CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Bentuk Tasik Yang Unik Di Dunia

20-6-2014 03:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18015| Komen: 42

Description: Tasik Schulensmeer Di Belgium Ini Adalah Tasik Semulajadi Serta Ditambah Dengan Buatan Manusia Dan Secara Tidak Disedari Ia Berbentuk Seperti Pistol Dengan Kepanjangan 2.5 Km.
1. Schulensmeer Lake (Belgium)

Tasik Schulensmeer di Belgium ini adalah tasik semulajadi serta ditambah dengan buatan manusia dan secara tidak disedari ia berbentuk seperti pistol dengan kepanjangan 2.5 km. Tasik ini terjadi apabila pada tahun 1970an, sebatang lebuhraya yang dibina di kawasan berhampiran menggunakan tanah di sini sehingga kawasan ini akhirnya menjadi tasik yang berbentuk pistol seperti sekarang ini. Tasik ini menjadi tasik rekreasi untuk kapal layar, meluncur air dan aktiviti sukan air yang lain.


2. Horseshoe Bend Lake (Arizona, USA)




Tasik berbentuk ladam kuda yang cantik menghijau dan menyejukkan mata. TasikHorseshoe Bend ini merupakan khazanah Sungai Colorador yang berkelok terletak di kawasan hilir sungai Tasik Powell yang terletak di Kawasan Rekreasi Kebangsaan Glen Canyon di Arizona, USA.


3. Horseshoe Lake (Canada)




Tasik berbentuk ladam kuda ini berasal daripada kelok sungai utama yang membentuk ladam kuda apabila diempang seperti kejadian tasik-tasik ladam kuda yang lain. Tasik yang indah ini terletak di sepanjang Red River, dekat Morris di selatan Manitoba, Canada.


4. Manicouagan Lake (Canada)




Tasik ini merupakan satu daripada tujuh keajaiban di Canada. Ia merupakan tasik empangan hidroelektrik yang berbentuk cincin, terletak di bahagian tengah tanah rendah/lembah Manicouagan di Quebec, Canada. Tasik ini meliputi kawasan seluas 70 kilometer garis pusat dan merupakan tasik yang ditutupi salji sepanjang tahun di mana bahagian tengah cecincin tersebut dipenuhi oleh batuan yang dihakis oleh proses glasieran (glaciation).


5. Peyto Lake (Canada)




Tasik ini terletak di antara Rockies Canada dan berbentuk seperti beruang yang dinamakan Tasik Peyto bersempena mengambil nama Bill Peyto, iaitu orang yang mula-mula menjelajahi kawasan Banff ini. Tasik ini dipenuhi oleh glasier dan jalan mudah untuk sampai ke sana ialah dari kawasan salji Parkway.


6. Eros Lake (India)





Tasik Eros ini berbentuk jantung hati (heart shaped) dan terletak di Puncak Chembra, India dengan ketinggian 1,398 meters di atas paras laut dan keluasan permukaan 1,827 meter persegi. Kawasan ini mempunyai suhu yang nyaman.


7. McKinley Lake (Alaska)


Tasik McKinley ini terletak berhampiran dengan Gunung McKinley, Alaska, iaitu gunung tertinggi di Amerika Utara, dengan ketinggian puncaknya lebih kurang 6,194 meter dari aras laut. Kaki gunung ini lebih rendah daripada Gunung Everest tetapi meliputi kawasan yang lebih luas.


8. Sao Paulo Lake (Brazil)


Ini adalah tasik buatan manusia di kawasan perkampungan nelayan di negeri Sao Paulo, Brazil. Tasik ini berbentuk orang raksaksa yang kelihatan gembira, meliputi kawasan sepanjang 140 meter.


9. Yueyaquan Lake (China)




Tasik adalah oasis yang berbentuk bulan sabit di kawasan padang pasir di China yang terletak di selatan bandar Dunhuang di Jajahan Gansu. Kawasan ini menjadi tarikan pelancongan untuk melihat unta di China.


10. Fisheating Creek (Florida, USA)



Sungai ini mempunyai bentuk aliran yang unik jika dilihat dari udara. Aliran sungai ini berbentuk zig-zag yang merentasi kawasan Cowbone March yang terletak di barat Tasik Okeechobee (The Big O Lake) di Florida, USA.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanacinta 12-6-2014 11:49 PM
tasik bentuk pistol tu memang unik...
Quote usit 13-6-2014 01:55 AM
cantik...ciptaan tuhan
Quote che_yatt 13-6-2014 04:09 AM
cantiknya tasik-tasik ni
Quote camflo03 13-6-2014 08:09 AM
yang pistol tu semulajadi ke? sangat unik..
Quote cmf_Kimmy 13-6-2014 09:20 AM
cantik sungguh...lebih2 lagi ciptaan Allah
Quote Sanz80 13-6-2014 11:14 AM
nanacinta posted on 12-6-2014 11:49 PM
tasik bentuk pistol tu memang unik...

mana pestol?
Quote asher 13-6-2014 11:26 AM
cantik sangat..awesome..
Quote jarikuku 13-6-2014 12:23 PM
Eros lake (India) tu nmpk nyaman dan tenang je..
Quote goss79 13-6-2014 12:45 PM
canteknya... tp ada nampak kat iG sorang ni pegi swiss, tasik kaler biru dia jerneh and cantek sgt juga... x masuk senarai ni ek
Quote Cik_Andak 13-6-2014 01:58 PM
Cantik sangat.....
Quote nanacinta 13-6-2014 03:03 PM
Sanz80 posted on 13-6-2014 11:14 AM
mana pestol?

gambar no 1 tu...

Quote zuerinaBP 13-6-2014 03:09 PM
cantiknye....
Quote tengokjerrr 13-6-2014 03:11 PM
betul2 macam pistol .. haha menarik sgt yg no 1 tu
Quote alphawolf 15-6-2014 07:44 AM
Tasik ladam ni ada juga kat Malaysia - Sungai Mati, Muar.
Quote ajuDK 15-6-2014 03:22 PM
Wonderful !
Quote pinky_incognito 15-6-2014 06:40 PM
wah cantiknye sume tasik2 ni.. kan best kalo dpt tgk depan mata
Quote zirara 15-6-2014 07:29 PM
waaahh..tasik eros tu sgt cantikk dengan rumput yg tebal2 tue..nmpk tenang n nyaman je  
Quote clarizsa 15-6-2014 08:56 PM
wow.... cantik...
Quote liyamariska 15-6-2014 10:24 PM
Tasik Yueyaquan tu mmg cantik pemandangannya...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056835 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top