View: 2873|Reply: 16
|
Janji Tinggal Janji..Tangan 'Baru' Tak Kunjung Tiba
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Bila meluahkan bukan bermaksud membawa makna yang buruk, merungut atau bertujuan menjatuhkan sesiapa. Namun, sedikit sebanyak dapat membantu orang lain agar tidak terkena seperti yang kita lalui.
Itu yang dicoretkan oleh seorang ibu kepada seorang kanak-kanak istimewa, Ainaa Amanda yang pernah menyentuh ramai hati masyarakat suatu masa dulu.
Si kecil Ainaa dilahirkan tanpa tapak tangan dan kisahnya pernah menjadi viral sedikit masa lalu. Sehingga ada pihak yang berjanji untuk memberikan sumbangan tangan palsu 3D yang menggunakan bateri.
Namun, janji hanya tinggal janji, itu yang dikatakan oleh ibu ini, Abby Hassan.
Dia mempersoalkan ketika majlis untuk menyerahkan tangan palsu, pihak media turut dijemput. Sudah tentu untuk memberi publisiti dengan mudah kepada mereka ini.
Namun selepas majlis, tangan palsu masih juga tidak kunjung tiba. Ketika promosi, wajah anaknya dan seorang lagi kanak-kanak istimewa dicanang ke sana dan ke mari. Apakah tujuannya?
Katanya lagi, sekembalinya dari majlis yang diadakan di Ipoh itu, mereka berasa begitu hampa.
"Kita ingatkan orang mahu menolong kita dengan ikhlas, tak perlulah nak berkira," ujarnya merujuk kepada wang perjalanan mereka ke Ipoh dari Kedah.
"enderma pun terang-terang sudah membuat pembayaran pada mereka. Siap panggil pihak media siarkan di akhbar masing-masing.
"Hmmm, mungkin nak jadikan anak-anak istimewa ini sebagai stepping stone untuk dikenali.
Itu antara yang diperkatakan oleh ibu ini. Dia juga mengajak masyarakat yang ingin menyumbang derma agar lebih berhati-hati selepas ini.
"Kasihan anak kami, populariti dan keistimewaan mereka digunakan orang untuk meraih nama."
Semoga perjalanan Ainaa Amanda terus dipermudahkan dan bagi yang hanya mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain, berhentilah berbuat demikian. - CARI Infonet
Sumber: Facebook Ainaa Amanda |
|
|
|
|
|
|
|
apa nak jadi? duniawi penuh dgn pura pura... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang buat tangan tu bekas guru kan? |
|
|
|
|
|
|
|
takpe la dik..
ada la rezeki lain tu nanti..
tak payah diharap la orang macam tu kalau dah tau perangainya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by awanearisu at 4-5-2016 04:06 PM
iskans replied at 4-5-2016 03:51 PM
Yang buat tangan tu bekas guru kan?
Kalau ikut kronologinya, cikgu tu cuma buatkan tangan mekanikal. Kosnya kurang rm100 je dan dah diserahkan. Yang ini janji dari syarikat lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by awanearisu at 4-5-2016 04:03 PM
BERITA PUBLISHED: 13 January 2015, 10.00 pm
Ainaa Amanda bakal dapat tangan mekanikal percuma
BY: QURNISHA HAMKA
KUALA LUMPUR, 13 Januari:
Niat hanya untuk berkongsi cerita mengenai hari pertama anak istimewanya, Ainaa Amanda Shahzali akhirnya membawa tuah.
Bukan saja video mengenai cerita Ainaa Amanda menjadi viral di Facebook, malah murid tahun satu itu juga bakal menerima tangan palsi mekanikal percuma daripada Pebblereka 3D Print.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Hilmi Muhammad, 34, ketika dihubungi The Rakyat Post mengesahkan perkara berkenaan, dengan tujuan untuk membantu insan istimewa itu.
Hasil keprihatinan rakyat Malaysia, kekurangan Ainaa Amanda akan berakhir, dengan adanya teknologi yang ditawarkan syarikat milik usahawan muda berkenaan.
“Selain Ainaa Amanda, ada dua lagi kanak-kanak yang mempunyai masalah sama dan kami akan bantu mereka.
“Kami buat ini memang semata-mata untuk kebajikan dan juga sebagai sumbangan kepada masyarakat, itu tujuan kami,” kata Ahmad Hilmi.
Read more and credit to: http://bm.therakyatpost.com/beri ... cuma/#ixzz47fiw0c00 |
|
|
|
|
|
|
|
ada unsur khianat / tipu dari penaja lah ya....
Kesian budak budak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
budak2, mesti asyik tny je kan..kesian pulak |
|
|
|
|
|
|
|
yg berkenaan mohon tampil bagi penjelasan. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu pihak lagi satu pulak keluar statement.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannye.....kalau la sy ade kepakaran...minat robot, tp x pandai buat....
mcm "Fullmetal Alchemist" pulak tgk budak berdua ni |
|
|
|
|
|
|
|
viral kn sehabis boleh... tuntut apa yg dijanjikan... kesian budak2 tu... klu dah janji ngan budak2 mmg budak2 akan tuntut sampai dpt.. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti bagi macam2 alasang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ksian..dh diberitahu dpt tgn palsu mestila adik Amanda dok menanya je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ke gila tangan palsu mcm tu.. Dah mcm robot aku tgk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|