View: 8591|Reply: 32
|
{11} Elok lah beli & guna alat bekam sendiri sblm terlambat!
[Copy link]
|
|
Peralatan bekam
|
|
|
|
|
|
|
|
Guna Peralatan Bekam Sendiri Elak Penyakit Berjangkit
ALOR SETAR, 6 Mei (Bernama) -- Peralatan bekam yang dikongsi dengan pesakit lain boleh mengundang berlakunya pelbagai penyakit berjangkit seperti hepatitis, penyakit kulit dan HIV.
Justeru orang ramai diingatkan agar menggunakan peralatan bekam sendiri ketika menjalani rawatan tersebut tanpa berkongsi peralatan seperti yang dilakukan oleh sesetengah pengamal rawatan bekam.
Pengerusi Persatuan Pengamal Bekam Sunnah dan Ruqyah Malaysia (PEBERUM), Syed Araniri Syed Ahmad berkata ini kerana juru bekam tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai pesakit yang dirawatnya sama ada mempunyai penyakit berjangkit yang boleh membahayakan orang lain.
"Sesetengah pusat rawatan menggunakan berulang kali satu set peralatan bekam kepada pesakit yang berlainan dan kemudian dibersihkan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti direndam dalam air panas tetapi ia tidak menjamin 100 peratus kebersihannya.
"Di pusat rawatan di bawah PEBERUM, kita menggunakan peralatan bekam pakai buang kerana bimbang akan berlaku jangkitan penyakit lain kepada pesakit yang dirawat," katanya pada sidang media hari ini.
Syed Araniri berkata pihaknya mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jelajah Bekam 2016 untuk beri kesedaran kepada orang ramai mengenai penggunaan peralatan bekam sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain.
Beliau berkata pihaknya menjual peralatan bekam pada harga yang berpatutan bagi membolehkan orang ramai memiliki peralatan bekam sendiri untuk digunakan ketika menjalani proses rawatan.
"Sebelum ini ada yang takut untuk menjalani rawatan bekam kerana tidak mahu berkongsi peralatan dan peralatan bekam yang agak mahal sehingga RM300. PEBERUM tawarkan peralatan bekam yang berharga antara RM30 hingga RM80 bagi membolehkan orang ramai menjalani rawatan itu," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut menyediakan 5,000 set peralatan bekam untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai pada program jelajah bekam di seluruh negara yang akan bermula 22 Mei depan.
Katanya bagi membantu golongan asnaf di seluruh negara, pihaknya akan memberi kursus percuma kepada mereka untuk menjadi juru bekam bertauliah sekaligus dapat menambah pendapatan serta mengubah kehidupan mereka pada masa depan.
"Kita juga sasarkan 10 juru bekam untuk satu daerah di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan rawatan bekam untuk kekal sihat," katanya.-- BERNAMA
p/s Betul jugak nasihatnya tu...kuman mana nmpk di mata...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Benda yg bersentuhan dengan darah ni mmg patut jenis pakai buang aje mcm syringe dan needle. Mana boleh pakai banyak kali, apatah lagi dikongsi dengan orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
aku beli RM15 satu set kecil 6 atau 8 cup banyak tahun dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu..letak saja di bod sejarah Last edited by sabbath_shalom on 6-5-2016 03:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
@spiderman80
taruk jer kat BOD MITOS, Lagenda...
bagi puas ati si Reluvosi tu...
mulai hari ini , thread aku taruk jer mana2 BOD kecuali CI...
klu tak , ada yg stres , sakit jantung terus gol...
|
|
|
|
|
|
|
|
satu2nya bod yang paling laku kat Cari ni bod CI dengan gosip tempatan jah. |
|
|
|
|
|
|
|
sejahtera replied at 6-5-2016 03:04 PM
aku beli RM15 satu set kecil 6 atau 8 cup banyak tahun dulu
Kalo mcm gambau kat atas tu agak2 brp? Mak dok syak cecah seratus |
|
|
|
|
|
|
|
haha meols nak citer
kt tmepat meols ni ada pembekam wanita
dia ni ada masalah saka tp ada ustad berubat tahan la 2,3 tahun xkena serangan
alkisah satu hari ni dia bekam sorang wanita ni
salah dia ..dia tak scan dulu wanita ni
dan masa ni pun dia tgh uzur ... so paham2 aje lah ...takde pendinding
alkisahnya lagi ...saka si wanita ni berpindah masuk ke si pembekam ni
skang ni yg meroyan ..pembekam wanita ni
naya
so kena selalu beringat ya
bekam bekam jugak
tp kena tahu latar belakang sapa yg hang bekam tu
jgn nak pikir masyuk aje
scan dulu
dan jangan bekam masa ko tgh uzur |
|
|
|
|
|
|
|
bekam ni boleh ubat sumua punyakit ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 replied at 6-5-2016 03:29 PM
@spiderman80
taruk jer kat BOD MITOS, Lagenda...
bagi puas ati si Reluvosi tu...
Apa salah ini thread kesihatan. ...sewajar bukak di bod kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
proses berbekam ni nampak sakit je.. |
|
|
|
|
|
|
|
satu2nya tapi ada dua
|
|
|
|
|
|
|
|
set yg i beli tu sup cup kicik,
set yg gmabar atas i ingat tak sampai RM60 kot,
masa aku beli dah 12 tahun , ada set saiz s, M dan L,
yg atas mgkin L kot, beli kat China man,
kalu beli kat China lagi murah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalu siapa yg biasa buat bekam...ada sesetengah tempat..
.bekas tu mmg dia pakai buang..dia xkan guna lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Loxlaxman at 6-5-2016 04:55 PM
Pakai yang ni senang..lepas pakai simpan dalam lemari..jangan bagi bini pinjam..satgi kot tesemboi bijik..
|
|
|
|
|
|
|
|
sabo ye abam tongkat... hahahhaha...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|