CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Charlie’ Mengganas Lagi

14-7-2014 03:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14498| Komen: 62



Kuantan: “Anggota badan menjadi kemerahan dan gatal sebelum luka melepuh seperti terkena percikan api  itu pecah dan amat menyakitkkan,” kata pelajar Kolej Profesional Mara (KPM), di sini, mahu dikenali sebagai Zul, 19, selepas terkena toksin serangga dikenali sebagai ‘Charlie’.

Charlie atau nama umumnya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabkan penyakit kulit atau radang selaput mata ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk.

Serangga yang turut dikenali sebagai ‘semut kayap’ itu dilaporkan banyak merayap di asrama pelajar kolej terbabit semenyebabkan ramai pelajar mengalami simptom berkenaan.

Zul berkata, dia terkena toksin serangga itu seminggu lalu ketika tidur dan akibatnya beberapa  anggota badanmya  luka melepuh selain bengkak mata kiri.
“Sepanjang tiga semester belajar di sini, ramai rakan terkena racun serangga berkenaan, namun ini kali pertama saya mengalaminya. Nasib baik luka itu sembuh selepas seminggu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarika 14-7-2014 10:34 AM
Gambar mana gambar
Quote penari 14-7-2014 10:36 AM
zul...zul...hati kau keras zul...
Quote fcl29 14-7-2014 10:37 AM
ayooo.... ni bkn fenomenan biasa... dah berzaman org kene charlie ni... teruk woooo parut die
Quote Simunggu 14-7-2014 10:39 AM
apa benda charlie ne...gambar gambar mana??
Quote zacrin 14-7-2014 10:39 AM
sakit woo kena charlie ni bahaya
Quote epis 14-7-2014 10:41 AM
Charlie ni memang bahaya.. kawan-kawan kat asrama selalu kene...
Quote jengkoil 14-7-2014 10:41 AM
Semut kayap? Adakah nama sains herpes zoster ant?
Quote znuyul 14-7-2014 10:42 AM
Quote znuyul 14-7-2014 10:43 AM



hasil gigitannya..
Quote iniaroonz 14-7-2014 10:45 AM
eee...ngeri tulll......
Quote Yoongie 14-7-2014 10:45 AM
camne rupa semut ni? x de gmbr ke?
Quote belacan_gurl 14-7-2014 10:45 AM
Huhuhu sakit ooooo....pernah kena kat muka masa duk asrama...merah mcm terbako...panjang2 plak tu...yg bestnya ramai kena so semua student ada tanda
Quote WawaRaRa 14-7-2014 10:45 AM
haha... aku pernah kena.... time study dulu.... kecoh kat hostel ada puntianak mencakar2 waktu malam... rupanyer si charlie brown ni.... kuikuikui.... ble igt2 kes tu mesti aku senyum sorg2.... klakar gila....
Quote Yoongie 14-7-2014 10:47 AM
znuyul posted on 14-7-2014 10:43 AM
hasil gigitannya..

Uissh teruknye
Quote TuntungReturn 14-7-2014 10:48 AM
anak sedara aku kene ulat bulu..bengkak dan gatal2..family nk bwk pi spital.aku ckp x yah..meh aku ubatkn..amik garam.buh air skit..sapu kat badan.5 minit pas tu ilang...:lol..hasil pengalaman kecik2 redah hutan..
Quote sunquick 14-7-2014 10:48 AM
Dasyatnyerrrr
Quote Cik_Andak 14-7-2014 10:49 AM
Semut ni ade kat malaysia ke???
Quote ais_kosong 14-7-2014 10:49 AM
teruk giler hasil gigitan charlie nih..
Quote GhostWalking 14-7-2014 10:51 AM
Berdiri bulu tengkuk aku

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.075199 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top