Teluk Intan: Tiada tanda-tanda calon bebas Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka pada 9 pagi ini di Sekolah Menengah Seri Perak di Teluk Intan. Proses akan berlangsung selama sejam sebelum pusat penamaan calon ditutup pada 10 pagi. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan nama calon yang layak bertanding dalam PRK itu, sebelum 11 pagi. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu. Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.
Laporan langsung 9.30am: Calon DAP di Bukit Gelugor Ramkarpal Singh turut hadir menyatakan sokongan kepada Dyana. “Beliau akan melalui apa yang saya lalui, jadi saya harap yang terbaik untuknya. "Dan saya pasti beliau akan berjaya menghadapi cabaran itu,” katanya. Pilihan raya kecil akan berlangsung pada 25 Mei. 9.10am: Kedua-dua calon BN dan DAP sudah berada di pusat penamaan calon, belum ada sebarang tanda-tanda calon-calon bebas akan muncul. 9am: SMK Seri Perak – Pengurus Pilihan Raya Ibrahim Ahmad mengumumkan proses penamaan calon brmula. Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan calon BN Mah Siew Keong memasuki pusat penamaan calon. 8.40am: Taman Cicely – Calon BN Mah Siew Keong tiba. Beliau menyertai Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengepalai kira-kira 100 penyokong berarak ke SMK Seri Perak. 8.30am: Taman Cicely -- Lebih 500 penyokong BN berkumpul di kawasan masuk ke kawasan perumahan dan menunggu pemimpin dan calon mereka. Antara pemimpin yang sudah berada di situ timbalan menteri kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe. 8.15am: SMK Seri Perak – Walaupun pada hari penamaan calon, kira-kira 800 pelajar sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Seorang guru yang enggan namanya didedahkan memberitahuMalaysiakini, pihak sekolah telah memaklumkan kepada pelajar berhubung penamaan calon hari ini dan menasihatkan mereka bersedia untuk bunyi bising daripada proses itu. “Sukar untuk pelajar menumpukan perhatian semasa peperiksaan, tetapi mereka harus menahannya,” katanya. Taman Cicely – Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan di situ, bekas menteri besar Perak Nizar Jamaluddin, anggota Parlimen Bruas Ngeh Koo Ham dan Naib Presiden PKR Tian Chua. Penyokong Pakatan akan mula berarak ke pusat penamaan di SMK Seri Perak pada jam 8.30 pagi. 8am: Taman Cicely – Penyokong Pakatan bermula berkumpul di kawasan masuk ke taman itu, di mana pusat penamaan calon terletak. Unit Amal PAS seperti biasa mengawal keadaan dan membantu lalu lintas di kawasan yang biasanya tenang itu. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=804348&extra=page%3D1&page=1
|
1
Bagus |
9
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
1
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT