CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bila Jumpa Anjing Dilanggar, Berhenti Dan Ubati, Kata Pas

23-6-2014 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5321| Komen: 23

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata cara bergerak melalui gerakan sukarela dan kebajikan diterima oleh semua orang dan ia merupakan khazanah Islam yang sudah lama ditinggalkan oleh umatnya. 


"Anggota Unit Amal kalau bertemu dengan anjing kena langgar, berhenti, ubati dan balut luka dia dahulu, baru lepaskan," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam mengembangkan lagi konsep kebajikan partinya.

Walaupun anjing dianggap 'haram' untuk dipegang oleh umat Islam di Malaysia yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Mohamad berkata, kebajikan perlu dikembangkan menjangkau binatang.

"Bila selesai, samaklah," kata Mohamad ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Hulu Langat semalam.

Katanya, ia perlu dibuat oleh Unit Amal PAS apatah lagi terhadap manusia tanpa mengira siapa mereka.
"Kalau nampak musuh atau bukan Islam ditimpa musibah, kita kena bantu. Jangan tanya yang pelik-pelik pula," kata Mohamad.

Unit Amal PAS kini diterima sebagai badan kebajikan yang diiktiraf. Ketika banjir melanda Pantai Timur dan selatan semenanjung sebelum ini, Unit Amal disebut sebagai yang paling banyak membantu mangsa.

"Kita memilih demokrasi dan bukan senjata. Kalau ada ahli-ahli PAS yang angkat senjata, ia bukan arahan pimpinan dan PAS tidak ada kena mengena mengenainya.

"Kita hanya terlibat secara kebajikan hatta di peringkat antarabangsa iaitu melalui Yayasan Amal," kata Mohamad, mengulas penglibatan umat Islam dalam krisis bersenjata di peringkat antarabangsa.

Bagi beliau, cara bergerak melalui gerakan sukarela dan kebajikan diterima oleh semua orang dan ia merupakan khazanah Islam yang sudah lama ditinggalkan oleh umatnya.

"Sekarang apabila nampak kebajikan, orang nampak Palang Merah (Red Cross) dan Unit Amal," katanya. – 22 Jun, 2014.

16

Bagus
14

Marah
27

Terkejut
14

Sedih
20

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razhar 22-6-2014 10:55 PM
diminta set2 pengganas ISIS/ISIL masuk.....sabu ni shia ka sunni...
Quote Innrukia 22-6-2014 10:55 PM
Sila la mulakan dgn kes budak yg terbiar tinggal tulang kulit tu....
Quote jengkoil 22-6-2014 11:02 PM
razhar posted on 22-6-2014 10:55 PM
diminta set2 pengganas ISIS/ISIL masuk.....sabu ni shia ka sunni...

Aku masih menanti bukti gred A tersebut. ..
Quote prettymanja 22-6-2014 11:11 PM
Pndai le tu, dah selesai Ubat, lum sempat samak, digigit balik dek Anjing tu. silap2 Anjing gile pulak..Camno tu wak Sabu oii?? Huhu
Quote drivethru 22-6-2014 11:28 PM
kat malaysia jer. kalo kat cina, dh selamat masuk mulut.
Quote lavendernovella 22-6-2014 11:29 PM
Good thinker ...great idea...smart explanation ....good samaritan.... pay it forwad..
Quote cmf_WonBin 23-6-2014 12:08 AM
Boleh pakai kah Mat Sabu 121 nih?

Quote slippergombak 23-6-2014 12:21 AM
cara dekati.....good idea... ini yg dah lama aku amalkan....
Quote AbukRokok 23-6-2014 12:24 AM
razhar posted on 22-6-2014 10:55 PM
diminta set2 pengganas ISIS/ISIL masuk.....sabu ni shia ka sunni...

Mahhh... abang bau bxxxtttt mahhh
Quote AbukRokok 23-6-2014 12:26 AM
jengkoil posted on 22-6-2014 11:02 PM
Aku masih menanti bukti gred A tersebut. ..

blog xupdate lg ... blog pun tunggu gred A punya bukti..
Quote Anak_Nogori 23-6-2014 12:42 AM
bukan kah agama PAS dah ajar umatnya..kalau jumpa musuh..carutkan..KO kan...kapirkan..murtadkan....syirikkan...jihadkan...

apa abang mah sapu bini org dan mabuk ka?..
Quote kodokke 23-6-2014 12:50 AM
Janganlah mempersendakan patti  PAS
Quote tobby 23-6-2014 12:51 AM
cmf_WonBin posted on 23-6-2014 12:08 AM
Boleh pakai kah Mat Sabu 121 nih?

mintak Mah bawak ubat sapu masuk ke bilik hotel pandai la ...
Quote Anak_Nogori 23-6-2014 01:01 AM
"Sekarang apabila nampak kebajikan, orang nampak Palang Merah (Red Cross) dan Unit Amal,"

tu mad sapu bini org lihat...saya plak lihat

"Sekarang apabila nampak penghadang Teressa Kiok, orang nampak Palang Merah (Red Cross) dan Unit Amal,"

"Sekarang apabila nampak demo berlakun mati, orang nampak Palang Merah (Red Cross) dan Unit Amal,"
Quote slippergombak 23-6-2014 01:53 AM
seperti biasa lah UMNO dah ajar macai2 mereka sekalian.. tak kira yg tua tunggu masa nak mati hingga yg muda... bila takleh nak konar atau lawan fakta, sembang laa pasal seks, lucah semuanya....

nak jadi penyokong UMNO, camnih laa UMNO didik ..
Quote Acong_II 23-6-2014 02:06 AM
jom rembat rumah pprt
Quote LUNCH 23-6-2014 06:39 AM
Anak_Nogori posted on 23-6-2014 12:42 AM
bukan kah agama PAS dah ajar umatnya..kalau jumpa musuh..carutkan..KO kan...kapirkan..murtadkan....s ...

Yang ni aku perasa memang betul pun. Aku tengok yang tunjuk alim tu lah yang paling banyak mencarut dan mengafirkan orang Islam lain jika mereka tidak sependapat.
Quote pelukis.plan 23-6-2014 07:21 AM
"Anggota Unit Amal kalau bertemu dengan anjing kena langgar, berhenti, ubati dan balut luka dia dahulu, baru lepaskan," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam mengembangkan lagi konsep kebajikan partinya.

kalau nampak bini orang
kena bau dulu takut masih ada bau bu**t


Last edited by pelukis.plan on 23-6-2014 07:22 AM

Quote blastoff 23-6-2014 07:26 AM
Tapi DAP tu PAS tak bley umpamakan cam anjing kena langgar, lebey sesuai anjing tersepit , yang kalau dilepaskan pasti dia akan ngappp balik .

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039046 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top