Register Login
CariDotMy Return home

Inor_'s space https://mforum2.cari.com.my/?2186426 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Kebudayaan Busana Pada Dinasti Ming

Hot 1Viewed 686 times21-10-2016 10:07 AM


Negara China, salah satu daripada empat tamadun purba di dunia. Tamadun kegemilangan China dilahirkan dalam sejarah selama lebih 5000 tahun. Kedudayaan tradisional yang bersifat kaum di China juga dibentuk dalam sejarah lama. Pelbagai jenis kebudayaan seni ditumbuh selaras dengan perkembangan negara, contohnya kebudayaan corak busana pada dinati Ming. Corak merupakan gambar-gambar atau ragi pada kain, juga pelbagai warna pada warna dasar. Ramai orang sudah mempunyai kemahiran untuk mencipta pelbagai corak busana pada dinasti ini. Selain itu, tema corak atau cara pembuatan busana pun telah menerima banyak unsur-unsur baru dan teori tradisional dengan sebanyak yang mungkin. Akhirnya, pada dinasti ini ia menjadi tempoh puncak dalam sejarah perkembangan corak busana di China. Selaras dengan unsur-unsur seni yang diserap dan dipinjam dari negara asing, menjadikan lagi kebudayaan corak busana dinasti Ming memancarkan pesona yang unik. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam sejarah perkembangan corak busana di China. Di samping itu, mengikut sistem feudal yang dikukuhkan lagi pada dinasti Ming, tatatingkat corak busana menjadi lebih ketat. Oleh itu, corak busana bukan sahaja digunakan untuk memperkenalkan kedudukan, tetapi juga mencerminkan sistem dan kesedaran masyarakat pada zaman itu. Corak bermakna memberi salam, amat popular pada dinasti Ming. Ini disebabkan oleh nafsu ramai orang mengejar corak yang melambangkan kuasa dan kedudukan dan hasrat ramai orang berdoa untuk keselamatan dan bertuah. Akhirnya, seni corak yang diciptakan oleh rakyat adalah mengikut zaman, ini diakui oleh umun. Seni ini akan diwarisi dan dipelajari dari generasi ke generasi.

Pembangunan corak busana bukan sahaja berdasarkan kebudayaan, tetapi juga mendapat manfaat daripada kemajuan industri kraftangan dan penenunan. Ekonomi komoditi menjadi makmur pada dinasti Ming kerana Kapitalisme mula berkembang di tanah besar China pada 15 abad. Penciptaan corak lebih teknikal dan mahir. 


Lebih maklumat, sila log masuk http://my.16lao.com/

Leave a comment Comments (1 Comment)

Reply Thanos123@ 30-4-2019 04:19 PM
You can need follow the site here https://fixconnectionsbluetoothaudiodeviceswirelessdisplayswindows10.net and access the all setting of bluetooth audio devices connections in windows system here.

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.018062 second(s), 9 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top