CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Kampung Baru Dibangunkan Dengan Servis Pangsapuri Serendah Rm288k

20-6-2014 04:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10267| Komen: 59

Kuala Lumpur: Seramai 205 peniaga di tapak pasar minggu Kampung Baru menerima pampasan antara RM25,000 hingga RM150,000 daripada pemaju Uda Holdings Berhad bagi pembinaan pangsapuri dan ruang pejabat dengan peruntukan RM435 juta di Kampung Baru, di sini.

Pengerusi Uda Holdings Datuk Johari Abdul Ghani berkata, UDA Holdings akan membangunkan tapak pasar minggu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seluas 7.06 hektar dengan projek yang dinamakan 'Legasi Residen Kampung Baru' dengan konsep pembangunan semula bandar.



“Projek ini merangkumi 639 unit servis pangsapuri dan 96 unit ruang pejabat dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM 435 juta.

“Bagi unit servis pangsapuri, harga jualan bermula dari RM288,000 dan tidak melebihi RM500,000 dengan keluasan bermula dari 800 kaki persegi. Kita percaya dengan harga ini ramai eksekutif muda akan memiliki rumah yang selesa di tengah bandar Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Cek dan Akujanji antara UDA Holdings dengan 205 peniaga tapak pasar minggu Kampung Baru di Kelab Sultan Sulaiman di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, projek itu dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun bermula September tahun ini.

“Mengikut persetujuan bersama peniaga, UDA memperuntukkan pampasan sebanyak RM17.4 juta untuk dibayar kepada 205 peniaga terbabit yang bersetuju untuk mengosongkan tapak berkenaan," katanya.

12

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kittie 20-6-2014 12:29 AM
Ye ke ni? Cane nk beli. Tolong ajar budak sekolah please.
Quote shaykays 20-6-2014 12:30 AM
Murah pulak...
Tp sqft jgn la 600 je...
Blh tak open tuk bumi je.....
Non bumi mampu beli area klcc dah..
Quote azrain98 20-6-2014 12:43 AM
rendah sngt
Quote HUHA 20-6-2014 12:47 AM
kawasan betul2 sebelah klcc bayar pampasan 150 ribu saja?  hidup melayu! kata umno.
Quote DTECCONAN 20-6-2014 12:50 AM
Jangan buka langsung utk bukan bumi
Quote chaintea 20-6-2014 12:55 AM
25k je?
Semudah itu...

Jom nyanyi ramai ramai...
Anak kecil main api....
Quote BotakChinPeng 20-6-2014 01:04 AM
chaintea posted on 20-6-2014 12:55 AM
25k je?
Semudah itu...

elok sangat la engko nyanyi.
itu tapak pasar pun lagi mahal dari flat pprt tempat ko sewa
Quote slippergombak 20-6-2014 01:06 AM
Tanah kampung baru kan tanah hak milik bumiputra kurniaan sultan selangor... nak tgk gak dapat pecahkan sikit kawasan kg. Baru nih jual kat cina atau fully bumi....

Last2 anak kecik main api,  merintih sendiri
Quote BotakChinPeng 20-6-2014 01:08 AM
shaykays posted on 20-6-2014 12:30 AM
Murah pulak...
Tp sqft jgn la 600 je...
Blh tak open tuk bumi je.....

bodohnya ju bor setinggan engko ni.
sekitar klcc majoriti ekspat asing la
Quote oni313 20-6-2014 01:11 AM
harap datuk johari ni tumpukan jugak la area datok keramat tu, especially isu keramat mall tu, naik sakit mata tengok pasar kotor datok keramat tu..
Quote drivethru 20-6-2014 01:25 AM
kira murah la service apartment 288k. area kg baru lak tu. jual pada bumi jer la. kekal kn kg baru area melayu. ade lg ke melayu kat kg baru. aku tgk mcm ramai indon jer.
Quote BotakChinPeng 20-6-2014 01:35 AM
Satu bahagian kecil kpg baru saja dibangunkan. Elok sangat lah
Quote Acong_II 20-6-2014 02:00 AM
yeay.......! boleh JV dgn ali baba......!!!
Quote Kittie 20-6-2014 02:09 AM
Acong_II posted on 20-6-2014 02:00 AM
yeay.......! boleh JV dgn ali baba......!!!

Abam Acom caner nk beli nih? Nk tanya sape?

Quote Acong_II 20-6-2014 02:22 AM
Kittie posted on 20-6-2014 02:09 AM
Abam Acom caner nk beli nih? Nk tanya sape?

suh partner beli laa.... aku pump dana laa
Quote mommymonster82 20-6-2014 02:47 AM
Klu xnk jual kt xbumi..rugi beli..nnti nk jual balik susah...
Last edited by mommymonster82 on 20-6-2014 03:23 AM

Quote emmet_23 20-6-2014 10:33 AM
jgn laa jual kt bukan bumi... kekalkan Kg Baru tu dgn melayu.
Quote ad_hoc79 20-6-2014 10:35 AM
harga jualan bermula 288k... huwaaaa.... xmampu
Quote BotakChinPeng 20-6-2014 10:37 AM
Acong_II posted on 20-6-2014 02:00 AM
yeay.......! boleh JV dgn ali baba......!!!

jangan harap lah

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.051799 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top