CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Helikopter Ganggu Kami

8-4-2014 03:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6736| Komen: 20

Kuala Lumpur: “Ramai lagi penduduk di sini, yang tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana ia bukan saja menyebabkan kawasan sekitar tasik menjadi lebih sesak dengan pengunjung, malah bunyi bising helikopter pasti mengganggu keamanan di sini,” kata R Kahbillan, 26, antara penduduk di kawasan perumahan sekitar Taman Tasik Titiwangsa di sini, ketika ditanya mengenai pembinaan tapak Heli City Tour di sini, semalam.

Menurutnya, projek pembinaan tapak landasan helikopter komersial di tasik berhampiran rumahnya itu tidak sesuai kerana hanya mengganggu ketenteraman penempatan di sekitar kawasan itu.

“Dulu projek Ferris Wheel Eye On Malaysia pun dibina di sini, tetapi kini tiada lagi kerana sejak diadakan, kawasan ini menjadi sangat sesak dengan kenderaan dan pengunjung, malah jaminan keselamatan mengenai penduduk yang tinggal di sini juga tiada,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali turut tidak bersetuju jika projek itu diteruskan kerana bakal membahayakan nyawa pengunjung di tasik berkenaan.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menyediakan pelan khas terutama dari aspek keselamatan penduduk dan pengunjung jika berhasrat mahu meneruskan projek itu.

Bagaimanapun, bagi seorang pengunjung dari Perak, Wan Nurazizah Wan Ibrahim, 33, dia menyokong usaha kerajaan bagi menarik lebih ramai pelancong dengan projek terbaru itu.

“Bagi saya, ia satu pembaharuan untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini, belum cuba belum tahu keberkesanannya terhadap impak industri pelancongan negara kita,” katanya yang bercuti ke ibu negara bersama keluarga.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek berkenaan tetap diteruskan di tasik itu meskipun menerima bantahan penduduk berhampiran.
Menurutnya, tasik berkenaan di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kawasan perumahan itu bukan kawasan ekslusif untuk penduduk setempat saja.

Tahun lalu, DBKL memperkenalkan pakej Heli City Tour yang menjadi antara pakej pelancongan terbaru ditawarkan kepada pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).


LOKASI tapak Heli City Tour di Taman Tasik Titiwangsa.

13

Bagus
19

Marah
28

Terkejut
13

Sedih
21

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 8-4-2014 05:44 AM

OKASI tapak Heli City Tour di Taman Tasik Titiwangsa.
Quote jazaa 8-4-2014 05:56 AM
Tengku Adnan ni nak ikut kepala dia.....
Bukan pikir masalah org......cepatlah kau berambussss......
Quote larikesurga 8-4-2014 08:03 AM
sekali pusing2 satu KL...terhempas...hehehe
Quote faraway1 8-4-2014 08:04 AM
larikesurga posted on 7-4-2014 07:03 PM
sekali pusing2 satu KL...terhempas...hehehe

terhempas pulak atas kawasan perumahan...
ialah KL sesakkan, pusing pusing situ aje jatuhnya
Quote shakirajefrydin 8-4-2014 08:08 AM
taman org kaya2...
Quote bluberi 8-4-2014 08:15 AM
nasib malang le beli umah area situ
eye on m'sia dh takde, nk jadik tempat heli landing pulak
Quote chaintea 8-4-2014 08:39 AM
Menteri WP..gedebe...ikut kepala dia je
Quote md_nana 8-4-2014 08:40 AM
Yg menentang org tasik titiwangsa.
Tiba2 ade sorg yg menyokong.
Org perak rupanye yg sokong.
Quote taji2906 8-4-2014 08:48 AM
menteri yang tak dengar rintihan, aduan rakyat.... dia tau projek masuk duit ja... puiii...
dia patut buat tapak heli kat rumah 4 tingkat bukit tungku dia tu.. senang nak balik rumah..
Quote -electrifying- 8-4-2014 09:27 AM
ape la kpala otak menteri ni pkir..
oh lupe... janji masyukk
Quote baghal_bortuqal 8-4-2014 10:54 AM
md_nana posted on 8-4-2014 08:40 AM
Yg menentang org tasik titiwangsa.
Tiba2 ade sorg yg menyokong.
Org perak rupanye yg sokong.

tak kene batang hidung dia buleh la cakap belum cuba belum tahu.

apa punya bodoh punya komen. helikopter tuh bunyi mengalahkan 20 biji motor rempit dia apa taw???

Quote md_nana 8-4-2014 11:04 AM
baghal_bortuqal posted on 8-4-2014 10:54 AM
tak kene batang hidung dia buleh la cakap belum cuba belum tahu.

apa punya bodoh punya komen. h ...

Tu la pasal.
ckp x pikir org lain.
Quote skeezotone 8-4-2014 11:07 AM
Jap agi bkn ramai yg dtg nk naik heli.. Lg ramai ummah yg dtg nk tgk heli.. Kikikik Last edited by skeezotone on 8-4-2014 11:10 AM

Quote niceghost2005 8-4-2014 11:11 AM
bluberi posted on 8-4-2014 08:15 AM
nasib malang le beli umah area situ
eye on m'sia dh takde, nk jadik tempat heli landing pulak

O.k. laaa tu.............tempat heli nak landing.

Kalau dia buat tempat jet peribadi ANwart nak landing...............amacam??
Brp banyak ghumah yg nak kena di musnahkan.




Go Go GO Adnan Goooooooooooooooooooooo 2 hell

Quote pelukis.plan 8-4-2014 11:19 AM
dekat sgt ke helipad tu dgn rumah?
Quote rdzaccess 9-4-2014 12:04 AM
Dari dulu lagi ... mr 10%
Quote sup@rm@n 9-4-2014 12:29 AM
Tanah dah abis kat kl ni. Ape kata buat helipad kat sebelah umah menteri. Perkhidmatan disediakan sesudah subuh sampai ke maghrib
Quote jazaa 9-4-2014 12:41 AM
taji2906 posted on 8-4-2014 08:48 AM
menteri yang tak dengar rintihan, aduan rakyat.... dia tau projek masuk duit ja... puiii...
dia pat ...

kann....
dari hari tu dia yg berkeras nak naikkan cukai taksiran.....bila rakyat bantah, turun lebih murah dari sebelumnya....padan muka ko ku nan....pasni jgn haraplah ko kekal lg kat situ.....
Quote cozack 10-4-2014 09:32 AM
pelukis.plan: dekat sgt ke helipad tu dgn rumah?


dekat bang...depan perumahan je tasik tu.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.089261 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top