Inisiatif Malindo Air bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk perkhidmatan semasa perayaan Aidilfitri itu akan menyaksikan pertambahan penerbangan mulai 23 Julai dan 4 Ogos untuk destinasi domestik seperti Kota Baharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Baharu dan Pulau Pinang. Penerbangan tambahan itu bagaimanapun hanya untuk penerbangan domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, penerbangan tambahan itu akan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk bersama keluarga mereka pada musim perayaan ini. "Muatan penumpang untuk penerbangan tempatan terbabit selalunya tinggi. Oleh itu terdapat keperluan untuk kami mengadakan penerbangan tambahan bagi membolehkan pelanggan kami pulang ke kampung halaman mereka untuk beraya bersama keluarga," katanya. Tempahan dibuka mulai hari ini dan penumpang dinasihatkan merancang perjalanan dan memanfaatkan tempat duduk tambahan yang disediakan itu, kata kenyataan berkenaan.
|
ADVERTISEMENT