CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

LPT 2 Jalan Jabor-Cheneh Dibuka 21 Julai Ini

14-7-2014 10:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15908| Komen: 35

LPT 2 Jalan Jabor-Cheneh Dibuka 21 Julai Ini




Pakej kedua projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor ke Cheneh di Kemaman akan dibuka kepada semua lalu lintas pada 21 Julai ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, laluan sepanjang 26 kilometer itu akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sempena Aidilfitri.

“Baki 54 kilometer keseluruhan LPT 2 yang belum siap dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini.

“Kita juga sedang meneliti kemungkinan untuk membuka laluan Cheneh ke Chukai pula sekiranya sempat sebelum Aidilfitri ini, namun belum mendapat kelulusan dan belum diwartakan untuk membuka laluan terus Jabor-Cheneh-Chukai sepanjang 40 kilometer itu,” katanya.

Jika laluan ke Chukai itu sempat dibuka sebelum Aidilfitri, bermakna kita hanya perlu menyiapkan baki 40 kilometer sahaja lagi, katanya.

Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek LPT 2 itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual berikutan masalah kenaikan harga barang pembinaan di pasaran.

5

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 11-7-2014 03:29 PM
yeayyy..aku nk blik jumaat mlm...harap2 jgn la jammed kat genting sempah tu...
Quote Miss_Aleena 11-7-2014 03:44 PM
harus la jammed dik non.....
Quote noraidil_06 11-7-2014 03:46 PM
ms bila la x jam genting sempah.
Quote stanum 11-7-2014 03:51 PM
Selalu kalau balik Terengganu, exit Jabor masuk Bukit Besi tembus balik highway dekat Dungun sampai Kuala Terengganu. Tapi yang ni, Dari Jabor - Cheneh, cheneh ni dekat belah mane ye? exit Cheneh terus masuk highway dkt Dungun ke kene jalan lagi sampai Dungun. Kalau boleh nak all the way dari Jabor smpi K.T tu highway aje. hehe
Quote palmolive 11-7-2014 03:54 PM
stanum posted on 11-7-2014 03:51 PM
Selalu kalau balik Terengganu, exit Jabor masuk Bukit Besi tembus balik highway dekat Dungun sampai  ...

exit cheneh masuk jalan buruk jabor balik...pahtu depan lg sambung masuk hiway kt paka tu...
Quote stanum 11-7-2014 03:58 PM
palmolive posted on 11-7-2014 03:54 PM
exit cheneh masuk jalan buruk jabor balik...pahtu depan lg sambung masuk hiway kt paka tu...

Camtu ke, nampak gaya kene hati2 la jalan lama tuh balik. janji jimat masa sket walaupun xfully highway.
Quote palmolive 11-7-2014 04:05 PM
stanum posted on 11-7-2014 03:58 PM
Camtu ke, nampak gaya kene hati2 la jalan lama tuh balik. janji jimat masa sket walaupun xfully hi ...

jalan lama tu bukan semua buruk..ada yg dh turap...tp kena hati2 gk...katanyer sept baru siap penuh
Quote azrain98 11-7-2014 04:13 PM
dah ada highway baru bawak la elok2 jgn accident
Quote namirulmukminin 11-7-2014 04:15 PM
Hmmmm... jawab dia pakai jalan lama dulu la... sampai Paka baru masuk hiway terus sampai KT... kalu masuk hiway kat Jabor kang, sampai cheneh kena kuar balik... jalan nak kuar balik pon dah berapa KM tu rugi...
Quote lurve82 11-7-2014 04:53 PM
korg blik la awak...jgn la blik jumaat mlm...

klu blik dungun keluar cheneh eh?
Quote Changa 11-7-2014 04:57 PM
palmolive posted on 11-7-2014 03:54 PM
exit cheneh masuk jalan buruk jabor balik...pahtu depan lg sambung masuk hiway kt paka tu...

dari paka terus ke KT ke sis?
dah tak perlu tubik masuk lagi?
Quote palmolive 11-7-2014 05:30 PM
Changa posted on 11-7-2014 04:57 PM
dari paka terus ke KT ke sis?
dah tak perlu tubik masuk lagi?

aku bro, bukan sis..hehe...
ha’ah...terus ke kt
Quote palmolive 11-7-2014 05:32 PM
lurve82 posted on 11-7-2014 04:53 PM
korg blik la awak...jgn la blik jumaat mlm...

klu blik dungun keluar cheneh eh?

cheneh tu jauh lg dari dungun..baik kuar jabor jek
Quote lima_kupang 11-7-2014 06:21 PM
sila rancang perjalanan anda....
ayat stended setiap tahun... boring dgr pon.... rancang mcm mana pon jam jugak....
Quote aechae 11-7-2014 06:32 PM
aku da give up blk kg di musim perayaan guna jln darat....lenguh 1 bdn
Quote AHMADVW 11-7-2014 07:00 PM
hrpnya xruntuh
Quote blazzard 11-7-2014 08:32 PM
7 tahun punyer project... kalau runtuh ..tak tau nak kata apa..salah satu contractor yg terlibat  kat pakej tuh CERGAS MURNI .jaga jaga time nek jambatan ..
Quote 5229 11-7-2014 08:38 PM
korang semua pakat2 balik hari jemaat..

aku kena balik malam raya..kurang sikit jemm
Quote Muntz 11-7-2014 09:06 PM
lurve82 posted on 11-7-2014 03:29 PM
yeayyy..aku nk blik jumaat mlm...harap2 jgn la jammed kat genting sempah tu...

Kat Genting Sempah tu jgn kata raya, hari kerja biasa pun jam.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.056916 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top