Berat badan pegawai barisan hadapan JPA tidak boleh lebih 80 kg
Shahidan Kassim
Kuala Lumpur – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim Menyarankan Jabatan Perkhidmatan Awam (Jpa) Supaya Melantik Pegawai Kerajaan Di Barisan Hadapan Yang Mempunyai Berat Badan Kurang Daripada 80 Kilogram.
Selain Dinamik, Proaktif Dan Berintergriti, Shahidan Berkata Dengan Penetapan Kurang Daripada 80 Kilogram Itu Pegawai Berkenaan Boleh Dijadikan Idola Kepada Usaha Menambahbaik Kesihatan. “80 Kilogram Ini Maksud Saya Mereka Yang Sentiasa Aktif, Dinamik Dan Kalau Mereka Mahu Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Banjir Mereka Kalau Tak Larat Bergerak Susahlah, Kerana Banjir Adalah Bencana Yang Berlaku Dengan Begitu Cepat Seperti Kebakaran, Ribut Sebagai Contoh.
“Saya Sudah Minta Jpa Memastikan Pegawai Di Samping Ilmu Dan Kepakaran Yang Tinggi Mestilah Berat Badan 80 Kilogram Dan Sihat,” Katanya Selepas Sesi Perjumpaan Bersama Pengurusan Tertinggi Jpa Di Bangunan Parlimen Hari Ini. Turut Hadir Ketua Pengarah Jpa, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Dalam Pertemuan Itu Juga Shahidan Berkata Persepsi Negatif Yang Diberikan Kepada Anggota Kerajaan Perlu Ditapis Dengan Fakta Bagi Mengelak Rakyat Dimomokkan Dengan Persepsi Yang Tidak Benar. “Bentangkan Fakta Gaji Doktor, Pegawai Supaya Rakyat Boleh Menilai Daripada Momokan Pihak Tertentu. Kalau Ada Yang Menuduh Anggota Kerajaan Buat Sesuatu Yang Mencurigakan, Biar Ada Fakta Dan Bukti Bukannya Dengan Cara Menghukum Sebelum Bicara,” Katanya.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|