CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Lihat artikel

Cara Membuat Kuih Tradisional Semperit Dengan Mudah!

2-4-2014 03:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 69765| Komen: 0

Kuih semperit amat diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih ‘tunjuk’ memang lain rasanya dari kuih yang dibuat sendiri. Jadi kami ingin kongsikan resepi membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah dan sedap ini. Masa penyediaan adalah 30 mini dan masak untuk memasak pula adalah 15 hingga 20 minit.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Kamarul, jadi sukatan yang diberi itu bersesuaian untuk mendapatkan tekstur kuih yang berlemak dan rangup. Memang sedap!


Bahan –bahan

Buttercup – 375g (1 ½ blok )

Tepung gandum – 1 ½ cawan

Tepung kastard – 1cawan

Teung jagung – 2 ½ cawan

Kuning telur – 3 biji

Esen vanilla – 1 sudu kecil

Gula – 1 1/2 cawan

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius

2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.

3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang )




4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk.




5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.






6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun mengikut kreativiti masing-masing.









7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.041447 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top