijab sebagai tanda solidariti. Malah semasa hari pengundian, mereka mengedarkan tudung berwarna-warni kepada pelajar sekolah.
Turut diedarkan belon dengan tulisan “Jangan jadi penjahat, undilah gadis berhijab.”
“Kami melihatnya sebagai peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan. Cara ini dapat membuktikan bahawa kami menolak perbuatan buli dan rasisme,” kata rakan sebayanya Sarahi Sanchez.
Hanya empat pelajar yang memakai hijab di sekolah itu yang mempunyai lebih 2,000 murid. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
FONTANA, 1 Mei — Seorang pelajar bertudung berjaya dinobatkan sebagai ratu majlis tari, atau “prom queen” di Sekolah Tinggi Summit di California, walaupun masyarakat masih trauma dengan kes tembakan berdekatan San Bernardino yang menyebabkan berbelas-belas maut.
Zarifeh Salabi, 17, pada mulanya ragu-ragu ketika dicalonkan, namun beliau mendapat galakan rakan-rakan bukan Islam sehingga berjaya memakai tiara itu dalam satu majlis tarian 26 April lalu.
Anggun berbaju putih labuh dan bertudung manik, Zarifeh menganggap kemenangannya “membuktikan tidak semua umat Islam itu membimbangkan.”
“Mereka tidak melihat saya sebagai ancaman, sebaliknya cuma sebagai sahabat,” katanya seperti dilapor akhbar New York Times.
Berpegang kuat pada ajaran agama menguji dirinya sebagai remaja apabila tidak dibenarkan oleh keluarga untuk pergi jauh dari kawasan perumahan dan jarang bergaul dengan lelaki.
Zarifeh juga terpaksa menolak jemputan berparti dan tidur di rumah rakan, malah tidak pernah dibenarkan menghadiri majlis tarian sekolah.
Namun rakan-rakan sebayanya menyatakan sokongan tidak berbelah untuk beliau memenangi anugerah itu, yang biasanya dimenangi pelajar paling popular di sekolah.
Mereka turut memakai hijab sebagai tanda solidariti. Malah semasa hari pengundian, mereka mengedarkan tudung berwarna-warni kepada pelajar sekolah.
Turut diedarkan belon dengan tulisan “Jangan jadi penjahat, undilah gadis berhijab.”
“Kami melihatnya sebagai peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan. Cara ini dapat membuktikan bahawa kami menolak perbuatan buli dan rasisme,” kata rakan sebayanya Sarahi Sanchez.
Hanya empat pelajar yang memakai hijab di sekolah itu yang mempunyai lebih 2,000 murid.
Pada Disember lepas, 14 orang maut dan 22 cedera ditembak suami isteri Syed Rizwan Farook dan Tashfeen Malik, yang dipercayai terpengaruh dengan ideologi dan fahaman kumpulan pengganas Islam.
themalaymailonline |
|
|
|
|
|
|
|
sopan pakaian prom nightnya
tahniah lah... boleh la ianya menjadi kenangan indah di alam persekolahan |
|
|
|
|
|
|
|
abes laa kena bakar kat neraka |
|
|
|
|
|
|
|
designer leh wat design baru pas ni. tapi kalau design mcm karolina kurkova barut2 urat ni dah lama retis malaysia pakai.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg tongkatstyle la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tahan cantik orangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah lerr nakk oii~~ memang cantikk!
makcik dok,terimajin citer carrie, tengah syok menang atas stage tetibe mencurah jatuh darah babii~~ haper lagi terus kuo megasuperpower sheolls~ |
|
|
|
|
|
|
|
tu fesyen tudung tu mesti ada yg tiru lepas tu kata rekaan sendiri .... |
|
|
|
|
|
|
|
Ala cleopatra tp berhijab..
|
|
|
|
|
|
|
|
tajuk wa diubahsuai
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 3-5-2016 10:52 AM
designer leh wat design baru pas ni. tapi kalau design mcm karolina kurkova barut2 urat ni dah lama ...
Mcm baju ahkak ziana zain |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal..... baju ni dah lama dah. Rizman Ruzaini tiru sebijik. Dah la Ziana pakai tak lawa
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 4-5-2016 04:27 PM
tu la pasal..... baju ni dah lama dah. Rizman Ruzaini tiru sebijik. Dah la Ziana pakai tak lawa
...
Rizman tiru eh? |
|
|
|
|
|
|
|
muka persis toh puan ragad kurdi je |
|
|
|
|
|
|
|
kan dia pakai baju ni masa islamic fashion show (islamik la sgt) kat monaco ke kat paris tu. ada baju mcm lawyer/nun tu jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni lagi comel tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Mintak mana mana pakar aurat dapat memberi komen samada pakaian ini menutop aurat atau tidak seperti yang dinyatakan di dalam certificate yang Allah SWT bagi kat dia tentang apa dia menutop aurat yang sebenerrrrr .....Prrrrrrrrrrrrpffffftght |
|
|
|
|
|
|
| |
|