CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dalang Pakej Poligami Ekspress Akan Di Dakwa

23-7-2014 08:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4111| Komen: 12

ALOR SETAR - Individu dipercayai terlibat dengan sindiket nikah poligami ekspres dekat Kuala Kedah sejak beberapa tahun lalu kemungkinan akan didakwa di Mahkamah Syariah, selepas Aidilfitri.

Difahamkan, beberapa individu termasuk pasangan terlibat akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes tersebut.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, siasatan berhubung kes tersebut kini dalam peringkat akhir.



“Kertas siasatan berhubung sindiket ini sudah hampir siap sepenuhnya dan kita sedang menyemak semula beberapa perkara sebelum dia didakwa di mahkamah.

“Kita tidak tahu bila individu terbabit akan didakwa, tetapi saya tidak tolak kemungkinan selepas Aidilfitri. Bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pasangan yang dipercayai terlibat dengan sindiket terbabit juga telah memberi kerjasama baik kepada Jaik.

“Kita akan teruskan siasatan ini dari masa ke semasa dan pasangan berkenaan juga akan dipanggil sebagai saksi,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan khidmat sindiket nikah poligami ekspres yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai Jaik boleh dilakukan tanpa kehadiran wali.

Menurut laporan itu, sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran serendah RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami secara rahsia.

Lebih mengejutkan apabila sindiket terbabit dipercayai didalangi jawatankuasa sebuah masjid di Kuala Kedah dan orang dalam Jaik.

Selain menawarkan perkhidmatan poligami mudah, mereka juga mengeluarkan sijil nikah yang sah.


9

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 22-7-2014 08:48 AM
Selain menawarkan perkhidmatan poligami mudah, mereka juga mengeluarkan sijil nikah yang sah.

.....kawin cara sah pon salah. hadoih la
Quote md.jie 22-7-2014 09:04 AM
nnt kluaq fatwa poligami itu haromm
Quote Johnyblaze87 22-7-2014 03:21 PM
Apa yang salah weh? Ada langgar apa2 law ke? Bukan semua sah ke?
Quote mak_wa95 22-7-2014 04:08 PM
kena dakwa,didenda...pas2 aktiviti berjalan macm biasa...untung maaa
Quote namirulmukminin 22-7-2014 04:25 PM
Johnyblaze87 posted on 22-7-2014 03:21 PM
Apa yang salah weh? Ada langgar apa2 law ke? Bukan semua sah ke?

Dari sisi Islam sah... Cuma melanggar undang-undang syariah ciptaan manusia...
Quote clarizsa 22-7-2014 04:31 PM
laaa... biarla poligami... dah susah sgt org nk kawin dlm msia, dorg cari cara mudah pun nk kaco... lg suka jenis yg skandal zina sana sini ke? isk isk

i pun sakit ati tgk kes ni...mnde halal nk disusahkan...mudahkan la poligami, bru org x p siam.or sindiket etc. cam kes artis tu, smpai ke siam nikah... seb baik skrg dh bahagia dpt baby...
Quote Johnyblaze87 22-7-2014 07:08 PM
Kawan aku buat benda ni. RM 2.5k tuk 1 pasangan. Ok je xde apa, lepas setel kat siam, balik malaysia register, kena denda sikit. Pastu dah. Xde menda pun. Apa yang salah pun xsure. Kalau kita pergi sendiri pun boleh xpayah guna sindiket ke apa ke.
Quote shernazz 22-7-2014 07:15 PM
Sialan btol..takut bini plak tu
Quote arianakhalid 22-7-2014 08:54 PM
clarizsa posted on 22-7-2014 04:31 PM
laaa... biarla poligami... dah susah sgt org nk kawin dlm msia, dorg cari cara mudah pun nk kaco...  ...

Artis mana? Apasal takut nak poligami kat malaysia? Tak lepas syarat?
Quote clarizsa 22-7-2014 09:50 PM
arianakhalid posted on 22-7-2014 08:54 PM
Artis mana? Apasal takut nak poligami kat malaysia? Tak lepas syarat?

ashraf muslim tu... kan ke jenuh dia tggu..

yg x cukup syarat pun klu bini first redha, ape salahnya... pastu yg cukup syarat pun klu bini first x redho pun ,xde salah gak... Tuhan pun x marah...
Quote arianakhalid 22-7-2014 11:17 PM
clarizsa posted on 22-7-2014 09:50 PM
ashraf muslim tu... kan ke jenuh dia tggu..

yg x cukup syarat pun klu bini first redha, ape sal ...

tapi kalau tak cukup syarat nak jg poligami takut mengundang dosa lain pulak. Dosa ni bukanlah semata2 dosa zina..
Quote clarizsa 22-7-2014 11:25 PM
arianakhalid posted on 22-7-2014 11:17 PM
tapi kalau tak cukup syarat nak jg poligami takut mengundang dosa lain pulak. Dosa ni bukanlah sem ...

terpulang pd keadaan... dosa zina kn dosa besar... klu boleh elak, xkan xmo elak sbb takut akn dosa yg lebih kecil...

terpulang pd dorang la... hmmm

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053375 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top