Register Login
CariDotMy Return home

Inor_'s space https://mforum2.cari.com.my/?2186426 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

5Filem Bollywood Wajib Tonton

Viewed 342 times26-8-2016 10:14 AM

1. Om Shanti Om

Pada tahun 70an, Om, seorang pelakon berbakat telah dibunuh tetapi telah dihidupkan semula ke masa sekarang. Om cuba untuk merungkai misteri pembunuhannya sendiri dan ingin bertemu semula kekasih lamanya, Shanti.


2. 3 Idiots

3 Idiots mengisahkan tentang 2 orang rakan baik yangmencari semula rakannya yang telah lama tidak dihubungi selepas tamat pengajian di kolej kejuruteraan terkemuka. Mereka mengunjungi semula kolej lama mereka dan mengingati semula memori rakan baik mereka yang mengajar mereka untuk berfikir dengan cara yang unik walaupun ramai yang menganggap mereka ‘idiot’ atau bodoh.


3. Bobby

Bobby antara filem klasik yang popular di Malaysia. Bobby mengisahkan percintaan di antara dua darjat. Raj yang merupakan anak kepada keluarga berada dan sering tidak dipedulikan telah jatuh cinta kepada Bobby setelah mereka bertemu ketika majlis hari jadi raj. Untuk mengeratkan perhubungan bisnes, Raj telah ditunangkan dengan Alka. Akhirnya Raj dan bobby mengambil keputusan untuk melarikan diri.


4.  Devdas 

Mengisahkan tentang Devdas yang merupakan graduan undang-undang pada era 1900an yang kembali ke tanah air setelah melanjutkan pelajaran di London. Kepulangannya ke kampung halaman adalah unutk mengahwini kekasihnya, Paro namun ditolak oleh keluarganya sendiri. Devdas akhirnya mengambil keputusan untuk sentiasa mabuk agar melupakan kesedihannya itu.


5. Lagaan

Filem yang tercalon untuk Anugerah Oscar ini mengisahkan tentang perjuangan sekumpulan pemain kriket dari perkampungan Victorian menentang penjajah British pada ketika itu. Filem ini dibintangi Aamir Khan yang popular dengan filem yang bagus. 


 Lebih maklumat, sila log masuk http://my.16lao.com/

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2026 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062067 second(s), 8 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top