CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Terkini Lihat artikel

Bayi diabai akibat mak ayah hisap dadah

19-4-2013 10:47 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12086| Komen: 77




Keadaan bayi malang yang diabaikan ibu bapanya.


Kulit bayi berkenaan melecur akibat mengalami jangkitan kuman.

SUNGAI BESAR - Seorang bayi berusia empat bulan mengalami nasib malang setelah diabaikan kedua ibu bapanya yang dipercayai terlibat dengan penagihan dadah.

Difahamkan, bayi berkenaan turut mengalami jangkitan kulit, selain berat badannya turun mendadak akibat tidak pernah mendapat penjagaan rapi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohammad berkata, ibu kepada bayi berkenaan dipercayai mengalami gangguan perasaan sejak suaminya ditahan awal Mac lalu atas kesalahan curi kabel.

“Selepas menjalani proses siasatan, polis mendapati bapa bayi tersebut positif dadah.

“Isterinya pula mengalami gangguan perasaan sejak suaminya ditahan dan bertindak mengambil dadah dengan lebih aktif sehingga mengabaikan keperluan anaknya itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mushar berkata, keadaan wanita terbabit disedari seorang penduduk yang melihatnya berkeliaran di sekitar kawasan Parit 7 Sungai Leman sambil mengendong bayi pada 9 April lalu.

Menurut, penduduk berkenaan kemudiannya menawarkan kepada wanita itu untuk menghubungi pihak hospital bagi membolehkan bayinya mendapat rawatan.

“Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan.

"Hasil pemeriksaan, pihak hospital mendapati bayi terbabit  hanya mempunyai berat badan 2.5 kilogram dan keadaan kulitnya melecur akibat jangkitan kuman,” katanya.

Beliau berkata, bayi itu dipercayai sudah sakit sejak dua minggu lalu dan difahamkan tidak pernah menerima rawatan kesihatan di hospital sejak lahir.

“Bayi ini hanya menerima suntikan BCG ketika dilahirkan. Bayi ini juga disahkan tidak mempunyai bekalan air yang cukup di dalam badan dan ada ketika mangsa hanya diberikan air kosong oleh ibunya," katanya.

Menurutnya, hasil maklumat daripada pihak hospital, polis kemudiannya menahan ibu bayi tersebut di hospital berkenaan jam 1.30 petang pada hari kejadian bagi menjalankan siasatan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, ibu mangsa menggunakan wang yang diperoleh hasil pemberian ehsan penduduk sekitar untuk membeli dadah.

"Wanita itu ditahan reman selama tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan dan sudah dituduh di Mahkamah Sungai Besar pada Selasa lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Mushar mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan dadah yang mampu memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan keluarga.

Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kegiatan itu dapat dikawal.

6

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupaiterbang 19-4-2013 10:25 AM
my goodness..ada manusia bahlol macam ni, tunjuk sket muka suspek..
Quote deananie 19-4-2013 10:26 AM
mak bapak layan dadah, anak kecik jadi mangsa
Quote dewirerama 19-4-2013 10:27 AM
ya allah sedihnya...xsanggup aku tgk baby ni..
Quote amyainsamad 19-4-2013 10:28 AM
kesiannnya baby ni...
Quote mrsafif 19-4-2013 10:31 AM
x tau nk komen aper....salah mak bapak....

kalo x nk jaga bg je kt org
Quote prettyuglybabe 19-4-2013 10:35 AM
adui.. kesiannya. harap jabatan kebajikan amik baby ni. ramai lagi orang yang sanggup bela
Quote Bell 19-4-2013 10:36 AM
Kenapa tak kasi jer anak tu kat org lain!???
Quote ibu_haritz 19-4-2013 10:37 AM
kesiannyer lah kamu wahai anak.....
Quote siputsedut 19-4-2013 10:44 AM
kesiannya anak aku kene gigit ngn semut pun aku dah nangis sbb takut anak sakit...baby ni lg sakit dengan kulit melecur mcm ni... pasnih mesti JKM ambil kan kalau kes mcm ni?
Quote gaara_X 19-4-2013 10:45 AM
ini musibah yang berlaku jika kita berkawan ngan najis dadah nie...kesannnya kat orang yang kita sayang terutamanya.....adush!!
Quote ell768 19-4-2013 10:56 AM
kesiannyer baby tu..cilakak betul..ada hati nak beranak lg tu..
Quote pjjku 19-4-2013 10:56 AM
Nauzubillah....
yg depa ni pun, cepat2 la tukarkan diapers baby ni..dah berak kan tu...dok sibuk nak tangkap gambar as bukti kunun....angin aku tgk manusia waras yg bengap ni....

yg si ibunya memang sah2 kena angin meroyan, depression...lagi2 dah memang penagih.....

hope the bb grow up healthy zahir dan rohani la hendaknya....
Quote LostSoul 19-4-2013 11:00 AM


no words could describe betapa sedihnye tgk si kenit ni..

Quote eintra85 19-4-2013 11:04 AM
sangat kesian kt bby ni...syukur ank aku dilahirkan dari rahim aku dan dibesarkan di bawah jagaan ku....
semoga bby ni sihat kmbali sperti ank2 lain di bawah jgaan insan2 pnyayang...
Quote wajaman 19-4-2013 11:05 AM
aku yg org kata muka garang nie pn syg kt anak tau...sanggup marah pak mertua kalau dia nk bg anak aku mkn mende selain dari susu ibu...aku ckp selagi belum smpi 6 bulan,jgn nk memandai2 bg anak aku mkn mende lain..giler garang ngan mertua,hehehe

harap2 baby nie sihat seperti anak2 yang lain...utk baby 4 bulan yg berat hanya 2.5kg tu amatlah sedih...anak aku lahir pn da 2.9kg
Quote tara_tara 19-4-2013 11:09 AM
menitik airmata bila tengok keadaan baby tu
Quote knk~pooh 19-4-2013 11:12 AM
kesian ye baby ni moga baby ni cepat sembuh dari penyakit ini..amin.
Quote Fariz07 19-4-2013 11:12 AM
gila kejam
Quote Fariz07 19-4-2013 11:12 AM
binatang pun sayangkan anak.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 1.502669 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top