CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pesanan Untuk Yang Bekerjaya Di Bulan Ramadhan

30-6-2014 01:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23301| Komen: 273



KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kekangan masa ada kalanya menyebabkan sesetengah wanita berkerjaya cenderung memilih jalan mudah dengan membeli makanan siap sebagai juadah berbuka puasa, walaupun kadang kala terkilan kerana makanan itu tidak menepati cita rasa mereka.

Lebih mengecewakan lagi apabila melihat raut muka suami yang masam kerana lebih gemar menikmati 'masakan rumah' yang disediakan pihak isteri.

Ini menyebabkan kaum wanita bekerjaya segera menyinsing lengan baju sebaik pulang dari pejabat untuk bergegas menyediakan juadah dalam masa terhad.

Cef selebriti Datuk Ismail Ahmad atau popular sebagai Cef Ismail berkata wanita berkerjaya perlu bijak merancang bukan sahaja daripada sudut masa, tetapi meliputi juga jenis masakan yang hendak disediakan bagi tempoh seminggu supaya dapat melancarkan kerja dapur.

"Perancangan masa penting, tambahan pula untuk mereka yang bekerja di bandar kerana kesesakan jalan raya ada kalanya mengambil masa berjam-jam apabila semua mahu tiba di rumah sebelum waktu berbuka," katanya kepada BERNAMA menjelang sehari sebelum umat Islam di Malaysia memulakan ibadat dan menyambut Ramadan.

Sehubungan itu, Cef Ismail menasihatkan golongan wanita supaya melakukan prapenyediaan dalam tugasan memasak supaya hidangan lengkap dapat disediakan dalam masa singkat tanpa menjejaskan rasa dan kualiti masakan.

Antara persiapan yang perlu dibuat ialah membersihkan ikan, ayam, daging, undang atau sotong sebelum dimasukkan ke dalam bekas bersih dalam kuantiti 'sekali makan' dan disimpan dalam peti sejuk beku supaya proses cair beku mudah dilakukan apabila perlu.

"Masa cuti hujung minggu pula dimanfaatkan dengan mengupas siap bawang merah, bawang putih, halia dan mengisar cili kering. Memasak ini mudah cuma penyediaan bahan sahaja yang boleh jadi remeh dan memakan masa.


"Jika rajin, boleh sediakan sediakan pes masakan seperti rendang, kari, asam pedas atau pes makanan bergoreng seperti mee goreng untuk disimpan di peti sejuk dan apabila perlu, senduk dalam kuantiti kecil," katanya.

Chef Ismail berkata bagi menu sayuran pula, mereka digalakkan memilih sayuran bukan berdaun seperti labu, kekacang, bunga kobis, brokoli, terung dan lobak merah yang lebih tahan lama supaya tidak perlu kerap singgah ke kedai untuk membeli selain bahan-bahan itu siap dipotong sebelum disimpan.

"Mungkin ada wanita yang penat di dapur kerana mahu mengejar waktu berbuka, namun memberi makan kepada anggota keluarga yang berpuasa amat besar ganjarannya apatah lagi 'air tangan' isteri dianggap sebagai pengikat keluarga," katanya.

Sementara itu, pengusaha katering Siti Rahimah Diaudin, 34, memberitahu beberapa kuih-muih juga boleh disediakan lebih awal khususnya kuih jenis bergoreng seperti karipap, popiah, samosa dan kuih keria.
"Kuih jenis talam yang tidak bersantan seperti kaswi dan sagu boleh disediakan lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Begitu juga kuih sagu gula melaka dan apabila perlu, hanya masak santan dan air gula melaka untuk dicurahkan ke atas kuih," katanya.

Siti Rahimah, bekas pengajar jurusan kulinari kolej swasta, berkata wanita bekerja boleh menyediakan juadah bersantan seperti kari atau rendang dalam kuantiti banyak semasa hari cuti sebelum dimasukkan ke beberapa bekas kecil sebagai 'bekalan' masa mendatang.

"Hanya pastikan masakan telah sejuk sebelum dimasukkan dalam peti sejuk beku, dan tuliskan tarikh makanan dibuat. Semua ini memudahkan tugas pada hari bekerja. Masakan seperti kari juga lebih sedap apabila disimpan lama kerana rasanya lebih sebati," katanya.


Menurutnya, walaupun terdapat banyak produk makanan sejuk beku di pasaran, juadah yang dimasak sendiri pasti dinanti-nantikan kerana rasanya menepati selera dan bahan-bahan yang digunakan terjamin daripada segi kualiti.


8

Bagus
17

Marah
9

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizahanan 28-6-2014 09:57 PM
Amvoi pesanan maut bagai. Tgk la sapa yg sampai rumah dulu cik akak ke cik abg. Yg sampai dulu buleh mula buat persiapan, yg lmbt tolonglah. Berganding bahu gitu. Ape2 pon jgn dilambatkan berbuka..
Quote TuntungReturn 28-6-2014 10:02 PM
yg suami tu x phm ka isteri penat bru lik? nsib baik aku ni pndai masak.kurang2 bini x la kelam kabut..blik2 dh bleh mkn..
Quote cmf_jeangrey 28-6-2014 10:04 PM
kalau x suka makanan beli dan tahu isteri mungkin lambat sampai ke rumah suami pegi la ke dapur dulu siapkan apa yg patut...bukannya susah sgt pun....nak atau taknak je.....kalau malas ko hadap je la apa yg isteri masak atau beli
Quote dino 28-6-2014 10:07 PM
cmf_jeangrey posted on 28-6-2014 10:04 PM
kalau x suka makanan beli dan tahu isteri mungkin lambat sampai ke rumah suami pegi la ke dapur dulu ...

amboi garangnya bini....
Quote GhostWalking 28-6-2014 10:10 PM
dino posted on 28-6-2014 02:07 PM
amboi garangnya bini....

Bam dino untung la bulan poser tahun ni ada yang masakkan
Quote alinone78 28-6-2014 10:12 PM
Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan

Pelbagai perisa lagi tau
Quote estrelle 28-6-2014 10:13 PM
penah dengar masa ceramah kerusus kawen ade ustaz cakap tugas memasak ni sebenarnya tugas suami..
Quote hanalisa 28-6-2014 10:13 PM
sama-sama kerja, sama-sama puasa, sama-sama letih.
so sama-sama la sediakan juadah berbuka, sebab sama-sama juga nak makan.
Quote dino 28-6-2014 10:14 PM
GhostWalking posted on 28-6-2014 10:10 PM
Bam dino untung la bulan poser tahun ni ada yang masakkan

tak jugak... mana sempat tuh... jem.... hr minggu leh la...

Quote edee_91 28-6-2014 10:14 PM
ini pesanan maut untuk wanita yang bersuamikan lelaki tangan kudung nak mampos kubur kata mari kaa?
Quote dino 28-6-2014 10:15 PM
estrelle posted on 28-6-2014 10:13 PM
penah dengar masa ceramah kerusus kawen ade ustaz cakap tugas memasak ni sebenarnya tugas suami..

tp mmg dipesan jgn bagitau bini....
Quote cmf_jeangrey 28-6-2014 10:15 PM
dino posted on 28-6-2014 10:07 PM
amboi garangnya bini....

gara2 byk sgt berkuntum kt bod FD ....ramai sebenarnya suami jenis camni...nk relaks lebih padahal puasa sama2.....

wah ramadan ni pertama kali la ko sambut dgn isteri ek dino....sila la rajin2 ke dapo ye utk tahun ni dan tahun2 akan dtg
Quote shaykays 28-6-2014 10:15 PM
Pe kate sesame prepare barang2 nak masak
Dua2 pon keje..
Sesame penat pon kan
Kalau banyak songeh beli je la bazar ramadhan
Xpayah nak masam muka cam tahik
Quote rospinki 28-6-2014 10:16 PM
Eh2..cam tau je. Mmng aku dh prepare bhn2 ni smua. Syur pun jenus bokoli kubis keret gitu je aku stanby.

Apa aku buat aku siap bahan2 masak goreng sambal atau kuah.

Sap sap sui je..yg tinggal lagi..mood aku ni kadang malas..stress.
Quote cmf_jeangrey 28-6-2014 10:18 PM
dan yg berckp tu pun chef ismail....boleh agak la kan mentaliti tipikal lelaki asian
Quote sigila 28-6-2014 10:20 PM
Goreng telur ajer.....
Quote aechae 28-6-2014 10:21 PM
so aku perlukn laki yg pndai masak..
Quote dino 28-6-2014 10:22 PM
cmf_jeangrey posted on 28-6-2014 10:15 PM
gara2 byk sgt berkuntum kt bod FD  ....ramai sebenarnya suami jenis camni...nk relaks lebih p ...

insyaAllah.... aku dr kecik dah diajar.... takdenya dok lepak tunggu makan org hidang ke ape.... jd dah besar ni no problem aaa... lgpun dah lama membujang..... biasa je masak sendiri.... simple je la....
dah sama keje kena paham..... tmbh2 dok kl ni.... dpt sampai sblm berbuka dah seribu rahmat....
btw sejam cukup nak msk sbnrnya..... bkn mcm zaman2 mak kite dulu..... cili tu giling ngan batu giling tuh.... takdenya blender2...
Quote TuntungReturn 28-6-2014 10:23 PM
org pompuan tiap2 kli rncngan masakan pi tulis resipi.tpi buat x jugak....

Lihat semua komen(273)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.323763 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top