CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kisah Di Sebalik Kasut Jenama Adidas Dan Puma

15-5-2014 05:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23336| Komen: 40

Korang ada atau pernah tak pakai kasut Adidas atau Puma…kalo ada…korang tau tak sejarah disebalik kedua – dua jenama kasut yang terkenal ni. So…kalo nak tahu jom kita baca kisah adik beradik Dassler ni…

Semuanya bermula pada 1920an dalam bilik basuhan mak mereka di sebuah bandar di bernama Herzogenaurach di Jerman. Disitu lah bermulanya syarikat  Dassler Brothers Sports Shoe Company. Adolf Dassler seorang yang pendiam tetapi kreatif amat pandai mereka dan membuat kasut, berlainan dengan abangnya Rudolph Dassler seorang yang agak banyak bercakap dan bekerja sebagai seorang jurujual. Kira abang dia ni mahir dalam ilmu pemasaran dan mereka telah bergabung dalam perniagaan ini dengan si adik terus membuat kasut dan si abang pula menjualkannya.


Kasut keluaran Dassler Brothers Sports Shoe Company menjadi terkenal setelah pelari lagenda dari Amerika iaitu Jesse Owens memakainya di Sukan Olimpik dan memenangi 4 pingat emas pada dan jenama mereka mula dikenali diseluruh dunia..Di sini la bermulanya mereka berdua kerap berbalah..Satu kejadian telah terjadi yang membuatkan mereka telah berputus arang berkerat rotan.



Sewaktu bandar Herzogenaurach dibom oleh tentera bersekutu,Rudolph dan keluarganya telah berada di dalam bom shelter dan bila Adolf dan keluarganya masuk kedalam bom shelter yg sama si abang merungut "The dirty busxxxd.s are back again," merujuk kepada tentera bersekutu tapi adiknya Adolf terasa abangnya sedang menyindirnya..


Konflik ini menyebabkan syarikat mereka berpecah pada tahun 1948, mereka membahagikan pekerja  dan aset kepada dua. Untuk syarikat si adik diberi penjenamaan semula dngan nama “ Adidas “ sempena nama panggilan pendek beliau iaitu Adi Dassler. Manakala abangnya pula menamakan syarikatnya “Ruda” iaitu singkatan kepada Rudolf Dassler…tapi untuk menyesuaikan dengan sukan olahraga namanya diubah kepada “Puma”. Kedua – dua kilang dibina berdekatan dan bertentang dengan Sungai Aurach. Mereka bersaing sesama sendiri hingga menjadi nadi pembangunan di Bandar Herzogenaurach.

Seluruh bandar merasa terkesan sehingga mereka merasakan terperangkap dalam persengketaan adik beradik ini. Setiap perniagaan tempatan diberi 2  pilihan mahu berurusan dangan syarikat Adidas atau Puma. Mereka disuruh membuat pilihan hanya satu saja. Temujanji atau berkahwin juga tidak dibenarkan antara kedua –dua syarikat ini. Pekerja Puma tidak boleh bercinta atau berkahwin dengan pekerja Adidas.  Perkara ini berlarutan sehingga bandar ini digelar “ bandar leher bengkok “, ini kerana orang akan memandang kebawah melihat kasut anda dahulu sebelum berbual. Bandar ini benar – benar terbahagi dua.


Kelebihan Ruda mempunyai eksekutif – eksekutif jualan yang jauh lebih baik tetapi adiknya Adi mempunyai pengetahuan teknikal dan hubungan yang rapat dengan athlet yang membolehkan produk beliau mendapat  publisiti yang meluas dan ini memberi skala yang lebih luas kepada Adidas. Adidas dan Puma kerap bersaing sesama sendiri dan memberi tumpuan untuk menyaingi antara satu sama lain tanpa menyedari ancaman dari pendatang baru dalam industri kasut iaitu jenama NIKE. Kedua – dua syarikat Adidas dan Puma lambat bertindak balas menyebabkan mereka jauh ketinggalan di belakang.


Permusuhan adik – beradik dan kedua – dua  syarikat ini berlanjutan sehingga 60 tahun. Malah apabila kedua – dua pengasas Adidas dan Puma ini mati mereka dikebumikan secara bertentangan walaupun berada dalam tanah perkuburan yang sama. Persengketaan ini hanyalah dielesaikan selepas kematian kedua – dua saudara Dassler ini dengan syarikat Adidas dan Puma bermain permainan bolasepak persahabatan sekaligus menamatkan permusuhan selama 6 dekad. Sehingga 2014 pelbagai kasut yang dikeluarkan oleh kedua dua syarikat yang sentiasa di tunggu tunggu oleh setiap peminat fanatik jenama mereka. 


Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapeka 12-5-2014 03:14 PM
owh..gitu citenye...
menarik~
Quote CiliPadiSedap 12-5-2014 03:29 PM
hahahaha.

adeh. kelakar betul.

tp bagus juga.

zaman millenium sekarang

apple lawan samsung.

Quote Alang89 12-5-2014 03:33 PM
Kalau Asadi?
Quote joyahglam 12-5-2014 03:35 PM
i suka adidas banding puma. design nya cantik
Quote exclusive_vvip 12-5-2014 03:43 PM
means, diorg x berbaik sampai ke sudah lah yer?.. siannyer..
Quote berrygurl 12-5-2014 07:52 PM
Nice story ..persaingan yg bagus..tapi tu masing2 ada kelebihan masing2,kalau bergabung sure leh jadi biz yg lebih baik dan menguntungkan..

Ni la akibat kalau EGO..
Quote pfiza 12-5-2014 08:16 PM
Alang89 posted on 12-5-2014 03:33 PM
Kalau Asadi?

Kalau Asadi mungkin waris dia kot he
Quote raxief 12-5-2014 08:29 PM
puma ke adidas ke nike ke ikut keselesaan, design, harga (puma & adidas sama2 mahal), ketahanan, fungsi kasut tu la..
Quote mnaa 12-5-2014 09:07 PM
I go for Adidas.. more conservative.. more pure!!
Quote pfiza 12-5-2014 09:17 PM
raxief posted on 12-5-2014 08:29 PM
puma ke adidas ke nike ke ikut keselesaan, design, harga (puma & adidas sama2 mahal), ketahanan, fun ...

Saya setuju 100%... mahal ke murah ke janji kualiti terbaik

Quote sekngucing 12-5-2014 10:17 PM
puma dah naik balik sekarang
taja pemain bola dan team yg power2
Quote pfiza 12-5-2014 10:25 PM
sekngucing posted on 12-5-2014 10:17 PM
puma dah naik balik sekarang
taja pemain bola dan team yg power2

satu cara menaikan jenama la tu..yang penting ayatnya TAJA

Quote makton 14-5-2014 09:18 AM
nice story...

tp kasut adidas lagi trendy dr puma. puma tu macam old fashion skit.. hehe...
Quote pfiza 15-5-2014 11:21 AM
Kualiti terbaek untuk kedua dua jenama tu..tapi harga x tahan
Quote vamplave 15-5-2014 11:45 AM
owhhhh gitu asal nyeee...
saye suke due2 brand..huhu
Quote pittjie 16-5-2014 01:17 PM
aku lagi suka adidas la of coz berbanding puma. puma ni aku rasa banyak design tuk lelaki kut.

interesting story. but a very sad one indeed. aku mmg sgt sedih kalau dengar cerita adik bradik berbalah. sampai mati pulak tu saling tak berbaik.
Quote Mark_Wong 19-5-2014 01:10 PM
great story.
Quote ice98 19-5-2014 11:06 PM
aku pernah baca juge. sampaikan budak despatch antar surat ke umah rudolf, rudolf tgk kaki budak tu dulu. skali ditengoknya kasut Adidas yg dipakai. terus die bawak budak tu masuk ke stornya, bg sepasang kasut Puma disuruhnya tukar time tu jugak...

sblm aku tau diorg ni adik badik... aku mmg prefer Adidas. aku cube2 pakai kasut Puma. sekali sarung, eh mcm Adidas selesa die grip kaki. rupenye dorg adik badik, patutla kualiti lebih kurang sama je.

pada aku antara kasut ADIDAS ngn PUMA, kualiti die sama. selesa sangat. berbanding dgn NIKE. pada aku laa... Last edited by ice98 on 19-5-2014 11:15 PM

Quote ice98 19-5-2014 11:11 PM
buatan german mmg bagus kualitinya kot...

Last edited by ice98 on 19-5-2014 11:17 PM

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.121050 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top