CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebab Mengapa Dr Mahathir Mahu Sekat Internet

27-3-2014 10:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17804| Komen: 154

Sebab mengapa Dr Mahathir mahu sekat internet

Tun Dr Mahathir Mohamad

Jadi Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan jika beliau kembali sebagai perdana menteri, beliau akan menapis internet. Ia langsung tidak menghairankan.

Jika Dr Mahathir memerintah Malaysia pada zaman internet, beliau akan bertahan tidak lebih daripada satu penggal. Bercakap besar, kata-kata kosong, rasuah berleluasa, pelaksanaan songsang Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan menelan beliau.

Mereka yang zalim, diktator dan sebagai, semua mahu kembali ke zaman pra-internet. Dan mereka menyembunyikan niat sebenar mereka dengan mengatakan internet merosakkan anak muda, blah blah blah.

Tetapi mengapa Dr Mahathir, yang menggalakkan pertumbuhan internet dan akses awam di Malaysia, dan juga berjanji untuk memastikan ia bebas, kini berubah fikiran?

Berikut adalah sebab sebenar mengapa beliau mahu menapis internet:

1) Supaya kerajaan dapat terus berkuasa dengan memperdaya rakyat Malaysia dengan cerita separuh benar dan pembohongan yang dicetak dan diterbitkan oleh abettors-in-chief: media arus perdana.


Banyak akhbar dan stesen televisyen yang dimiliki parti politik Barisan Nasional dan mereka memberi gambaran negara ini yang mempunyai sedikit persamaan dengan realiti.

Liputan kehilangan pesawat MH370 adalah contoh yang jelas. Di saat media seluruh dunia mendedahkan Malaysia dan asas utama yang buruk, media arus perdana memaparkan sebaliknya.

2) Supaya kerajaan dapat terus bersikap pilih kasih kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dan keluarga ahli politik.

Bolehkah kemelut Pusat Fidlot Nasional menjadi pengetahuan umum jika kita berada di zaman pra internet Malaysia? Pastinya tidak.

Editor akhbar akan memberitahu Putrajaya untuk menutup cerita itu. Dalam hal ini, The Star dan lain-lain tidak mempunyai pilihan tetapi memberi liputan kerana liputan yang dibuat oleh banyak portal dan blog.

Menapis internet akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membuat kembali tawaran penswastaan berat sebelah seperti konsesi tol.

3) Supaya kerajaan dapat mengawal wacana penting isu-isu seperti pengharaman akhbar Katolik, Herald kerana menggunakan perkataan Allah.

Jika tidak kerana internet, rakyat Malaysia akan terus disuap dengan pembohongan Utusan Malaysia tentang terdapatnya konspirasi besar oleh orang Kristian untuk mengambil alih Malaysia; bagaimana Katolik mahu menggunakan kalimah Allah untuk memurtadkan umat Islam.

Rakyat Malaysia tidak akan mempunyai sisi cerita yang lain: penganut Katolik dan Kristian di Malaysia Timur menggunakan perkataan Allah lebih  100 tahun; terdapat beberapa penukaran berharga dan para ulama antarabangsa mengenai Islam tidak mempercayai  larangan kerajaan mengenai penggunaan Allah.

4) Supaya kelemahan dan ketidakcekapan menteri kabinet dan para pemimpin kerajaan lain boleh disembunyikan daripada orang awam.

Fikirkan orang-orang seperti Hasan Malek, Idris Jala, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahmad Zahid Hamidi.

5) Supaya ahli keluarga ahli politik boleh membeli barangan mewah seperti cincin berlian gergasi dan beg berjenama, membeli hartanah mahal di luar negara dan tiba-tiba menjadi sebahagian daripada ahli perniagaan paling kaya di Malaysia tanpa sebarang penelitian.

Adakah kita terfikir di mana golongan kaya ini mendapat wang mereka? Atau kereta sport dan hartanah mereka di seluruh dunia?

6) Supaya pembangkang tidak mempunyai tempat mengetengahkan propaganda dan berita mereka kepada rakyat. Internet menyamakan kedudukan dari segi akses media pembangkang dan mereka yang yang dahagakan berita tersebut.

Tanpa internet, pembangkang hanya mempunyai ceramah, artikel dan kenyataan difaks yang hanya beberapa pihak sahaja mempunyai akses kepadanya. Namun, dengan internet, ditambah dengan telefon mudah alih, menyebarkan maklumat adalah hak semua. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote knight@biofree 26-3-2014 06:16 PM


  oh mahadet..

Quote solstice 26-3-2014 06:17 PM
Tak payah berangan lah
Dunia kata pergi... Kubur kata mari
Baik lah bertaubat & minta maaf dekat org2 yg pernah kau aniaya selagi ada masa ni
Sudah2 lah
Quote alesandra 26-3-2014 06:17 PM
dream on!!!!
Quote skeezotone 26-3-2014 06:18 PM
Maka jadilah kita warganegara yg minda bertapis.. Semua manusia time tu akan menjadi sgt suci sekali pemikiranya.. Owhhh.. Thanks la che det.. Huhuhu
Quote kentutmanis 26-3-2014 06:23 PM
kalu kjaan bbuat baik dgn rakyat xperlu nak sekat2, kalu xbuat salah xperlu sembunyi2
Quote bangcak 26-3-2014 06:28 PM
solstice posted on 26-3-2014 06:17 PM
Tak payah berangan lah
Dunia kata pergi... Kubur kata mari
Baik lah bertaubat & minta maaf dekat o ...

Tolong la bg saya jadi piyem balik.
Cakap gitu kan senang
Quote jazaa 26-3-2014 06:28 PM
Yup.....
Sokong Tun.......
Quote hanalisa 26-3-2014 06:28 PM
banned saja internet terus, nak tapis sangat kan..
Quote Limao 26-3-2014 06:28 PM
Orang giler memang tak ngaku die giler
Orang nyanyuk memang tak sedo die nyanyuk
Quote purpledesire 26-3-2014 06:33 PM
alahai..nak jadik pm balik ker.?
Quote Innrukia 26-3-2014 06:33 PM
Tu baru chedet kata kalau....
Terus caci maki dia...
Quote AdamBillionaire 26-3-2014 06:37 PM
habislah. cari forum milik cina bakal ditutup.. padan muka semua orang
Quote JokesCop 26-3-2014 06:37 PM
Che det dari dulu cita2 die nak tapi internet.. Aku x bagi!!
Quote nw111 26-3-2014 06:37 PM
Tapi pasaipa aku rasa..setakat ni takdak lgi pm sehebat che det walopun masa kes liwat nuar brahim yg mula2 dulu aku  bkn main anti che det..
Quote bangcak 26-3-2014 06:40 PM
Innrukia posted on 26-3-2014 06:33 PM
Tu baru chedet kata kalau....
Terus caci maki dia...

Ada pemimpin tu lagi hebat.
Tak kata apa2 pon org dok maki dia non-stop.
.....sampai isu m370 pon gigih nak kait ngan dia.
Quote nurul_akmar 26-3-2014 06:48 PM
aku x agree dia nak tapis tenet tp aku x nafikan dia pemimpin yg hebat
Quote popjack 26-3-2014 06:49 PM
bangcak posted on 26-3-2014 10:40 AM
Ada pemimpin tu lagi hebat.
Tak kata apa2 pon org dok maki dia non-stop.
.....sampai isu m370 po ...

ahaahaaha...cak beking bang jib nmpknya
mehetdir pung cak tepikan

Quote nazurah 26-3-2014 06:50 PM
dulu boleh la tun nak control semua... dah berapa tahun tun bersara, rakyat dah makin bijak...
tak dapatlah tun nak sekat2 semua ni...

ada kang kena guling...
Quote HUHA 26-3-2014 06:51 PM
mahathir memang bijak... hahaha

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.098214 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top