View: 1596|Reply: 4
|
Pilihanraya Kecil Berlangsung Serentak Di Kuala Kangsar, Sungai Besar
[Copy link]
|
|
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pada 5 Jun.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah di sini, sebentar tadi.
Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
SPR menetapkan pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Bagi PRK Sungai Besar, pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi ialah di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.- CARI Infonet
Berita selanjutnya: www.bernama.com |
|
|
|
|
|
|
|
maka bermulalah perebutan untuk jadi calon |
|
|
|
|
|
|
|
maka bermula lah "politik wang" |
|
|
|
|
|
|
|
Harap harga minyak turun atau kekal |
|
|
|
|
|
|
| |
|