CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sambut Hari Ibu Hukumnya Harus - Mufti Kelantan

12-5-2014 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16404| Komen: 115


Sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam - Mufti Kelantan


KUALA LUMPUR - Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.

"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?.


"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.
"Kalau kita lakukan sesuatu yang ’harus’ dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari ’Mother of Church’.
Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari ini.

Mohamad Shukri berkata Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah.

Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya.
"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh,” katanya.

Mohamad Shukri berkata walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu. "Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? ujar Baginda: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu.
"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu”. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nidzrain 12-5-2014 08:56 AM
mcm bodo je semua nak disamakan ngn kristian...
ok fine la kalau valentine tu nak disamakan ngn kristian...

hari ibu pon nak di kristian kan jugak ke...?

ehh helloo... ape bodoh sgt ni...
mak kau bertukar jd kristian ke kalau sambut hari ibu nehh

pffttt
Quote MelahJanda 12-5-2014 09:04 AM
akak sambut jer
so whattt
Quote mjla 12-5-2014 09:07 AM
Knapa dgn UAI nie.

Ilmu tinggi tapi kluar statement tak masuk akal plak.
Quote namirulmukminin 12-5-2014 09:13 AM
Aku sambut hari ibu tiap2 hari.... bukan hari tertentu ja....

Any way UAI pon sarankan hari ibu setiap hari... kalu hari tertentu je tu, ada simbolik la tu.... betol la UAI cakap tu...
Quote tobby 12-5-2014 09:14 AM
itu beza scholar dgn ustaz2 segera.
Quote tobby 12-5-2014 09:17 AM
nidzrain posted on 12-5-2014 08:56 AM
mcm bodo je semua nak disamakan ngn kristian...
ok fine la kalau valentine tu nak disamakan ngn kri ...

https://www.facebook.com/makanan ... 42554116541?fref=nf

KHILAF DALAM SAMBUTAN HARI IBU
Pandangan Dr Azman Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jabi (AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu)- Saya berpendapat, tak ada salahnya diperuntukkan hari-hari tertentu untuk kita menghargai dan meraikan sesuatu profesion dalam setahun. Bukan maknanya pada hari lain kita tak hargai dan ingati jasa mereka.

Bulan Mei adalah bulan yang banyak mengandungi tarikh-tarikh istimewa.

1 Mei adalah hari pekerja.
3 Mei hari kebebasan media antarabangsa.
10 Mei hari ibu.
11 Mei hari Umno
12 Mei hari jururawat.
16 Mei hari guru.

Untuk isteri saya, cukup dirangkumkan 1 hadiah bagi empat sambutan sekaligus. Dia seorang ibu, seorang bekas jururawat juga guru kepada anak-anak kami merangkap pekerja di klinik saya sekarang. https://www.facebook.com/drazman.ibrahim/posts/859039464112181

Sambut Hari Ibu 'harus', yang dilarang Islam adalah menderhaka kepada Ibu - Mufti Kelantan
http://www.astroawani.com/news/show/sambut-hari-ibu-harus-yang-dilarang-islam-adalah-menderhaka-mufti-kelantan-35651

Pandangan Dr Mohd Asri tentang sambutan hari Ibu
https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1.0-9/10153101_759043277449802_6572151276710387649_n.jpg

Dr Mohd Asri - Sebelum nak haramkan Hari Ibu fahami maksud hadis "Sesiapa Menyerupai Sesuatu Kaum ....."  rujuk Twitter Dr Asri di
https://twitter.com/realDrMAZA/status/199446312754753538

Pandangan Ustaz Kazim Elias berkenaan dgn hari Ibu - Ada sstgh phak mngatakn umat Islam dharamkn @ tdak hrus mraikn hri Ibu krna mniru prayaan org Kristian yg mnyambut hari Mother of Church. Adkah bnar dkwaan demikian?
IA BKN HARAM
"Jgn cepat2 kluarkn fatwa, hukum. Pabila org tnya sya (Ustaz Mohd Kazim Elias) apakh hkumnya mnyambut Hari Ibu, sya jwab sla rjuk pd majlis fatwa."Stakat ini mjlis ftwa tak mnyatakn ia hram malahn Jbtn Agama Islam Selangor ada mngeluar knyataan bhwa smbutn Hari Ibu adlah 'Harus' jelas Ustaz Mohd Kazim Elias ktika mnyampaikn tazkirah smpena Hari ibu.Mngulas lbh lnjut akn isu ini Uke brkta smbutan Hari Ibu yg draikn diMalaysia adlah jauh brbza dgn pngamalan Yunani purba @ Greece purba yg mna mreka mndewa-dewikn ibu pd hri brkenaan. Brbanding disni, smbutn Hari Ibu hnyalh brorientasikn @Pun mliputi aspek pnceriaan wrga ibu oleh anak mreka & tdak lbih drpd itu, jdi tdak tmbul kewujudan 'pengharaman'. Adakh mnjadi kslahan utk mnggembirakan insan yg tlah bnyk brkorban jiwa & raga dlm mmbesarkn anaknya itu, Biarpun bgtu, msih lg trdpt mreka yg 'sempit' dlm prtikaian brhubung isu brkenaan apabla mndakwa smbutan Hari Ibu tdak trmaktub dlm Al-Quran yakni kitab Allah yg maha agung itu."mmglah tdak ada smbutn Hari Ibu dlm Al-Quran. Ttapi ada 1 prkataan yg disbut "brbuatlah baik kamu kpd ibubapa kamu.Islam sndiri tlahpun mletakkn ibu pd kdudukn trtinggi hgga Rasulullah SAW prnh mnegaskn bhawa syurga itu brda dibwh tlapak kaki ibu. Ini brmakna, anak sdah psti tdak mndpt ''tiket'' ke syurga tnpa keredaan ibunya biarpun sbaik mnapun amalan soleh yg dilakuknnya.biarpun smbutn Hari Ibu tdak trmaktub scra jelas dlm alQuran nmun implikasi mnunjukkn akn btapa bsarnya pngorbanan sorg Ibu yg tdak prnh mngeluh @pun brputusasa dgn onak & duri mmbesarkn anak.Uke mjlaskn bhawa smbutan Hari Ibu 'diharuskn' brlandaskn kpd bberapa faktor iaitu meraikn Hri Ibu ini bknlah sperti hri raya. Ia bknnya wjib,sunat pun tdak, hram pun tdak. Hkumnya HARUS, mknanya klau kta hndak smbut pun blh,tdak mhupun tak mngapa katanya.

Wallahu ‘alam.

1. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .

3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.

4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:

1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan  yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:

“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”

6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:

Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.

7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:

Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”

8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:

1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.(Sumber: UBM)

-  KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR -

SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.

2. Sambutan yang baik  adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.

123. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

PENUTUP.

Harus diingat, mengamal  dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran

kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan  semoga dengan adanya garis panduan

seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutan Hari Bapa, Hari Ibu dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.

Disediakan oleh:

Jabatan Mufti Negeri Selangor.

(www.muftiselangor.gov.my)
Quote nidzrain 12-5-2014 09:19 AM
mjla posted on 12-5-2014 09:07 AM
Knapa dgn UAI nie.

Ilmu tinggi tapi kluar statement tak masuk akal plak.

aku xrasa statement ni UAI yg kuarkan...
aku cuma yakin yg manusia2 bodoh je yg buat statement gini pastu kata UAI yg bg statement...


bodoh sgt manusia gitu... sama la ngn stok2 manusia yg kata upin ipin tu cara org kapir nak pesong kan agama bebudak islam
pffttttttt
Quote dino 12-5-2014 09:23 AM
nidzrain posted on 12-5-2014 08:56 AM
mcm bodo je semua nak disamakan ngn kristian...
ok fine la kalau valentine tu nak disamakan ngn kri ...

taksub uai mmg ikut je....
Quote MelahJanda 12-5-2014 09:24 AM
akak macam biasa
gadoh ngan budak2 dalam wassap grup
pasal sambut hari ibu pun diorg nak kapirkan orang, nak kata org seme sesat
kalo bagus sangat extrimis seme ni..berani, toksah pakai tahun masihi langsung laaaa
tahun masihi kan bermula selepas kelahiran jesus digunakan oleh kristian
haa...cam ni ko tak takot pulak terpesong akidah pelbagai?
bengong 18000 kuasa 382

Quote TanSriJess 12-5-2014 09:24 AM
hek eleh

sambut hari ibu hari2 kuhnun

ada yg ckp camtuh...tp tepon mak dia seminggu skali pun tak

phuiiiii
Quote dino 12-5-2014 09:24 AM
nidzrain posted on 12-5-2014 09:19 AM
aku xrasa statement ni UAI yg kuarkan...
aku cuma yakin yg manusia2 bodoh je yg buat statement gi ...

ade statement dr UAI.... sblm ni imam muda apa nama ntah... pernah tegur n tak stuju....
Quote dino 12-5-2014 09:25 AM
TanSriJess posted on 12-5-2014 09:24 AM
hek eleh

sambut hari ibu hari2 kuhnun

kan... at least ade hr spesial utk ibu... apa slhnya....

Quote itik_kuning 12-5-2014 09:26 AM
ada dengar ceramah dia pasal hari ibu ni. iols totally tak setuju. dia ada sebut pasal perayaan deepavali jugak yg mana kita rakyat malaysia pun beriya nak sambut.

bagi iols kita sambut tu sebab kita hidup multiracial, bukannya ikut kaum hindu utk mandi minyak dan pecahkan kelapa pun.

ape la ustaz ni.
Quote nidzrain 12-5-2014 09:26 AM
dino posted on 12-5-2014 09:23 AM
taksub uai mmg ikut je....

seb baek la aku x penah taksub ngn segala jadah setat yg hade kat msia neh
Quote TanSriJess 12-5-2014 09:27 AM
dino posted on 12-5-2014 09:25 AM
kan... at least ade hr spesial utk ibu... apa slhnya....

dh 2 hri aku duk ckp

nk sambut hari2 pun xpe

tp tak salah jika dlm hari2 tuh...ada setahun skali sambutan yg 20x ganda special
Quote dino 12-5-2014 09:27 AM
MelahJanda posted on 12-5-2014 09:24 AM
akak macam biasa
gadoh ngan budak2 dalam wassap grup
pasal sambut hari ibu pun diorg nak kapirka ...

ade org kata uai bagus psl ramai muda mudi dgr ceramah.... bagi aku klau lahirkan insan extrem kafir org kehulu kehilir apa gunanya...
abg aku sorang cukup taksub ngan uai.... ucap selamat hr ibu jauh sekali....
Quote nidzrain 12-5-2014 09:29 AM
dino posted on 12-5-2014 09:24 AM
ade statement dr UAI.... sblm ni imam muda apa nama ntah... pernah tegur n tak stuju....

ye ke uols...
ke org dah manipulate ape yg UAI ni ckp?
Quote dino 12-5-2014 09:29 AM
nidzrain posted on 12-5-2014 09:26 AM
seb baek la aku x penah taksub ngn segala jadah setat yg hade kat msia neh

tu la takyah taksub.... dlm dok suruh boikot yahudi...kite plak g mkn mcd wpun org belanja
aku sbut ni ade la marah.... tp ade ambo kisah...
Quote dino 12-5-2014 09:30 AM
nidzrain posted on 12-5-2014 09:29 AM
ye ke uols...
ke org dah manipulate ape yg UAI ni ckp?

[youtube]27AfS4YKxys[/youtube]

takde pun manipulate... terang benderang

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046455 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top