CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pocong Pun Guna Jambatan Pulau Pinang

1-4-2014 03:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15446| Komen: 100



BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sunakochan 1-4-2014 10:34 AM
yahampunn biaq p laa cik poch pun nk terai jembatan baru gak...igt ampa ja ka bole selfie kt jembatan baru tuh
Quote SayaSayangMama 1-4-2014 10:36 AM
Bagus jawapan diorg ni xpprt..
Quote baby_pingu 1-4-2014 10:39 AM
jambatan neh sunyi
Quote manehnya 1-4-2014 10:39 AM
fuhh tingginya dia lompat...
Quote solstice 1-4-2014 10:42 AM
Bayar tol tak?
Banyak cantik nak guna pree
Quote PostBanhammer 1-4-2014 10:43 AM
I'm scared.....
Quote solstice 1-4-2014 10:43 AM
Dah lalu cuti sekolah lepas
Free lagi
Panjang betul ye
Jenuh nak sampai ke hujung
Quote scorpionkiki 1-4-2014 10:45 AM
Bila jambatan ni siap tentu pocong ni rasa seronok sangat... banyak lagi orang dia boleh usik
Quote kecimpret 1-4-2014 10:45 AM
“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.



Quote cmf_kunyit 1-4-2014 10:45 AM
camera 360 pon bole letak pocong..come on la, move on la..
Quote shamsadis 1-4-2014 10:46 AM
kami nak bideo...nak bideo faham tak
Quote Acong 1-4-2014 10:47 AM
pocong nie bayar TOL tak?
Quote genchi 1-4-2014 10:49 AM
siap amek gamba aksi lagik.. btol ka fake?
Quote lizaliza 1-4-2014 10:51 AM
pocong ........
acong? pocong?
Quote HOHA 1-4-2014 10:52 AM
nampak sangat  lakonan, diaorang guna pocong betul untuk berlakon aksi camtu.
Quote cepheid 1-4-2014 10:54 AM
Ala mula-mula buka camtu la. Masa penang bridge yg first dulu 1985 pun ada jugak. Lepas dah ramai pakai depa pun takut nak pakai sebab manusia bawak kereta moto kalah hantu pelesit, pocong semua tu
Quote jonkunyit 1-4-2014 10:57 AM
saya tidak percaya wujudnya pocong itu
Quote nizam49 1-4-2014 11:00 AM
dia pun nk rasmi jugak..nama punjambatan baru...
Quote indras 1-4-2014 11:01 AM
solstice posted on 1-4-2014 10:42 AM
Bayar tol tak?
Banyak cantik nak guna pree

hahahaha...

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.063561 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top