CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ngeri Lelaki Maut Leher Kena Kelar

24-3-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8283| Komen: 44


Keadaan mangsa yang ditetak dan dikelar dengan kejam.

SUBANG JAYA – “Dia cuba bangun dan lari setelah ditetak kali pertama, tapi lelaki yang datang ditemani seorang perempuan itu terus menetak tengkuk mangsa berkali-kali. Lepas tu saya lihat dia dah tak bergerak," demikian menurut seorang peniaga nasi lemak, Waliah Made, 55.

Waliah yang menyaksikan kejadian pembunuhan seorang warga Myanmar di Taman Perindustrian Maju Jaya, pagi semalam berkata, mangsa ketika itu sedang berjalan kaki untuk menghantar barang makanan dari pasar mini tempatnya bekerja ke medan selera berdekatan.

Sebelum kejadian, dia menyedari seorang lelaki dan wanita meletakkan motosikal di tempat parkir berhampiran bangunan rumah kedai tiga tingkat berkenaan.

Menurutnya, dia ternampak lelaki tersebut terus menetak tengkuk mangsa dan dalam keadaan berlumuran darah mangsa bangun dan berlari untuk menyelamatkan diri.

Mangsa dikejar sejauh 20 meter dan terus diserang bertubi-tubi menggunakan parang sehingga dia rebah berdekatan tangga rumah kedai tersebut.

“Saya hanya berani lihat dari jauh, apabila mangsa sudah tidak bergerak saya terus memaklumkan kejadian kepada pemilik pasar mini tempat dia bekerja,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 7.55 pagi.

Pemeriksaan mendapati mangsa bekerja sebagai penghantar barang dan dikenali sebagai Khin Win Maung, 34.

Leher mangsa dikelar sepanjang  tiga inci, terdapat dua kesan hentakan di belakang kepala berukuran satu inci dan kesan luka di belakang badan sebelah kanan dpercayai dibelasah dengan objek tumpul.

Yahaya berkata, mangsa tinggal di kawasan sama bersama isteri dan bekerja di tempat yang sama sejak tiga tahun lalu.

Kedua-duanya menyewa sebuah bilik terletak di belakang kedai tempat mereka bekerja.

Maklumat mengatakan berlaku pergaduhan antara kumpulan warga Myanmar yang dipercayai dalam keadaan mabuk, Ahad lalu.

“Kita percaya ia bermotif dendam,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Suspek masih diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian difahamkan ia kes pembunuhan ketiga membabitkan warga Myanmar di kawasan berkenaan sejak setahun lalu.

Kawasan berkenaan didakwa menjadi port warga Myanmar menikmati minuman keras sebelum akhirnya bergaduh sesama sendiri.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 20-3-2014 11:44 AM
Malaysia Darul Cowboy.
Quote haryatie 20-3-2014 11:46 AM
waaaa..giler kejam...
Quote asher 20-3-2014 11:48 AM
melezia masyarakat majmuk yang harmonie..
Quote niceghost2005 20-3-2014 11:52 AM
asher posted on 20-3-2014 11:48 AM
melezia masyarakat majmuk yang harmonie..

Cuba check tengok VISA isteri dia.
Kot kot dah tinggal lebey masa.

Bley laaaa di kenakan DENDA Rm32k sebelum di antaq balik ke Myammar.

Quote itik_kuning 20-3-2014 11:52 AM
datang buat masalah kat negara orang. berambus boleh tak?

kalau betul nak kerja, kerja elok2 tak payah datang bawak perangai sakai ke sini.
Quote skeezotone 20-3-2014 11:53 AM
Msia Tlh mngamalkan dasar pandang ke mexico.. Bkn lagi dasar pandang ke timur
Quote Loxlaxman 20-3-2014 11:53 AM
Quote taji2906 20-3-2014 11:58 AM
jahanam mesia skang ni.....
Quote Lina66 20-3-2014 12:00 PM


Tak abis2 la Malaysia ni..


Quote ad_hoc79 20-3-2014 12:12 PM
mesti makcik yg nengok tu trauma
Quote lasagnaklcc 20-3-2014 12:24 PM
darah
Quote -electrifying- 20-3-2014 12:49 PM
ini yg kita mahu, aman.
Quote ieja_k 20-3-2014 12:53 PM
seramnyaaaa....
Quote lanbuana86 20-3-2014 01:00 PM
pehhh... di tetak bertubi2.. die ingat budak tu rumput ke.. main tebas2.. adoi...
Quote gede-bab 20-3-2014 01:10 PM
dulu madura, pastu bagla..pastu  vietnam...sekarang myanmar...tak habis2 gaduh berbunuhan...
Quote prettyuglybabe 20-3-2014 01:30 PM
aduhai..


Quote yayah8989 20-3-2014 02:28 PM
Loll gaduh g la kat negara ko vovohhhhhhhh
Quote mak_wa95 20-3-2014 03:53 PM
Kurang sorang pendatang...mabuk2 ni memang kurang waras la....
Quote scorpionkiki 20-3-2014 03:59 PM
Subang Jaya skrg dah international ker... Masuk Selangor dan kl dah rasa mcm masuk negara lain dah...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.105990 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top