SUMBER: Pandulaju [/url] PERODUA Myvi facelift akan diperkenalkan hujung minggu ini? Pandulaju menerima banyak pertanyaan daripada pembaca untuk mengesahkan sama ada info ini benar atau tidak. Ya, tidak dinafikan laman facebook banyak dibanjiri pelbagai gambar viral Perodua Myvi dengan rekaan ekstrem yang dikatakan akan dilancarkan hujung minggu ini. [url=http://pandulaju.com.my/perodua-myvi-facelift-dilancarkan-sabtu-ini-hanya-melibatkan-myvi-1-5l-advance/]
Setelah menjalankan beberapa penelitian, penyebaran gambar Perodua Myvi dengan gaya rekaan yang ekstrem di laman facebook itu adalah tidak benar. Ia sebenarnya adalah model yang diperkenalkan Perodua sempena sambutan ulang tahun Perodua Myvi ke-10 tahun lalu. Walau bagaimana, khabar berita yang menyatakan Perodua bakal memperkenalkan model Myvi facelift pada hujung minggu ini adalah benar. Pandulaju sempat bertanya beberapa pusat pameran Perodua dan mereka menyatakan ia adalah benar. Pandulaju juga diberikan beberapa gambar brosur di mana model facelift ini hanya melibatkan model Myvi 1.5L Advance sahaja. Melihat pada gambar diberikan, Myvi facelift ini meneriam dua tona warna di mana bahagian bumbung dipadankan dengan warna hitam. Lebih mengejutkan, Pandulaju turut dimaklumkan harga juga akan turun. Tetapi ia masih belum didedahkan dan hanya akan dimaklumkan kepada pengedar Perodua, sabtu ini. BACA: Ketahui 4 Faktor Kejayaan Perodua Myvi
Apa-apa pun, Perodua bakal mengadakan program ‘Riuh Bersama Perodua’ dan menjemput orang ramai kunjungi bilik pameran terdekat. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan.
|