CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Ingkar Arahan Bapa: Meninggal Eksiden

23-6-2014 04:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12413| Komen: 71


Gambar kemalangan yang membabitkan dua mangsa di Lebuhraya BKE awal pagi semalam


BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita maut manakala rakan lelakinya cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Kilometer 8.6 Lebuhraya Butterworth Kulim Expressway (BKE) semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, Nor Farizah Suhaimy, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala Saiful Helmi Zulkiflee, 22, kritikal selepas dilanggar sebuah kereta Mercedes dari belakang.

Difahamkan, motosikal Honda EX5 yang ditunggang Saiful Helmi tidak melalui lorong khas yang disediakan sebaliknya menggunakan lorong kiri lebuh raya sebelum kedua-duanya tercampak di tepi jalan selepas dilanggar seorang lelaki.

Pelanggaran terbabit menyebabkan motosikal mangsa terperosok di bahagian depan kereta dan pemandu, Tan Jian Hong, 26, meneruskan pemanduan selepas beberapa ahli kumpulan motosikal yang menunggang bersama mangsa bertindak untuk
menyerangnya.

Jian Hong kemudiannya memandu sehingga simpang Kampung Tok Elong sebelum keretanya terbabas ke dalam longkang di Jalan Tengah, Perkampungan Berapit.

Ahli kumpulan motosikal terbabit kemudiannya bertindak membaling batu dan memecahkan cermin kereta terbabit kerana menyangka pemandu cuba melarikan diri.

Jian Hong yang mengalami kecederaan di bahagian kepala kemudiannya dibawa  orang awam ke Hospital Island, Georgetown untuk rawatan dan dilaporkan stabil.

Saiful Helmi dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala mayat Nor Farizah turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Sementara itu, Suhaimy Yakin, 40, yang merupakan bapa Nor Farizah berkata, anaknya meminta izin untuk keluar kira-kira jam 9 malam namun tidak dibenarkan.

“Arwah tetap keluar apabila dijemput rakannya dan saya hanya tahu mengenai kemalangan yang menimpanya kira-kira jam 5 pagi.

“Saya sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpanya dan berharap orang ramai memadamkan dan tidak menyebarkan gambar kemalangan tersebut,” katanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 23-6-2014 12:43 PM
Serba salah kalau aku jd driver tu..mati anak org weyhh..tp anak org tu  pun x brapa menjadi..camna tu?
Quote fifie_olin 23-6-2014 12:45 PM
byr cash je skg....
Quote SissySembah 23-6-2014 12:47 PM
bohsia jalang dan mat rempit kan? selayak nya lah, yang duk baling batu tu pun harus mati sekali sahaja menjadi bangkai kemudian di lahap kambing, memang bukan salah cina itu sebab akak tahu sangat macam mana sakai rempit ni memandu, cina itu lari pun sebab perangai bangsat mat rempit ni, tahu tahu lah kan perangai mereka kalau kena langgar.

elohim bayar cash sahaja dekat anak derhaka di duniawi ini.
Quote Innrukia 23-6-2014 12:49 PM
anak dara skrg memang sggup bunuh makpak janji boleh ikut jantan...
dlm kes ni dia sehidup semati dgn jantan pujaan...
Quote CiliPadiSedap 23-6-2014 12:52 PM
alieyrina posted on 23-6-2014 12:43 PM
Serba salah kalau aku jd driver tu..mati anak org weyhh..tp anak org tu  pun x brapa menjadi..camna  ...

pg balai je.

polis siasat.

malaysia ada undang2 lg.

kalau duk situ takut kena pukul.

melainkan org awam baik.
Quote haryatie 23-6-2014 12:53 PM
Innalillah...
kesian... remaja yg tengok seronok memberontak & berbuat sesuka hati
x mau fikir kesan dr perbuatan sendiri..
makbapak yg menanggung kesedihan/kensengsaraan & macam2 tomahan dr masyarakat..
bertabah la jd parents..harap2 ank2 kita x buat semua benda ni..
kdg2 takut jugak nak cerca2 ank org..
ank sendiri pun x dpt nak dipastikan akhirnya mcam mana
minta2 dijauhkan dr semua ni..
Nauzubillah...
Quote rosasa 23-6-2014 12:54 PM
takziah....pegajaran buat semua remaja
Quote crazecousa 23-6-2014 12:56 PM
nyampah plak aku baca komen2 si sissysembah ni... x abis2 ko punya elohim
Quote batmana 23-6-2014 12:58 PM
anaknye kuar 9 mlm
kejadian berlaku jam 3.15 pagi..

iskkkhh2
Quote _dj_ 23-6-2014 12:58 PM
simpati kat ayah dia.
Quote leezzaliza 23-6-2014 01:00 PM
Dr jam 9 mlm spai waktu kene langgar tu agak2 ape la yg die bt dgn pakwe die.. Hope x bt perkara yg dilaknat... Innalillahh
Quote sapp73 23-6-2014 01:05 PM
Nauzubillah....pengajaran tuk anak anak diluar sana. Bergelimpangan mayat dalam gambar tu
Quote star_anisse 23-6-2014 01:07 PM
takziah.. izin ibu bapa penting dik..
Quote diss69 23-6-2014 01:12 PM
Simpati buat keluarga arwah.....Al-Fatihah...
Quote prettyuglybabe 23-6-2014 01:13 PM
takziah je la..

Quote shunnaray 23-6-2014 01:16 PM
hmm...tak sempat nak mintak ampun kat ayah sbb tak dgr cakap. apa pon takziah kpd ahli keluarga...
Quote TuntungReturn 23-6-2014 01:23 PM
Innrukia posted on 23-6-2014 12:49 PM
anak dara skrg memang sggup bunuh makpak janji boleh ikut jantan...
dlm kes ni dia sehidup semati d ...

pntun melayu ade kate..

nasik lemak buah bidara
  syg selasih hamba lurutkan
buang emak buang sedara
   kerana kasih hamba turutkan
Quote hanamunir 23-6-2014 01:28 PM
takziah utk en suhaimy sekeluarga..
Quote Changa 23-6-2014 01:31 PM
selayak nya lah.
kakak harap mereput dalam neraka kelak.

elohim bayar cash sahaja sekarang ini

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.156699 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top