CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Bola Sampai Tangan Belubang

21-7-2014 12:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7343| Komen: 33


TANGAN kanan Muhammad Kamarul Nizam Razak berbalut selepas dirawat kerana cedera sewaktu bermain mercun di Bandar Seri Bandi, Kemaman, Terengganu, malam kelmarin.

KEMAMAN - Kegembiraan 10 kanak-kanak bermain mercun ketika berbuka puasa membawa padah apabila salah seorang daripada mereka berlubang tapak tangan selepas sebiji mercun bola yang dipegangnya meletup dalam kejadian di Bandar Seri Bandi, dekat sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, mangsa, Muhammad Kamarul Nizam Razak, 8, yang juga murid Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 dikatakan mengutip mercun bola yang tidak meletup sejurus dilempar kanak-kanak lain yang bermain di hadapan rumahnya.

Muhammad Kamarul Nizam berkata, dia meraung kesakitan selepas mercun itu meletup di tapak tangan kanannya sementara muka dan bajunya dipenuhi darah yang terpercik.

"Saya tengok tangan berubah jadi warna hitam dan juga ada kesan darah beku. Tapi, mujurlah kesemua lima jari saya masih ada," katanya yang masih lemah ketika dikunjungi wartawan petang semalam.

Sementara itu, datuk saudara mangsa, Ali Abd, Haq, 44, berkata, dia yang sedang berbuka puasa bersama anak saudaranya, Rashida Jusop, 17, ketika kejadian terus meluru keluar rumah apabila terdengar jeritan Muhammad Kamarul Nizam.

Menurutnya Ali, dia kemudian nampak beberapa kanak-kanak mengerumuni cucu saudaranya yang sedang menangis menahan sakit.

"Tapak tangan dan jari-jemarinya jadi bengkak. Tangannya juga bertukar jadi hitam kesan belerang yang hangus. Saya nampak ada lubang kecil di tengah-tengah tapak ta-ngannya itu dan sebaik sahaja dibasuh, darah keluar banyak dari lubang itu selain timbul juga bonjolan-bonjolan air di sekitar tapak tangan dan jarinya itu," katanya yang bekerja sebagai buruh ladang sawit di Ladang Tebak.

Difahamkan, ketika kejadian, kira-kira 10 kanak-kanak yang terdiri daripada kalangan anak jiran tetangga sedang bermain mercun di hadapan rumah Ali hingga menarik minat Muhammad Kamarul Nizam untuk makan dengan cepat sebelum keluar melihat rakan-rakannya itu bermain.

Mangsa kemudiannya dihantar untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Seri Bandi di sini sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman dan ditahan di dalam wad selama sehari serta dibenarkan pulang ke rumah kira-kira jam 3 petang kelmarin.

8

Bagus
3

Marah
14

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kambeng_masam 21-7-2014 06:31 AM
ini penyakit genetik melayu islam zaman berzaman. tangan kudung tetiba pada bulan ramadhan dari dulu sampai ke la ni.
Quote noor2 21-7-2014 06:45 AM
mak pak  basa 'cerdik'...tak pernah didik anak2 tentang bahaya main mercun...
Quote MissNigga 21-7-2014 06:46 AM
kalo bebudak ni disuruh pi gaza... sure teruja meliat bom bom yang meletop kat sana
Quote noor2 21-7-2014 06:48 AM
kenapala tak didik anak2 tentang bahaya mercun....pelik..pelik...pelik...huh...suka benor depa bagi anak2 main mercun...dah jadi macam budaya..
Quote MissNigga 21-7-2014 06:50 AM
.Memang giler kentang ler bebudak nie ...

Palestine... Palestine ...
Quote drivethru 21-7-2014 06:51 AM
ape la yg x serik2 lg. mak bapak ni x perhatikan ape yg anak buat ke?
Quote LUNCH 21-7-2014 07:36 AM
noor2 posted on 21-7-2014 06:48 AM
kenapala tak didik anak2 tentang bahaya mercun....pelik..pelik...pelik...huh...suka benor depa bagi  ...

Kadang kadan bapa pun sama je. Dia orang yang beli kan mercun tu untuk anak mereka.
Quote Bell 21-7-2014 07:59 AM
Mercun bola - main tanpa displin dan dgn cara yg salah - amat-amat merbahaya!!! Main dgn displin dan cara yg betul - sgt-sgt best. Bunyi dia memang powerful esp bola besar. Mercun bola sebenarnya utk org dewasa, bukan kanak-kanak.
Quote haryatie 21-7-2014 08:05 AM
kan da berlubang..
budak2 kalau x dipantau jd mcam ni la..
kdg2 makbapak pun sama..ank x mintak belikan pulak..
pas2 biarkan dia org main sendiri..
dr ank aku kecil aku selalu takutkan dia org pasal mercun ni..
dia org x pernah minta..kalau blik kpg dia org cuma tengok jerk ank2 jiran main..
aku pun x tinggalkan ank2 sendiri..takut dia org mencuba lak..
so ank2 aku mmg x main benda2 ni semua..
Quote gaara_X 21-7-2014 08:08 AM
nie mangsa keberapa dah nie....
Quote LUNCH 21-7-2014 08:10 AM
Satu kat kemaman satu kat jb. 2 2 di sebabkan mercun bola. Alahai kesianya.
Quote samshuri 21-7-2014 08:12 AM
bagi aku, main mercun bwg pun dah rasa sgt2 extreme..kalau mercun bola ke ape ke, idok le teman mahu...dgr bunyi pun, teman dah rase mau lari..huhuhu9
Quote Yoongie 21-7-2014 08:49 AM
Tajuk:  "main bola sampai tangan berlobang". Ganas bola ni.
Quote JabbaWokeez 21-7-2014 09:28 AM
[fbv]426288224175527[/fbv]
Quote AbukRokok 21-7-2014 09:42 AM
ni suma salah cina bwa budaya mercun
Quote fifie_olin 21-7-2014 09:55 AM
blk2 claim terjmpa...leh caya ke
Quote bluehedgehog 21-7-2014 10:13 AM
dh berjaya mengatasi gong xi fai cai dlm statistik cedera masuk spital...
Quote tobby 21-7-2014 10:22 AM
JabbaWokeez posted on 21-7-2014 09:28 AM

klu bersepai meninggal gitu jer ...  bagus anak2 msia
Quote wookiehoney 21-7-2014 10:26 AM
budak2 penuh keberanian sebegini elok saja di hantar ke palestin

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048935 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top