CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa Mercun Bola Pergi Menoreh?

14-7-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10071| Komen: 45

KOTA BHARU - Seorang penoreh wanita cedera di mata kanan serta tiga jari kiri melecur apabila mercun bola yang dinyala untuk menghalau harimau meletup depan mata di Teluk Bayu, Jeli, kelmarin.

Kejadian berlaku kira- kira jam 12.30 tengahari dalam ladang getah milik mangsa,  Fakariah A’alrinah Jusoh,42, yang ketika itu sedang menoreh manakala anak bongsunya Zikri Haziq Mohammad Ruzali, 3, sedang tidur di pondok berdekatan.

Menurut Fakariah A'alrinah, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami akan turun menoreh bermula jam 5 pagi sehingga petang.

“Ketika sedang menoreh, saya terdengar bunyi harimau mengaum. Akibat terlalu terkejut, saya terus berlari ke pondok untuk mengambil mercun.


“Setelah membakar mercun itu, namun saya tidak sempat lontar dengan cepat. Akibatnya, saya mengalami kecederaan dan saya terus ambil air untuk basuh dan balut tangan yang melecur," katanya kepada media ketika ditemui di wad Dahlia Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), semalam.
Mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Dusun itu berkata, ketika kejadian, hanya dia dan anak bongsunya yang berada di ladang getah tersebut kerana suaminya mempunyai urusan di luar.

“Sejurus kejadian, saya menelefon ayah untuk bawa saya ke Hospital Jeli sebelum dihantar ke HRPZ II bagi rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, dia sentiasa menyimpan mercun bola yang digunakan untuk menghalau binatang buas demi keselamatan dia dan sekeluarganya sejak tinggal di situ setahun yang lalu.


17

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
20

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BumpIQ 12-7-2014 06:02 PM
kesiannya... makcik ni ada sebab kenapa dia guna mercun..
walaupun cara dia mmg buang tebiat... tp xmcm budak2 yg bunguk gi main mercun kutip tepi jalan..
Quote FanTasyCreaTioN 12-7-2014 06:03 PM
apa terjadi kat harimau tu ?

adakah beliyau




Quote mommymonster82 12-7-2014 06:04 PM
Kesiannya m cik.... Moga Allah murahkn rezeki m cik sekeluarga
Quote ice_sky92 12-7-2014 06:04 PM
Hanya mampu simpati saje...
Quote sueism 12-7-2014 06:07 PM
I mercun I tak berani Pegang yg sparkler  type pun takut akak tu berani betul
Quote mizahanan 12-7-2014 06:08 PM
Jiran aku guna mercun gak, tp nak halau monyek. Kalu x mmg bermaharajalelalah monyek2 tu.
Quote juita 12-7-2014 06:08 PM
PIL me mmg pakai mercun bola pun kalu nak halau kera masa derang menoreh......kalu tak.. habis bekal yg derang bwk, cawan getah semer dia campak2, jenuh plak nak ngutipnya sbb menoreh bukan dekat tanah landai,tanah berbukit, ble kera tu campak cawan getah tu kompom meleret jatuh kebawah bukit...
Quote epis 12-7-2014 06:19 PM
mmg ini pon teknik nak halau binatang kan mase menoreh... ayah saya pernah cerita (tak tau la betul ke tak atau die saje nak usik saya) dulu2 kat kg ade apek cina nieyh tiap kali menoreh bakar mercun, sepanjang menoreh tu die bakar mercun... pastu maybe harimau tu bengang sangat harimau tu tampar muka ape cina tu...

tapi sebaik anak akak nieyh tak ape2...
Quote GhostWalking 12-7-2014 06:22 PM
epis posted on 12-7-2014 10:19 AM
mmg ini pon teknik nak halau binatang kan mase menoreh... ayah saya pernah cerita (tak tau la betul  ...

oooh mekasih atas pencerahan
Quote Yoongie 12-7-2014 06:28 PM
Adoiii kesiannye...
Quote capiloton 12-7-2014 07:55 PM
epis posted on 12-7-2014 06:19 PM
mmg ini pon teknik nak halau binatang kan mase menoreh... ayah saya pernah cerita (tak tau la betul  ...

kena tampar dgn datuk harimau
Quote mesmerize 12-7-2014 07:57 PM
epis posted on 12-7-2014 06:19 PM
mmg ini pon teknik nak halau binatang kan mase menoreh... ayah saya pernah cerita (tak tau la betul  ...

hah kena tampar ngan rimau

haruslah berparut kekal muka dia kan? takpon patah rahang at least?
Quote mesmerize 12-7-2014 08:01 PM
anyhow kenapa makcik tu tak berbaik2 n berkawan ngan rimau tu.. kat mana tah kat thread misteri kot aritu ai terbaca ada je orang2 kampung ulu sana bela rimau.. siap rimau tu lepak kat beranda rumah anak beranak lagi bila malam hari..
Quote ultra78 12-7-2014 08:07 PM
Bukankah mereka ini layak memiliki senjata api utk perlindungan diri?
Quote batmana 12-7-2014 08:20 PM
kesian akak ni..
betul2 mak yg bertnggungjwb, siap bwa anak pi kerja
bukan cm mak pprt kt putrajaya tu, tinggal anak smpai terbako rumah

harap ada dpt bantuan pasni..
Quote epis 12-7-2014 08:31 PM
capiloton posted on 12-7-2014 07:55 PM
kena tampar dgn datuk harimau

tulah dengar cam tak lojik, tapi camtu la ayah i citer...
Quote epis 12-7-2014 08:32 PM
mesmerize posted on 12-7-2014 07:57 PM
hah kena tampar ngan rimau

haruslah berparut kekal muka dia kan? takpon patah rahang at  ...

tak tau.... tapi lame dah citer tu zaman 80-an dulu, apek tu masuk hospital la gak, tu ayah saya tau citer tu...
Quote RatuDunia94 12-7-2014 08:39 PM
skrg mercun sumbu pendek.... zaman dulu siap boleh kire sampai 10 saat pegang kat tangan sebelum lontar...
Quote encikWawad 12-7-2014 08:53 PM
harap takdop kecedraan siyes kat mocik
dah la nak raya ni - bertarung nyawa nak menoreh
kat kelantan ni - demi sesuap nasi

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.072548 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top