Dengan suhu purata 15°C ke 23.1 °C sepanjang tahun, ibukota wilayah Yunnan Kunming digelar sebagai ‘The City The Eternal Spring’. Jadi, bolehlah anda bergaya dengan kot-kot musim sejuk yang sudah lama tergantung di dalam almari itu. Satu lagi fakta yang anda harus tahu, kota yang terletak pada ketinggian 1900 meter dari paras laut ini dipenuhi dengan pelbagai jenis bungaan sehingga memberi lanskap alam mempesona.
1) Yunnan Nationalities Village
Yunnan Nationalities Village terletak di pantai timur Tasik Dianchi dan ia adalah tempat terbaik untuk pelancong mengenali budaya dan tradisi pelbagai kumpulan etnik di wilayah Yunnan.
Mengikut perancangan awal, perkampungan ini akan mempunyai 25 buah perkampungan bebas. Namun begitu, ketika ini hanya kira-kira 20 buah perkampungan telah dibina. Selain daripada dapat melihat senibina rumah di setiap perkampungan, pelancong juga berkesempatan melihat beberapa persembahan tarian tradisonal atau majlis-majlis adat yang dipersembahkan dari masa ke semasa.
2) Pementasan Dynamic Yunnan
Pertama sekali, jangan katakan tidak kepada pementasan seni Dynamic Yunnan. Seni persembahan muzikal ini dihasilkan, diarahkan, dan dikereografi oleh penari terkenal China, Yang Liping. Ia merupakan sebuah persembahan yang menampilkan kekayaan dan kepelbagaian budaya Yunnan.
Persembahan yang mengambil masa kira-kira dua jam ini menggabungkan teknik tradisional dan moden dengan hasil menakjubkan, mempamerkan keindahan seni wilayah ini. Tarian Burung Merak atau Peacock Dance adalah tumpuan utama kepada persembahan ini. Liuk-lentok tubuh Sang Penari cukup memukau.
Sumber artikel: mizz4yuworkplay.
Lebih maklumat, sila log masuk http://my.16lao.com/
ADVERTISEMENT