CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 20 Tahun Ditetak

7-4-2014 10:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8955| Komen: 22

Sungai Petani: Seorang lelaki berusia 20 tahun parah akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki selepas bergaduh di kedai kopi di Taman Kenari, Jalan Bakar Sampah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang, mangsa dikatakan berang dengan tindakan suspek membuat bising ketika memesan air sebelum dia dan empat rakannya memarahi suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, selepas berlaku pertengkaran mulut antara mereka, suspek yang didakwa membuat bising beredar dari kedai.

“Suspek menghubungi rakannya dan pada masa sama pergi membeli sebilah parang di kedai berhampiran sebelum berpatah balik bersama beberapa rakannya ke kedai itu dengan menunggang motosikal.

“Suspek dan rakannya kemudian menyerang kumpulan lelaki yang bergaduh dengannya di kedai itu, menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri.

“Seorang daripada mereka kemudian terjatuh di tepi jalan, menyebabkan dia ditetak di tangan dan kaki dengan parang oleh suspek yang kemudian melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Khalil, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Siasatan dijalankan membawa kepada penahanan suspek selain menemui motosikal dan sebilah parang dipercayai digunakan suspek.

Siasatan mendapati suspek yang ditahan berusia 20 tahun.

“Bapanya berusia 54 tahun turut ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Kita menahan reman kedua-dua suspek selama enam hari mulai kelmarin bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, polis masih memburu saki baki individu yang terbabit dalam pergaduhan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan,” katanya.-




Gambar Hiasan: Parang Candong

3

Bagus
3

Marah
14

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 6-4-2014 05:03 AM

gambar hiasan: parang candong

Quote sekngucing 6-4-2014 05:19 AM
mabuk ketum la ni
Quote alinone78 6-4-2014 06:26 AM
China vs india eh
Ug kena tetak china pakai baju belang2 eh...???
Quote noor2 6-4-2014 06:35 AM
mamat mental ni harus ditembak ja sampai mati bila ditahan...jenis tak boleh kawal diri...marah sampai membunuh ...huh









Quote jazaa 6-4-2014 07:27 AM
Mintak perhatian le tu......
Quote md_nana 6-4-2014 07:32 AM
Xde rasa belas betul ler...
Quote mak_wa95 6-4-2014 07:36 AM
Sapa2 xde ke nak kata kedah darul parang....negeri anak babah
Quote sup@rm@n 6-4-2014 09:27 AM
mak_wa95 posted on 6-4-2014 07:36 AM
Sapa2 xde ke nak kata kedah darul parang....negeri anak babah

Kedah negeri darul anak babah.

Sapa pak dia kaya berpotensi jadik menteri. Pandai ka tak pandai ka itu semua blakang kira
Quote purpledesire 6-4-2014 09:53 AM
kesiannya..simpati dgn nasib mangsa..
Quote BelovedTaeyeon 6-4-2014 10:01 AM
Mental.

Kekadang, jergih jer pun kena.
Quote mak_wa95 6-4-2014 10:19 AM
sup@rm@n posted on 6-4-2014 09:27 AM
Kedah negeri darul anak babah.

Sapa pak dia kaya berpotensi jadik menteri. Pandai ka tak pandai ...

PRU14 anak babah nak malaysia pula.....babah akan perkenankan permintaan putera kesayangan...jangan xtahu kat kawasan saya ni tong gas dah tukar ke petron...
Quote sup@rm@n 6-4-2014 10:31 AM
mak_wa95 posted on 6-4-2014 10:19 AM
PRU14 anak babah nak malaysia pula.....babah akan perkenankan permintaan putera kesayangan...janga ...

Humangai. Gile jahat buat gitu. Kroni mroni diorg ni. Ketuanan melayu kata apa? Malaysia masih selamat?
Quote mak_wa95 6-4-2014 10:38 AM
sup@rm@n posted on 6-4-2014 10:31 AM
Humangai. Gile jahat buat gitu. Kroni mroni diorg ni. Ketuanan melayu kata apa? Malaysia masih sel ...

ni anak babah yang sorang lagi punya...
Quote sup@rm@n 6-4-2014 10:40 AM
mak_wa95 posted on 6-4-2014 10:38 AM
ni anak babah yang sorang lagi punya...

Anak2 babah dah abih pelahap kl, balik kampung la pelahap kampung pulak.

Inila namanya nepotisme dan kronisme. Orang lain nak berniaga pon susah. Otak org ketuanan tak leh pikir tahap ni
Quote mak_wa95 6-4-2014 10:48 AM
sup@rm@n posted on 6-4-2014 10:40 AM
Anak2 babah dah abih pelahap kl, balik kampung la pelahap kampung pulak.

Inila namanya nepotis ...

orang kampung bodoh...baik hati..cinta sangat dekat anak babah..xpe ambik la...saya ingat  kawasan utara je petron ni bersepah2 rupanya melangkau semenanjung...pas tu dekat hentian bas butterworth tu tu dibuat tangki petron yang sangat besar..lori2 dok lalu masuk  situ sama sibuk dengan bus yang nak ambik penumpang..sibuk sangat..hentian bus tu akan dipindahkan nanti...orang yang lama duduk situ kena pindah kerana orang baru nak duduk...
Quote sup@rm@n 6-4-2014 11:01 AM
mak_wa95 posted on 6-4-2014 10:48 AM
orang kampung bodoh...baik hati..cinta sangat dekat anak babah..xpe ambik la...saya ingat  kawasan ...

Aduhai.. sampai camtu sekali kena.

Semoga keadaan ini dpt diperbaiki dimasa akan datang.

Geng2 ni taleh dibagi muka, abis tergadai tanah melayu dibuatnya.

Dulu noh buat hal, abis sabsidi padi dikautnya. Pembuat benih padi kecil-kecilan dia paksa tutup sebab dia nak kaut semua.

Yg menghairankan ketuanan melayu yg meranjau melayu sendiri pehtu kasik kat bos mca diorang. Dasar taleh pakai. Nama je melayu
Quote mak_wa95 6-4-2014 11:11 AM
sup@rm@n posted on 6-4-2014 11:01 AM
Aduhai.. sampai camtu sekali kena.

Semoga keadaan ini dpt diperbaiki dimasa akan datang.

betul la babah kata melayu mudah lupa.........dekat pru suap2 sikit2,dah lupa apa yang meke buat  sebelum ni,pangkah lagi ..
Quote emelia1509 6-4-2014 11:15 AM
Malang tak berbau...tak pasal je kena tetak..
Quote berancuk 6-4-2014 11:21 AM
kedah darul kedai kopi

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058898 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top