CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

BN Tarik Balik Usul Soal Pelaksanaan Hudud

14-6-2014 03:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7542| Komen: 72


Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata beliau menarik balik usul yang mempersoalkan mengenai kebarangkalian melaksana hudud di Selangor hari ini kerana timbul banyak kekeliruan.

Jelasnya, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pembangkang itu berkata perkara itu diputuskan dengan persetujuan pemimpin BN Selangor.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak).

"Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan," katanya kepada Malaysiakini.

Speaker DUN Hannah Yeoh dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan tersebut hari ini.

Salahkan akhbar bahasa Cina

Jelas Shamsudin lagi, kekeliruan timbul sebelum ini apabila ramai pihak menyangka BN Selangor memajukan usul untuk melaksanakan hudud di Selangor.

Beliau seterusnya menyalahkan akhbar berbahasa Cina yang menumpukan perkara itu.

"Saya fikir silap faham ini berlaku kerana terlalu banyak akhbar Cina menghubungi saya untuk bertanya tentangnya," katanya tanpa menyebut nama akbar tertentu.

Menurutnya juga, tindakan menarik balik usul selepas ia diluluskan speaker untuk dibahaskan juga adalah satu perkara biasa.

"Itu perkara biasa. Usul ini, kalau kita tengok dalam sidang DUN dan Parlimen boleh ditarik sebelum atau pada tarikh ia akan dibacakan," katanya.

Sebelum ini, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Usul itu yang diterima Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh mencetuskan pelbagai perbincangan termasuklah daripada MCA dan GERAKAN yang merupakan sekutu Umno di dalam BN.

MCA dan GERAKAN juga menggesa agar Yeoh tidak meluluskan usul tersebut.

Yeoh dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan tersebut hari ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 13-6-2014 02:41 PM
bahas je laa....... aku pun nak tgk apa intipati usul pihak BN.........
Quote shamsadis 13-6-2014 02:52 PM
'kena sindir PAS nie'
Quote slippergombak 13-6-2014 02:54 PM
Umno pengkhianat agama dah kecut telur bila dap terima hudud.....munafik laknatullah...
Quote Megahertz 13-6-2014 02:55 PM
kencing kuat!!!!
Quote sup@rm@n 13-6-2014 02:55 PM
Inilah baru namenye pembangkang kayu.

I love selangor and kerajaan selangor sekarang.
Quote kecimpret 13-6-2014 02:58 PM
kalo ada yg mau pembangkang tolol ni balik sbb takot kena catu air dipersilakan..ape punya manusia laa yg sanggup peralatkan hukum Allah sbb politik
Quote cipOt_cedOt 13-6-2014 03:05 PM
tau la aku apa yang ADUN PAS dok doa masa malam nisfu sya'aban... ekekeke...
Quote vespa_oren 13-6-2014 03:43 PM
BN kena checkmate sbb xsangka speaker luluskan
Quote bangcak 13-6-2014 03:51 PM
sup@rm@n posted on 13-6-2014 02:55 PM
Inilah baru namenye pembangkang kayu.

I love selangor and kerajaan selangor sekarang.

itu bukan pembangkang


sendiri usul, sendiri terkincit
...itu pemBANGANG namanyerrr



Quote atira 13-6-2014 03:57 PM
takut cina nye pasal... jadi lalang
Quote ~anya~ 13-6-2014 04:02 PM
shamsadis posted on 13-6-2014 02:52 PM
'kena sindir PAS nie'

Dah bertahun2 pas buat kerja sebegini...
Quote jengkoil 13-6-2014 04:02 PM
Kena sound dengan taiko ke?  
Quote kecimpret 13-6-2014 04:46 PM
jengkoil posted on 13-6-2014 04:02 PM
Kena sound dengan taiko ke?

anjing jinak katanya

Selangor MCA wants state assembly to reject hudud motion

BY DINA MURAD




PETALING JAYA: Calling on the Selangor State Assembly to reject a motion to debate hudud law, Selangor MCA chief Datuk Donald Lim Siang Chai said the debate on the matter would be a waste of time.

“I urge Selangor state Speaker Hannah Yeoh to reject the motion by Selangor Umno to debate on the possibility of implementing hudud law in the state as it is not important and a waste of time for the assemblymen,” Lim said in a statement.

He was responding to a statement by Yeoh that the motion, which was submitted by Selangor Umno, would be debated during the current sitting.

Acknowledging that although the right to debate the motion was in line with the principles of democracy, Lim argued that the debate would not serve its purpose for the wellbeing of Selangor residents but instead incur unnecessary costs.




Quote kambeng_masam 13-6-2014 04:52 PM
kecimpret posted on 13-6-2014 11:46 AM
anjing jinak katanya

Selangor MCA wants state assembly to reject hudud motionBY DINA MURAD ...

UMNO ibarat anjing sarkas sahaja di mata MCA dan Gerakan komunis. Benci dap yg katanya pemakan babi....MCA dan Gerakan makan ikan dan ayam je...makanan2 halal toyyiba sahaja.
Quote sup@rm@n 13-6-2014 04:56 PM
bangcak posted on 13-6-2014 03:51 PM
itu bukan pembangkang



Miahahahahaha..

Ya betol. Pembangang
Quote revolusi_30 13-6-2014 05:49 PM
Haha... Umno punya usul diterima speker terus mati kutu tak tau nk buat apa ...bentang je la. Cakap mcm pandai.
Quote cipOt_cedOt 13-6-2014 06:01 PM
revolusi_30 posted on 13-6-2014 05:49 PM
Haha... Umno punya usul diterima speker terus mati kutu tak tau nk buat apa ...bentang je la. Cakap  ...

tapi yang bestnya... UMNo yang buat usul... PAS plak yang kecut perot... ekekeke... naseb baik UMNO tarik balik sebelom sempat dibahas...

alhamdulillah kata setengah ADUN PAS... doa mereka supaya UMNO berubah hari di malam nisfu sya'ban dimakbulkan... kalau tak mampoh nak kona baring lam dewan gak... ekekeke...
Quote DTECCONAN 13-6-2014 06:07 PM
Aik, dah tarik balik? Nasib baik la speaker dr DAP ni bukan mcm sesetengah pemimpin DAP yg x cerdik mcm mana nak tangani isu hudud ni
Quote bangcak 13-6-2014 06:55 PM
cipOt_cedOt posted on 13-6-2014 06:01 PM
tapi yang bestnya... UMNo yang buat usul... PAS plak yang kecut perot... ekekeke... naseb baik UMN ...

Sendiri usul, sendiri terkincit
......pon ada ati dok konar baring lagi.

Jgn spin laju sgt bang, bergelumang taik tu nati.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.063878 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top