Bangkai Ayam yang diletakkan di atas katil Jamhari. SHAH ALAM - Pengerusi Pro Mahasiswa, Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) membuat laporan polis ekoran biliknya diceroboh dan diconteng dengan tulisan berbaur ancaman oleh individu tidak bertanggungjawab. Jamhuri Mohamed mendakwa selain menerima mesej ugutan di dinding, bangkai ayam berlumuran darah yang ditikam dua bilah pisau turut dicampakkan ke atas katilnya. Menurut Jurucakap Pro Mahasiswa UMSKAL, Hasnur Faridah Abbah, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9 hingga 12 malam tersebut hanya disedari Jamhuri dan rakannya sebaik pulang dari menghadiri sebuah forum. “Kejadian dianggarkan berlaku sekitar pukul 9 hingga 12 malam disedari Jamhuri dan rakannya menghadiri forum berkaitan dengan 16 mahasiswa yang dikenakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). "Pro Mahasiswa UMSKAL cuma berharap peristiwa yang berlaku ini bukanlah disebabkan polemik pertembungan idealisme di antara mahasiswa kerana jelas perbuatan ini tidak menggambarkan imej seorang pelajar universiti," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagi mengelakkan insiden sama berulang, pihaknya menggesa pengurusan universiti campur tangan dan membantu siasatan termasuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pesalah. "Pihak Pro Mahasiswa menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan tindakan yang bercanggah dengan moral manusia ini agar tampil ke hadapan dan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa. "Pihak pentadbiran universiti juga diharap dapat turut sama membantu dalam siasatan kes dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kes sebegini tidak lagi berlaku pada masa hadapan yang boleh menjejaskan keselamatan mahasiswa," katanya lagi.
|
2
Bagus |
9
Marah |
16
Terkejut |
14
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT