Register Login
CARI Infonet Return home

jomZ's space https://mforum2.cari.com.my/?1663459 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Wall msg

facelist

You have to log in before you can write to a wall Login | Register


chefmizan 3-9-2014 12:38 PM
jomZ: Alhamdulillah....insyaAllah Chef..marilah kita doakan dan sama2 kita dekatkan diri kita kepadaNya..

terima kasih chef..atas segala perkongsian dan ju ...
InsyaAllah... Begitu jua sebaliknya..
Aminn.. Aminn.. Aminn Ya Rabbal A'laminn..
chefmizan 2-9-2014 06:20 PM
jomZ: Salam Chef,

Apa pendapat chef tentang MH370..ada yang berkata ini angkara jin seperti di thread baru2 ini..ada pula yang kata amaran dari Allah terha ...
Wa'alaikumsalam w.b.t jomZ...

Pendapat saya mengenai MH370 juga sepertimana rumors yang jomZ dengar dan lihat iaitu melibatkan perang dunia.. Malaysia digambarkan sebagai kambing hitam dalam apa yang berlaku.. Melihat kembali apa yang berlaku kepada MH17 itu sendiri menggambarkan betapa hampirnya kita ke arah sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak menyangka..

Cukup saya katakan apa yang berlaku antara MH370 dan MH17 adalah bukan kebetulan dan sememangnya telah dirancang.. Sama-sama lah kita berdoa dan bermunajat kehadrat Illahi semoga negara yang kita cintai ini, bumi bertuah yang kita pijak ini selamat dari sebarang dukacita..

Wallahualam.
chefmizan 19-8-2014 03:39 PM
jomZ: Salam Ukhwah juga salam kenal saya kepada chefmizan.

melalui huraian chefmizan berkaitan isu ini..dapat sy simpulkan kita sudah semakin dekat dengan  ...
Berdasarkan kepada pengamatan dan juga hujah-hujah yang dikemukakan oleh pakar-pakar mengenai apa yang berlaku keatas penumpang MH370, saya andaikan kesemua mangsa telah tiada. Kenyataan saya ini membawa kepada penemuan beberapa mayat yang meragukan dalam kejadian MH17. Saya juga beranggapan nasib MH17 mempunyai kaitan dengan MH370..

Bagi menyokong kenyataan saya ini, melalui bacaan-bacaan saya dalam jurnal mengenai airplane crash beberapa fakta menarik mengenai mayat yang ditemui bercanggah dengan situasi sebenar kejadian MH17. Fakta tersebut adalah membabitkan keadaan fizikal mayat, bentuk sebenar kapal terbang, tempoh masa kejadian (dimana ada saksi menyatakan 2 buah dron telah menembak bahagian kokpit kapal terlebih dahulu sebelum diletupkan) dengan masa bangkai kapal ditemui.. Salah satu dari fakta tersebut menimbulkan tanda tanya kerana ianya amat bercanggah dengan maklumat yang disampaikan oleh mana-mana pihak..

Merujuk kepada jadual penerbangan yang dikeluarkan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Amsterdam penerbangan MH17 yang sepatutnya berlepas pada jam 12.15 tengah hari telah dibatalkan. Persoalan sekarang yang bermain didalam fikiran saya adalah :-
1) Kapal MAS mana yang berlepas pada waktu itu?
2) Sebahagian mayat yang ditemui mempunyai kesan penderaan fizikal yang jelas. Adakah penumpang terbabit didera sewaktu didalam kapal?
3) Sebilangan mayat dikatakan sempurna. Pada dasarnya kapal MH17 dibom dengan bahan letupan hampir 100kg. Mana mungkin ada mayat yang sempurna.
4) Keadaan bagasi, barangan peribadi (passport dsb) dalam keadaan sempurna. Kapal ditembak dari bawah. Mana mungkin kokpit bagasi tidak meletup dan terbakar.

Mungkin pada dasarnya persoalan saya adalah klise, akan tetapi kesemua soalan ini masih belum terjawab walaupun telah pelbagai sumber saya kaji.. Atau mungkin kekhilafan saya sebagai seorang manusia biasa..

Wallahulam..

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.026664 second(s), 13 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top