TELUK INTAN: Seramai 39,850 pengundi atau 66.5 peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.
Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media menjangkakan sebanyak 70% yang akan mengeluar mengundi pada hari mengundi Sabtu. PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53, dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud. Sebanyak 35 pusat mengundi menerusi 120 saluran di Teluk Intan dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang bagi proses pengundian biasa. Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu. Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu. Kawasan Parlimen Teluk Intan mempunyai 41.94% pengundi Cina, 38.61% (Melayu), India (19%), Orang Asli (0.18%) dan lain-lain (0.27%). Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi..
TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan selepas calonnya, Datuk Mah Siew Keong menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu dengan majoriti 238 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Teluk Intan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini, sebentar tadi. Mah yang juga bekas Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) dan PRU-11 memperoleh 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi. Terdapat 550 undi rosak. Peratusan keluar mengundi kali ini juga merosot kepada 66.67 peratus berbanding 80.7 peratus yang dicatatkan pada PRU-13 tahun lalu. Kerusi Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu. Pada PRU-13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila meraih 27,399 undi berbanding calon BN, Mah yang memperoleh 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan 279 undi.
|
11
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vespa_oren posted on 31-5-2014 06:10 PM
@mstaronline: PRK Teluk Intan: Hanya 66.5% Keluar Mengundi Selepas Ditutup 5 Petang http://t.co/pGPN ...
ADVERTISEMENT