CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6270|Reply: 21

Nak Berbulan Madu Tempat Sejuk? Dalam Malaysia Pun Banyak

[Copy link]
Post time 11-5-2016 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Berbulan madu atau honeymoon merupakan saat-saat istimewa dan sangat dinantikan oleh pasangan yang baru saja bernikah. Boleh dikatakan setiap pasangan yang baru mengikat janji suci tidak sanggup lagi untuk melewatkan momen indah ini.


Sudah tentu ramai pasangan pengantin baru teringin berbulan madu di negara beriklim sejuk tetapi mungkin faktor kewangan dan masa menidakkan niat itu.


Tak mengapa kerana disini kami cadangkan kepada anda 6 destinasi sejuk yang ada di dalam negara kita, dipetik dari OhMedia. Tak perlulah buang duit jika masih belum mampu, 6 destinasi ini juga tak kurang hebatnya. Check it out!




1. Genting Highland
Kedudukan Genting Higland yang terletak di Pahang dan tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur sudah pasti memudahkan perjalanan ke sini. Sangat sesuai dijadikan destinasi berbulan madu kerana selain suhu yang sejuk, banyak juga permainan disediakan disini. Pemandangannya sudah tentu sangat menakjubkan.


Kredit foto - timingcctv.com




Kredit foto - www.kuala-lumpur.ws

Kredit foto - makemytrip.com



2. Cameron Highland
Lokasi pertama yang bermain di fikiran jika mahu suasana sejuk sudah tentunya Cameron Highlands. Di tanah tinggi dengan suhu 20 darjah Celsius ini banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama pasangan. Selain ke Taman Ros atau nurseri-nurseri yang dipenuhi bunga-bunga berwarna warni, anda boleh menikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang teh yang saujanan mata memandang. Resort dan hotel banyak terdapat di sini, pilih saja mengikut bajet anda.


Kredit foto - agoda.net







3. Bukit Tinggi
Tarikan utama di sini tentunya Colmar Tropicale. Dibina seakan struktur bangunan kolonial dengan padanan warna yang cantik akan membuatkan anda berasa seperti berada di luar negara. Pengalaman lebih indah kalau dapat menginap di sini. Ada beberapa destinasi menarik boleh dikunjungi anda suami isteri selama berada di Bukit Tinggi ini antaranya Taman Jepun yang dipenuhi dengan pokok bonsai, kolam ikan dan batu putih persis taman di negara matahari terbit itu.



Kredit foto - static.tripzilla.com



4. Fraser Hill
Bukit Fraser, destinasi peranginan santai ini letaknya di Banjaran Titiwangsa Pahang. Suhunya sekitar 17 darjah Celsius, sesuai untuk pengantin baru. Selain menikmati suasana alam semula jadi yang segar di sini, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di daerah yang turut dikenali sebagai The Little England of Malaysia ini. Antaranya, aktiviti berkuda, sukan air di Allen’s water atau memberi makan ikan di sini. Seperti di Cameron Highland anda boleh juga ke ladang strawberi dan di Taman Flora Bukit Fraser.



Kredit foto - static.tripzilla.com




5. Kundasang
Terletak lebih kurang 100 km dari Kota Kinabalu, suasana di sini sejuk dingin berlatar belakang pemandangan Gunung kinabalu. Anda disaran menginap di resort yang terdapat di Kundasang ini untuk menghayati keindahannya. Lokasi wajib dikunjungi di kundansang ini adalah Dairy Fairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu.


Di sini anda boleh merasai suasana percutian seolah-olah di New Zealand dengan kawasan sekitar yang berkabus. Padang ragut yang hijau dan luas selain berlatar belakang gunung anda pasangan pasti takkan puas menikmati keindahan di sini.



Kredit foto - planet-milano.blogspot.com



Kredit foto - www.expatgo.com


6. Bukit Larut
Bukit Larut dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell. Percutian di sini sesuai buat pasangan yang menginginkan suasana sunyi, dingin dan damai di atas puncak bukit. Pemandangan lebih menarik dan romantis pada waktu malam boleh dinikmati bersama pasangan kala berada di atas Bukit Larut. Anda akan disajikan panorama limpahan cahaya di seluruh Taiping, selain dapat melihat kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka yang mencipta ritma indah.



Kredit foto - malaysiasite


Kredit foto - malaysia.travel

Dalam 6 destinasi diatas ini sudah pasti ada yang belum pernah anda kunjungi. Jadi apalah salahnya dijadikan destinasi bulan madu anda, betul tak? Selamat berbulan madu, jangan lupa bawa baju sejuk! - CARI Infonet.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukit tinggi sejuk???   Hahahaha senyum sinis je la akak baca
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 03:50 PM | Show all posts
zaman bila punye suhu ni npk sejuk bebenor.

Aku p cameron walau tgh hujan gerimis pun belum buat aku sejuk meggeletor.

Nak lagi sejuk, hanimun jela dalam bilik pastu pasang ekon paling rendah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 03:53 PM | Show all posts
wah...bukit larut je tak pernah sampai...

memang sejuk ke bukit larut tu?

scary tak..hehehe...sbb ada npk tajuk kat bod seram pasal bukit larut
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 07:21 PM | Show all posts
bukit larut memang sejuk.. aku yang dok taiping dulu pun sejuk je sebab sana kawasan lembab. selalu hujam.lagi pula kalau atas bukit tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:10 AM | Show all posts
rase nak beli rumah je dekat tempat2 sejuk cmni...
dekat bukit tinggi ada taman jepun.... buatla taman korea pulak dekat cameron ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2016 08:39 AM | Show all posts
kundasang memang macam ala2 new zealand..
rumput hijau, lembu sana sini,
sejuk jalan2 sambil2 makan icecream yg sedap tu..
rindunye kundasang, bila la boleh sampai situ lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 09:30 AM | Show all posts
macam best je kundasang tu..
tempat yg lain tu semua dah pernah pergi..
bukit tinggi, ada time tertentu ja sejuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 10:21 AM | Show all posts
pernah gigih memanjat bukit larut kekonon nak tengok sunset...
last2 separuh jek daki dah pengsan belaka..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 11-5-2016 03:50 PM
zaman bila punye suhu ni npk sejuk bebenor.

Aku p cameron walau tgh hujan gerimis pun belum buat  ...

Entah sis lemak tebal kot? Kalau ummah banyak lemak over 20 tahap biasa jah, kalau below 10 nmbaharu tahap sejuk katanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 05:58 PM | Show all posts
cantiknya kundasang
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2016 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu kabus ke jerebu aritu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah ke pergunungan kashmir.

Bukan setakat sejuk.
Dah tahap beku dahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 12-5-2016 10:12 PM
Entah sis lemak tebal kot? Kalau ummah banyak lemak over 20 tahap biasa jah, kalau below 10 nmbaha ...

lemak tebal aka gemok/fat choy?  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 10:17 AM | Show all posts
bukit tinggi..first n the last la pegi..tak mau dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 10:56 AM | Show all posts
bukit larut - penah gie sambut new year sana 1 family - xla sejuk benor pun - malam sejuk la kot tp kl xde angin cam nyaman je kot xde lah tahap gigil ke apa.  pagi jogging best la sbb suasana udara nyaman segar gitu.
seram... hmmmm x kot.  kami dok main building kl dok bilik bilik blkg tu xpasti la sbb mmg gelap kot memalam.  tpt tu mmg tpt lama la - a bit rundown tapi maintenance bolehhh laa not too bad. yg paling best bleh jumpa banyakkkk serangga kupu kupu memacam jenis dan bentuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2016 12:43 PM | Show all posts
kundasang tu cun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 01:29 PM | Show all posts
semua tmpt2 tu mmg sejuk n best tp bg i, suka cameron the most.. cameron mmg g tiap2 tahun.. yearly visit konon haha.. kundasang pon best.. masalah jauh jer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 01:30 PM | Show all posts
adnil replied at 16-5-2016 10:56 AM
bukit larut - penah gie sambut new year sana 1 family - xla sejuk benor pun - malam sejuk la kot tp  ...

uols g atas naik apa.. land rover tu ker
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 04:20 PM | Show all posts
puanserama replied at 16-5-2016 01:30 PM
uols g atas naik apa.. land rover tu ker

haah... landrover yg from hell tu la ahahhaa... separuh nafas ku melayang ahahahah.... naik dgn bro rock yg brutal tu... balik naik dgn bro sentimental.. so trip balik aman aman sajer...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.556419 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list