Register Login
CariDotMy Return home

Archaiv's space https://mforum2.cari.com.my/?2370293 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

BLOG- Realiti "berterima kasih"

Viewed 258 times28-1-2020 10:25 AM |Personal category:Realiti

Selalu berterima kasih, bukan nak kejar point pun. Saya bukannya faham sangat fungsi point dan rank tu. Kalau nak kejar pangkat sangat, dah lama saya jadi cikgu sekolah. Cuma berterima kasih sebab nak dapat seorang pembaca zaman sekarang ni sangat susah. Saya faham, sebab saya pernah menulis dalam bidang penulisan kreatif. 

Dua tahun lalu, manuskrip novel saya kena tangguh terbit, akhirnya saya tukar syarikat penerbitan, harapkan tidak mengalami nasib yang sama. Tapi, tahun ni perkara tu akan berlaku lagi. Sebabnya, keuntungan dalam penerbitan buku sudah jatuh merudum, banyak syarikat yang terbabit terpaksa gulung tikar, kata "mereka", dunia bacaan digital puncanya. Tapi...

Bila saya tengok jumlah "views", ia bukanlah punca utama. Sememangnya zaman sekarang pembaca sudah berkurang. Berpegang pada prinsip diri dan janji kepada sahabat-sahabat sealiran, nak jadi kunci kepada negara untuk mencapai negara maju, negara haruslah mencapai penerbitan buku sebanyak 23 000 jilid tajuk setahun seperti mana yang disarankan oleh PBB. Saya mulakan dengan berterima kasih pada setiap pembaca. Semoga mereka sentiasa membaca tulisan saya dan tulisan-tulisan lain kerana itu usaha kami yang kecil untuk mencapai negara maju, itu usaha kami untuk menambah ilmu semasa untuk anda.

Setahun lebih yang lalu, saya berhenti menulis artikel di laman CARI sebab merasakan ianya tidak berbaloi. Sebabnya, saya rasa sangat tertekan. 2-4 jam untuk buat kajian untuk tulis satu artikel, jumlah yang saya untuk sebuah artikel dalam RM10-15 dan tidak pernah mencapai jumlah RM300 sebulan. Sebagai penulis sepenuh masa, ianya sangat teruk untuk jadikan ia sebagai pekerjaan mahupun pekerjaan sampingan. 

Tahun ni, saya menulis kembali di laman CARI. Saya kurangkan masa kajian kepada tidak lebih sejam. Semestinya kualiti berkurang. Tapi dapatlah saya teruskan pekerjaan yang lain disamping meneruskan penulisan kreatif(novel dan cerpen). 28hb januari 2020, 17 artikel disiarkan bersamaan RM148 sahaja. Sebab tulah kena sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada pembaca.

Berkenaan dengan tulisan saya. Saya tidak mahu menulis mengenai selebriti Malaysia sebab saya tidak mahu tulisan saya menjadi fitnah mahupun pendorong kepada fitnah. saya faham pasti ada yang kata, "ini memang tugas seorang penulis,". Walaupun jumlah "views" sangat banyak, saya tak mahu rasa serba salah dengan sesiapa di akhirat Allah swt. 

Allother author's recent blogs

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.028675 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top