|
|
Oleh Izzah Abbasy
Siapa sangka kolam renang boleh dicipta besar seakan laut atau sungai kecil.
Seperti kolam renang San Alfonso del Mar, Chile ini telah diiktiraf sebagai kolam renang yang terbesar di dunia oleh Guinness Book of World Record.
Kolam sebesar 9 buah padang bola sepak ini membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti air, berenang, berkayak, belayar air, selam skuba dan juga luncur air.
Kolam ini boleh menampung sebanyak 66 juta gelen air garam dan kolam renang buatan manusia ini mengambil masa hampir 5 tahun untuk disiapkan.
Walaweh, kalau anda seorang yang suka berenang, jadilah seperti ikan dan berenanglah sepuas-puasnya di kolam renang ini ya! - CARI Infonet
|
|