CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Air Lagi - Abdul Khalid Terus Dibidas Ahli Parlimen Pr

4-8-2014 10:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2519| Komen: 19

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

KLANG - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sedang berdepan isu pertukarannya sebagai Menteri Besar Selangor, kini dibidas pula ahli Parlimen dalam pakatan pembangkang yang menyifatkan keputusannya untuk tidak melaksanakan catuan air kedua di negeri ini sebagai "kurang bijak".

Anggota jawatankuasa DAP Selangor Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang mendakwa krisis air di negeri ini kini telah mencapai tahap darurat, dan tindakan Abdul Khalid itu dilihat semata-mata mahu menyelamatkan kelangsungan politiknya.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Julai lepas telah menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Charles mendakwa paras empangan utama iaitu Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus sumber air kepada seluruh rakyat negeri itu boleh menurun sehingga ke paras 30 peratus selewat-lewatnya minggu depan dan dilihat sebagai tahap kritikal.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi ketika dihubungi Bernama berkata paras
air semasa empangan utama tersebut belum mencapai tahap kritikal.

"Setakat hari ini, paras empangan Sungai Selangor berada pada tahap 33 peratus dan kadar ini menurut Lembaga Urus Air Selangor, tidak termasuk peratusan mendapan seperti lumpur dan sebagainya.

"Seperti yang dinyatakan menteri besar, memang belum ada cadangan untuk catuan kerana paras air sekarang masih mampu menampung keperluan semasa rakyat namun dinasihatkan semua pihak dapat terus menjimatkan air," katanya.

Sementara itu, Dr Ahmad Yunus dalam satu kenyataan berkata terdapat pihak-pihak tertentu cuba mensabotaj usaha kerajaan negeri bagi menyediakan bekalan air kepada rakyat negeri ini.

Tindakan mensabotaj yang berlaku untuk kali kedua di kolam Hang Tuah, Bestari Jaya dekat sini kira-kira pukul 2.30 pagi semalam apabila pasukan yang bertugas di tempat pengepaman air menemui enam 'powerpack' pam yang berfungsi menyalurkan air ke kolam dirosakkan.   

Pada Ahad lepas, insiden yang sama berlaku mengakibatkan operasi  mengepamair dari Sistem Penambahan Luar Sungai Hibrid (Horas) ke sungai terganggu selama lima jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.

Katanya semua kabel yang dipasang pada pam-pam berkenaan juga dipotong namun ia tidak menggugat pengalihan bekalan air mentah ke loji rawatan air.

"Tindakan pantas pasukan yang ditugaskan di tempat pengepaman air dengan mengambil langkah-langkah perlu, berjaya memastikan kerosakan tersebut tidak berlarutan bagi mengatasi perbuatan khianat berkenaan," katanya.

Dr Ahmad Yunus berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu. 

2

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 3-8-2014 02:22 PM
Air Selangor kena sabotaj lagi
SITI AISAH HABIRIN
3 Ogos 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1
Ahmad Yunus (kiri) dan Mohd Khairi menunjukkan power-pack yang dipotong Ahmad Yunus (kiri) dan Mohd Khairi menunjukkan power-pack yang dipotong
< 1 / 1 >
BESTARI JAYA -  Enam pam di bawah pengawasan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi aliran masuk Sungai Selangor ke  Kolam Hang Tuah, di sini didakwa disabotaj awal pagi semalam.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, enam  pam  power-pack terbabit didakwa dipotong individu tidak bertanggungjawab sekitar jam 1 pagi dan kejadian ini dianggap serius kerana ia boleh menjejaskan bekalan air rakyat Selangor.

“Saya menerima SMS memaklumkan perkara itu sekitar 2.30 pagi semalam. Melalui pemerhatian saya tiada barang yang bernilai pada pendawaian tersebut yang menarik perhatian untuk dipotong dan saya merasakan ada unsur sabotaj pada sistem pengepaman kita.

“Kita bernasib baik kerana dawai yang dipotong itu untuk pam air dari sungai masuk ke kolam dan ini tidak mengganggu pengeluaran air dar kolam ke sungai yang sedang kita laksanakan sekarang ini.

“Bagaimanapun, kita memandang serius perkara ini dan kita tidak mahu ia berterusan kerana sebelum ini juga pengepaman kita pernah disabotaj dan perkara seperti ini merugikan kita,” katanya ketika ditemui melawat lokasi kejadian, semalam.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Mohd Khairi Selamat.

Sehubungan itu katanya, pada mesyuarat jawatankuasa air minggu depan akan memberi penekanan terhadap perbincangan isu keselamatan dan kebajikan operator yang bertugas di lokasi pam.

Cadang tingkat keselamatan

Beliau berkata, perkara itu antara lain turut membincangkan sama ada kepentingan menambah jumlah pasukan keselamatan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk mengawal.

“Buat  masa ini, kita tempatkan dua anggota Rela di setiap pam kita di mana jumlah keseluruhan 28 pam dan di Bestari Jaya terdapat 24 pam.

“Apabila berlaku perkara seperti ini, kita mungkin untuk mempertimbangkan penambahan jumlah operator atau anggota Rela supaya setiap masa ada pengawasan dan meminta kerjasama pegawai daerah untuk menjadualkan semula,” katanya.

Ahmad Yunus berkata, kerajaan negeri akan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan  dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil membantu siasatan.

“Kita bimbang keselamatan operator kita jika masalah ini kerap berulang. Dalam usaha kita menuju kepada sistem infrastruktur  kelas pertama tetapi sistem atau pemikiran masih berada pada kelas yang ketiga. Kejadian ini menunjukkan mereka yang terlibat tiada rasa

tanggungjawab ke atas usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk mengatasi isu air pada masa ini,” katanya.

Jamin tiada catuan air

Sementara itu, beliau memberi jaminan tiada catuan air dalam masa terdekat dan minggu hadapan kerajaan negeri akan meningkatkan kapasiti pengepaman kepada 800 juta liter sehari (JLH).

Beliau menambah, paras Sungai Selangor dijangka mencukupi hingga tiga minggu dan setakat ini kerajaan negeri meneruskan usaha mengepam keluar air daripada kolam ke sungai dengan kapasiti 400 hingga 500 JLH.

“Setakat ini keputusan masih sama iaitu tiada catuan air dan sentiasa memantau kolam-kolam kita manakala pembenihan awan dilakukan dua kali sehari.

“Kita laksanakan pembenihan awan seluruh negeri dan bukan hanya tertumpu di Sungai Selangor malah di Sungai Langat, Sungai Klang yang menjadi sumber air mentah untuk dirawat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang membuat kenyataan Abdul Khalid berpura-pura tidak tahu air di Selangor berada pada tahap darurat dan mencadangkan catuan dan penjimatan air perlu dilakukan segera
sebelum Selangor kehabisan bekalan air.

MB gesa polis siasat

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui laman Facebooknya menggesa pihak berkuasa segera melakukan siasatan sabotaj bekalan air di Selangor,

“Bekalan air sekali lagi disabotaj awal pagi tadi. Mohon pihak Polis Diraja Malaysia lakukan siasatan segera dan hentikan perbuatan khianat ini,” katanya.

Sabotaj ini bukan kali pertama berlaku dan sebelum ini, sekumpulan samseng menghalau operator yang bertugas di projek HORAS,  laporan polis telah dibuat pada 27 Julai lalu.
Quote FanTasyCreaTioN 3-8-2014 04:03 PM
jarang nak bagi komen kalo pasal politik
sebab lagi suka membaca ja
cuma tertarik dengan ayat

Tindakan mensabotaj yang berlaku untuk kali kedua di kolam Hang Tuah, Bestari Jaya dekat sini kira-kira pukul 2.30 pagi semalam apabila pasukan yang bertugas di tempat pengepaman air menemui enam 'powerpack' pam yang berfungsi menyalurkan air ke kolam dirosakkan.   

kenapa ya .. hanya kerna berbeza pendapat sampai sanggup buat macam tu

Quote Anak_Nogori 3-8-2014 04:25 PM
FanTasyCreaTioN posted on 3-8-2014 04:03 PM
jarang nak bagi komen kalo pasal politik
sebab lagi suka membaca ja
cuma tertarik dengan ayat

dlm politik apa pun boleh berlaku...kubur asing2 berlaku...dua imam berlaku..sembelihan org UMNO haram dsb..

so..apa sangat lah sabotaj air ni..
Quote munchkin 3-8-2014 04:29 PM
sabo ni nak jatuhkan khalid lah ni. siapa punya agenda? hmmm
Quote FanTasyCreaTioN 3-8-2014 04:30 PM
Anak_Nogori posted on 3-8-2014 04:25 PM
dlm politik apa pun boleh berlaku...kubur asing2 berlaku...dua imam berlaku..sembelihan org UMNO h ...

sebab tu adik jarang sangat nak reply kat benang politik
bukan bidang adik
banyak membaca ja
semua orang ada hak untuk mengutarakan pendapat memasing
seronok juga baca pendapat2 komen2
asalkan jangan memaki hamun

tapi sampai buat macam tu ..
sedih la jugak membaca nya

Quote Anak_Nogori 3-8-2014 04:36 PM
FanTasyCreaTioN posted on 3-8-2014 04:30 PM
sebab tu adik jarang sangat nak reply kat benang politik
bukan bidang adik
banyak membaca ja

jarang sangat reply kat politik tak pa...jangan sampai tak amik tahu hal politik semasa didalam negara.

bukan apa dik...kalau kita buta politik...ramai yg akan amik kesempatan atas kita...mudah sangat kita akan dikencingnya..
Quote badaksumbu 3-8-2014 04:38 PM
kolam hang tuah = bekas lombong.
Quote kasibiman 3-8-2014 04:42 PM
FanTasyCreaTioN posted on 3-8-2014 04:03 PM
jarang nak bagi komen kalo pasal politik
sebab lagi suka membaca ja
cuma tertarik dengan ayat

Mmg cilaka sgt pangai. Haramjadah punya bangsat
Quote FanTasyCreaTioN 3-8-2014 04:49 PM
Anak_Nogori posted on 3-8-2014 04:36 PM
jarang sangat reply kat politik tak pa...jangan sampai tak amik tahu hal politik semasa didalam ne ...

bila sesuatu tu bukan bidang kita..
bila sesuatu tu bukan dalam kemahiran kita..
memang betul seperti yang abang tulis tu ..
tak tau / tak mahir / tak minat tak semesti nya kita tak alert
sebab tu adik suka g membaca ja

ramai ja pengomen2 politik yang adik suka baca komen2 dier rang kat C.I ni
walaupun berbeza pendapat
tapi cukup yakin dengan hujah dan pegangan sendiri
lebih2 lagi kalau kata2 d sokong dengan fakta2

Quote cenkudu 3-8-2014 04:59 PM
FanTasyCreaTioN posted on 3-8-2014 04:03 PM
jarang nak bagi komen kalo pasal politik
sebab lagi suka membaca ja
cuma tertarik dengan ayat

saya sendiri tak belajar politik ni secara formal. cuma melalui pemerhatian dan tengok cara setiap org memimpin2. kdg2 tak perlu pegi jauh, boleh tengok je leadership seseorang bila jadi ketua jabatan etc.

benda2 mcm ni berlaku dalam kehidupan. orang tak fikir kesusahan orang lain asalkan matlamat untuk memburukkan imej seseorang pemimpin tu tercapai. sekarang kita takde bukti sape buat. sebab ni kerajaan PR mereka boleh kata sama ada group nak jatuhkan MB dan satu lagi mungkin kata BN buat. dan jangan terkejut juga kalau benda2 mcm ni kdg2 dibuat oleh orang yg sedang dijatuhkan tu sendiri. tujuan dia untuk meraih simpati supaya nanti dia boleh cakap ada org2 yg dengki kat dia buat. memang dalam politik Malaysia ni banyak sangat tangan2 kotor
Quote CiliPadiSedap 3-8-2014 05:04 PM
cenkudu posted on 3-8-2014 04:59 PM
saya sendiri tak belajar politik ni secara formal. cuma melalui pemerhatian dan tengok cara setiap ...

politic mmg kotor sebab pemimpin politik kotor.
Quote FanTasyCreaTioN 3-8-2014 05:13 PM
cenkudu posted on 3-8-2014 04:59 PM
saya sendiri tak belajar politik ni secara formal. cuma melalui pemerhatian dan tengok cara setiap ...

banyak membaca juga membuat kita tau ..tak semesti nya yang terpampang dalam media tu betul belaka
dah namanya politik

hehehe kita belajar politik dari game
ada leader yang akan naik sebab memang layak
ada leader yang naik sebab "banyak kaki2"
ada leader yang nama ja leader tapi tak tau buat apa - orang keliling ja berhempas pulas buat untuk dia .. dia yang dapat nama
ada leader yang sanggup buat pa ja asalkan terus bertakhta
ada leader yang sanggup membodek merayu musuh .. asalkan jangan d ganggu
ada leader yang bergantung pada "seorang perempuan / isteri" untuk membuat keputusan .. pastu macam dia yang membuat keputusan tu
bukan politik kalau tak belit2

Quote cenkudu 3-8-2014 05:17 PM
FanTasyCreaTioN posted on 3-8-2014 05:13 PM
banyak membaca juga membuat kita tau ..tak semesti nya yang terpampang dalam media tu betul belaka ...

wah kaki games rupanya. setiap satu yg @FanTasyCreaTioN  cakap tu saya boleh namakan seorang pemimpin yg character begitu
Quote FanTasyCreaTioN 3-8-2014 05:25 PM
cenkudu posted on 3-8-2014 05:17 PM
wah kaki games rupanya. setiap satu yg @FanTasyCreaTioN  cakap tu saya boleh namakan seorang pemim ...

hahahaha kalo nengok2 ON je id ..
tapi takde komen2
tu ngah bz game la tu

psssstt!~ kalo tau tu ..
simpan2 sendiri la yer
bak kata abang AN
walaupun tak minat nak komen2
tapi jangan langsung terus tak ambik port

Quote cenkudu 3-8-2014 05:28 PM
FanTasyCreaTioN posted on 3-8-2014 05:25 PM
hahahaha kalo nengok2 ON je id ..
tapi takde komen2
tu ngah bz game la tu

haha beres2 bisa diatur
Quote Acong 14-8-2015 09:36 PM
PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim
FMT Reporters | August 14, 2015
PKR mengaku dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bukan bukti muktamad bahawa Khalid melakukan apa-apa perlakuan rasuah atau salah laku.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.

Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.

Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.

Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.

“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.

Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.

Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com ... thash.GbwB18cZ.dpuf

Quote Anak_Nogori 14-8-2015 09:45 PM
Berapa ketum dah byr hakim dan khalid ni?..
Quote Acong 14-8-2015 09:47 PM

Quote Anak_Nogori 14-8-2015 09:52 PM
Ni bijan sengaja alihkan isu 1mdb lah ni.

Macai pondan indah.

Lihat semua komen(19)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.381700 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top